Posts

Showing posts from April, 2018

Terima kasih Pak AGI!

Image
Terima kasih Pak Agi  Agi Ghafar Ibrahim , media sosial tidak pernah memisahkan ukhwah antara kita. Terima kasih segala perkongsian ilmu puisi yang sering dikongsi dan pengalaman dalam dunia kepenyairan. Syukron!   "Aku lari dari belenggu kovensi menuju jalan yang baru dengan maksud tidak meninggalkan yang lama. Yang lama ada sejarahnya. Aku tidak dapat lari daripada sejar ah. Tetapi sejarah baru tidak akan lahir kalau tidak berlaku sejarah yang lebih baru." A.Ghafar Ibrahim   Semenyih, 4 Oktober 1979 . Kata-kata dipetik dari buku 'Apa Kata Orang Tentang AGI'  Agi Ghafar Ibrahim

Pilihan Masing-Masing

Image
Memilih itu hak individu, terpulang apa pilihan masing-masing. Begitu juga dengan membaca buku, ada pilihan buku yang mahu dibaca. Muhammad Anas sedang memilih buku apa yang mahu dibaca. Aku tak boleh memaksa dia baca buku apa, dalam usia 8 tahu tentunya buku komik dan buku bergambar yang diminati...pilihlah yang terbaik buatmu.

Seronoknya Bersama Buku

Image
Bermain-mainlah dengan buku nanti kau akan tahu seronoknya bersama buku. Lagi seronok dan indah jika kau mengembara di dalamnya. Semoga anak-anaku menjadi generasi Iqra! 😊👍💖

Nostalgiaku

Image
Sekitar tahun 1983, waktu itu aku masih dalam darjah tiga. seorang kawan memberi aku dua pilihan, sekolah agama atau joint Al-Arqam...ha...ha...ha... Walau aku minat Arqam waktu itu, aku pilih sekolah agama.,waktu itu aku hanya lihat kawan aku berbasikal bila ada aktiviti Arqam, dengan berjuba berserban segak dan kemas sekali. Dalam hati aku, satu hari InsyAllah aku akan bersama...sehinggalah 1994 Arqam diharamkan, aku tidak menyertainya, tapi aku ada cita-cita dan impian lain. Aku simpan dalam hati, satu masa nanti aku mesti dapat jumpa pemimpin Arqam, Abuya Ustaz Ashaari Muhammad...2008 dengan ketentuan Allah SWT, apa yang aku hajati dan impikan diizinkan... #sekadarmemori #44tahunberlalu #darularqam

Sajak: Nyahkanlah

Image
Nyahkanlah Bicaranya sungguh menyakinkan rayuannya bisa mencairkan renungan matanya pinta simpati tingkahnya mempesona menawan bisa memeluk simpati mendakapi tetapi akal yang waras menafi datangnya hanya meracuni. Satu ketika begitu cara gerak-gerinya tertawan menawan beri tawaran tewas seluruh halaman tertawan manis-manis janji diserakkan segunung  harapan dijanjikan berfantasilah bermimpilah madu rupanya racun berbisa. Yang berlalu biarkanlah lari cukuplah, berehatlah simpanlah segala manis bicara kosong yang mana racun yang mana madu dalam akal waras, nyahkanlah takkan terulang menjulang lagi. Masshah 2018 Meru.

PRU 14...Entahlah!

Image
Waktu aku menulis status ini parlimen Malaysia belum pun dibubar. Masih menjadi teka teki sebahagian besar rakyat Malaysia, sengaja aku post tulisan ini di sini. Sedikit pandanganku berkaitan PRU-14 yang bakal tiba,dan tarikh pun sudah diketahui kini...sudikan membaca... 1) PRU 14 masih dalam teka-teki, entahlah, ada yang kata sebelum puasa, ada yang kata buat masa puasa, ada macam-macam yang berkata-kata...entahlah...tanyalah PM! 2) Sudah lama tak  tengok berita TV, entah apa beritanya, entah apa ceritanya. Dengar kata, seolah Malaysia ada dua buah negeri sahaja, Selangor dan Pulau Pinang, betul ke? Entahlah...corak pemberitaan sejak aku kenal dunia politik, dari dulu sampai kini, sama sahaja, berita oposisi  semua berat sebelah...entahlah! 3) Kalau sudah ada YB-YB yang mesra marhean, bermakna dah dekat-dekatlah tu, kalau dah ada yang berkain pelikat berkopiah suci, sahlah memang dah dekat, dan dengar kata sudah yang menabur-nabur, berjanji-janji, sahlah sudah dekat, tapi

Muhasabah Kematian

Image
1) Kematian berlaku di mana-mana dan bila-bila, minggu ini, minggu lepas dan sampai bila-bilapun, kematian tetap berlaku. Untuk ingatan kepada diri sendiri. "Setiap yang bernyaws pasti merasai mati" 2) Kematian tidak mengira tua, muda, lelaki, perempuan, miskin, kaya...bahkan semuanya akan mati. Cuma entah bila, di mana dan bersedia atau tidak bersedia, ia pasti akan mendatangi kita. 3) Minggu lepas dua rakan dari tempat  kerja yang sama telah mengalami kemalangan. Seorang  jatuh dari motor  balik kerja sif malam, mengalami kecederaan(Alhamdulillah tiada kecederaan yang teruk) Dan keesokannya seorang lagi rakan sekerja dari sif malam juga kemalangan dengan sebuah kereta, telah meninggal dunia di tempat kejadian. Semoga Allah SWT merahmati rohnya. Dalam keadaan apa sekali pun, maut itu boleh menjemput kita. Tanpa diminta tanpa ditangguh, ia tetap menunaikan janjinya. 4) Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Mati dalam perut ibu, mati selepas kelahiran, ma

Sajak: Pasti Ke Mercu

Image
Pasti  Ke Mercu Campakan titik bengik politik fitnah hapuskan dendam kesumat yang meraja lupakan sengketa sesama satukan matlamat ke mercu jaya demi tanah air  demi bangsa demi agama damaikan harmonikan pastikan impian tercipta teguh. Masshah 2018 Meru

Sajak: Bernafas Dalam Kalimah Suci-Nya

Image
Bernafas Dalam Kalimah Suci-Nya Mac menjauh april datang memberiku seribu pengertian aku masih bisa melihat dunia izin-Nya pasti selagi bernyawa siang malam pagi petang bergantian ribut taufan angin terik mentari itulah warna-warni kehidupan insan selagi bernyawa selagi berdenyut setiap saat dan detik kuinginkan terus bernafas dalam kalimah suci-Nya hindari terpesong tersandung tersungkur jahanam tak ingin kuhuni sengsara distinasi jannah ingin kuhuni kudakapi Ya Rabb...pimpinlah hamba-Mu ini. Masshah2018 Meru.