Dari Gramedia, Kedai Buku Sinar Bestari Ke MPH

Dari Gramedia, Kedai Buku Sinar Bestari Ke MPH


Beberapa tahun yang lalu, penutupan kedai buku Gramedia(berpindah ke Selayang) sangat mendukacitakan dan mengecewakan aku.

Salah satu sebab ianya satu-satunya kedai buku yang berada di Tesco Setia Alam waktu itu.Ia kedai buku yang menjadi singgahan dan tumpuanku setiap kali selesai membeli barangan di Tesco.

Pelbagai buku dari rumah penerbitan ada di situ. Buku-buku dari penulis Indonesia juga banyak di situ. Memang pun ia merupakan kedai buku berasal dari Indonesia kalau tak salah aku.

Selepas itu tiada lagi kedai buku, hampir beberapa tahun. Bila mahu cari buku terpaksa ke Kompleks PKNS, Shah Alam.

Selain itu, aku aktif juga membeli secara talian. Pantang lihat ada buku promosi dan diskaun aku beli.Kemudahan dihujung jari dimanfaatkan sebaiknya.

Tidak beberapa lama kemudian muncul kedai buku baru milik Karangkraf. Hati mana tidak suka dan gembira selaku pembeli dan pembaca melihat kedai buku baru.

Ia tetap menjadi tumpuanku setiap kali selesai membeli-belah di Pasar Raya Tesco. Dari sehari ke sehari buku-buku dari rumah penerbitan lain pun bertambah, banyak pilihan buku boleh didapati di situ. Hampir beberapa tahun jugalah  kedai buku tersebut bertahan.

Namun kegembiraan itu tidak selamanya, tahun 2017, kedai buku tersebut menamatkan operasinya. Menurut staff di situ kontrak sewa tempat sudah tamat dan akan berpindah ke Shah Alam.

Selaku pembeli buku, kekecewaan itu sangat berbekas di hati ini( pilunya...).Untuk meredakan kehampaanku, aku bernyanyi-nyanyi kecil...kik..kik...kik.

Kini, tumpuanku ke kedai buku MPH di Setia City Mall, Setia Alam. Sebulan sekali aku akan ke sini untuk mencari bahan bacaan terbaru.

Di sini lagi menarik kerana banyak buku dari rumah penerbitan boleh didapati, buku indie juga mudah didapati. Dari sebulan ke sebulan kedai MPH menjadi tempat pilihanku.

Namun semenjak dua bulan ini, aku perasan, terdapat pengurangan rak buku-buku bahasa Melayu. Dalam benak fikirku, apa yang berlaku?

Mengapa tidak ada pilihan banyak buku seperti beberapa bulan yang lalu. Apakah benar, dunia perbukuan tanah air semakin suram?

Malah ada terbaca, kedai buku MPH sudah ada yang ditutup. Apa sudah jadi?. Harap-harap kedai buku MPH Setia Alam tidak mengikut jejak langkah.

Malang sungguh andai berlaku demikian.

Apakah masyarkat sudah teruk sekali tidak mahu membaca sehingga buku-buku tidak laku mengakibatkan penutupan kedai buku seperti MPH.

Benarkah?

#jombacabuku
#duniabukumasshah

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi