Posts

Showing posts from January, 2018

Tulis Yang Baik-Baik

Image
Tulisan tetap akan menjadi tulisan.Jika yang ditulis itu kebaikan beruntunglah penulisnya, andai sebaliknya padahlah akibatnya. Maka tulislah yang baik-baik untuk diambil ibrah kepada pembaca. Beruntunglah menjadi penulis andai tulisannya memberi berjuta manfaat buat seluruh umat.Tulislah kerana Allah, Allah pasti menilai segala penulisanmu itu. 

Segalanya Ketentuan Ilahi

Image
Hari ini, saat ini, atau esokah, aku tidak tahu akan nasibku.Apakah aku bisa lagi menukilkan bait-bait puisiku atau coretan-coretan bisikan hatiku lagi...ku serahkan segalanya pada ketentuan Ilahi.  Itu bukan kerja aku, aku hanya melaksanakan apa yang terbaik buatku. Untuk bekalan ke sana nanti. Andai ini coretan terakhir buatku, maafkanlah aku...kerana sumbanganku sekecil hama, tidak nampak.  Namun kebaikan sekecil mana sekalipun ia tetap ada nilai disisi-Nya. Kebaikan, bahkan keburukan sekecil pun pasti dinilai dan ada balasannya. Aku...terus berharap meminta dan memohon pada-Nya. Aamiin Ya Rabb!!!

Januari Pergi Fabuari Datang

Image
Pantasnya masa berlalu, Januari meninggalkan tempatnya, kini febuari mengambil tempat untuk memberi ruang kepada insan terus melalui hari-harinya. Segala yang lepas sudah berlalu, ia takkan terulang lagi.  Hanya boleh diperbaiki yang terkurang, dipertingkatkan dan terus istiqamah. Hari ini, bulan baru, berjanji dan berikrar pada diri sendiri agar kehidupan terus diberkati dan diredhai Ilahi.  Segenap penjuru perjalana hidup ini, moga terus dipandu dan disuluhi oleh cahaya kebenaran sehingga nafas terakhir. Susah senang, tenang bahagia mengharap pada Ilahi. Ia sumber kekuatan dalam kehidupan tanpanya hidup pasti terumbang-ambing, kerana insan sangat lemah perlukan kekuatan dan kebergantungan Sang Pencipta. Akulah itu, insan yang lemah... "YA Rabb! Ampunilah dosa-dosaku, pimpin dan bimbinglah aku dalam cahaya kebenaran-Mu. Hanya Kau tempat bergantungku...tiada daya dan upayaku hanya dengan bantuan dan pertolongan-Mu..." Aamiin Ya Rabb!!!

Gerhana Hati

Image
Gerhana Hati Biarlah bulan sesekali gerhana usah hati kita gerhana sepanjang masa nanti hilang tenang dan bahagia. Hati walang gunda gulana.Siang petang malam berduka lara.Gerhana cinta luka jadinya.

Sajak: Dingin Tapi Hangat

Image
Dingin Tapi Hangat Berpakaian tradisional hanbok memori indah bersama kekasih Gyeongbok Palace menjadi saksi pelbagai aksi merakam memori bagai putera dan puteri bertemu sekian lama tidak ketemu akhirnya di sini berdua bersemi cinta nan terpatri lihatlah...bersaksilah...dingin namun hangat bersemarak kasih ini. Masshah18.

Tiap Hari Kena Tulis

Image
Bagaimana aku mahu mulakan semangat ini. Sekejap ok sekejap tidak, turun naik macam bursa saham, jika nak disamakan, pun tidak juga. Aku bukanlah seorang penulis yang benar-benar fokus menulis. Menulis di blog pun sekadar coretan-coretan kecil. Entah dibaca orang atau tidak, aku pun tidak tahu. Tapi aku masih sayang dengan medium tersebut. Walaupun kadang-kadang semangat itu tinggi, kadang-kadang merudum. Masa ini, rasa bersemangat lagi. Entah bila aku boleh terus fokus dan bersemangat untuk menulis. Konon untuk menulis memoir diri sendiri pun masih terkial-kial,masih suam-suam.Menulis puisi pun entah apa-apa, tapi bila ilham datang untuk puisi, aku terus tulis, tanpa dieram lama aku terus terbit di blog. Malas aku nak simpan lama-lama, tulis dan terus terbit. Dibaca atau tidak terpulang.Begitu pun, aku tetap ada salinan untuk puisi-puisi tersebut, aku kumpulkan di fail untuk rujukan dan semakan diri sendiri. Bila tulis suka-suka hasilnya pun hanya suka-suk

Fokus Menulis Dengan Menulis

Image
Kehilangan fokus ketika menulis?   Aku tanyakan perkara ini dengan seorang penulis novel, juga seorang editor dan beliau pernah bertugas di Ana Muslim. Aku bertanyakan soalan tersebut melalui mesej 'WhatsApp'. Jawapan beliau cukup ringkas dan tepat. Itu tip fokus menulis menurut beliau... [18:15, 1/28/2018] +60 13-379 8684: Aslkm kak...bgi tips nak fokus menulis😉...sifuuu...hu3.... [18:40, 1/28/2018] Kak Saodahlasim: Tiap2 hari tulis 😃 [18:40, 1/28/2018] +60 13-379 8684: Lagi [18:41, 1/28/2018] Kak Saodahlasim: Memang ituje.menulis 😅 [18:42, 1/28/2018] Kak Saodahlasim: Selagi tak habis novel ke apa ke, tulis [18:42, 1/28/2018] Kak Saodahlasim: 👍🏼 [18:43, 1/28/2018] +60 13-379 8684: Tq kak 😄 [20:57, 1/28/2018] Kak Saodahlasim: Kena tulis jugak

Membacalah...Bacalah!

Image
Satu masa aku pernah ditanyai oleh kawan sekerjaku berkaitan dengan membaca. "Macam mana nak tanamkan suka membaca?" Lalu jawabku dengan ringkas "Membacalah...bacalah, itu sahaja..." Aku tidak menambah apa-apa lagi untuk tips membaca. Itu sahaja jawabanku.

Keunikan Kepelbagaian

Image
Kepelbagaian kaum, agama dan budaya merupakan sesuatu yang unik.Saranan Al-quran agar saling kenal mengenal antara satu sama lain amatlah dianjurkan tanpa ada sempadan geografi. Keunikan kepelbagaian kaum di Malaysia diwarnai dengan pelbagai perayaan kaum mereka masing-masing. Sikap toleransi, hormat menghormati merupakan salah satu penguat perpaduan antara kaum.  Mereka berhak meraikan, mengamalkan kebebasan beragama, budaya dan sebagainya tanpa ada gangguan mana-mana kaum lain. Semua ini sudah termaktub dalam perlembagaan negara kita.  Justeru itu, usahlah kepelbagaian ini dicemari dengan anasir-anasir yang boleh mengguggat perpaduan dan keamanan serta keselamatan negara. Ketahuilah, mencintai negara sebahagian daripada iman...

Mereka Pewaris Nabi

Image
Mereka adalah obor buat ummah selepas ketiadaan Nabi. Mereka menyebarkan risalah kebenaran seperti yang diamanahkan olehnya. Ummah sewajarnya menghormati kedudukannya sebagai penyambung lidah nabi. Mengapa mesti ada suara-suara kebencian dikalangan kita. Itulah pertembungan antara haq dan batil, ia terus berkesinambungan dari dulu hingga kini. Mereka, para ulama' adalah pewaris para nabi. Justeru, ikutilah mereka selagi kebenaran yang disampaikan, menepati dua rujukkan utama, al-quran dan al-hadis(assunnah).

Kematian Bila-Bila

Image
Dari lahir, kanak-kanak, remaja, dewasa hingga ke tua dan akhirnya mati. Adalah ketentuan dari Allah SWT. Muda ke, tua ke...kaya, miskin, semua akan mati menuju ke kubur. Tidak kira usia berapa, kerana usia bukan syarat kematian . Bila-bila, di mana-mana, jemputannya tidak diundang tiada tarikh yang ditetapkan kerana tidak tahu. Maka bersedia pada bila-bila masa sahaja. Persiapkan sahaja bekalan untuk ke sana. "SETIAP YANG BERNYAWA PASTI MENEMUI KEMATIAN"

Tekad Dan Yakin

Image
Gunung takkan didaki jika langkah mula tak dimulai.Langkah mula cerminan keyakinan tinggi ingin menggapai apa diimpi.Maka lakukan dengan tekad dan yakin. Pasti boleh!

Tips Menulis Oleh Stephen King

Image
Melihat kepada tips penulisan tersebut tidak perlu lagi dihuraikan, cukuplah sebagai ingatan diri kepada setiap penulis. Untuk diriku yang konon mahu menulis tetapi tidak tertulis-tulis apa yang mahu ditulis. Apa pun tips ini masih bisa membangkitkan semangat dan motivasi diri ini untuk terus cuba menulis sesuatu.  JOM MENULIS!

Yang Disayangi Semua Ditinggal

Image
Apa sahaja yang disayangi, satu masa pasti ditinggalkan, suami,isteri, anak-anak dan ahli keluarga serta perkara-perkara yang disukai dan disayangi.  Itu semua sementara,ia pasti dan pasti tidak dapat membantu disana.  Hanya tiga perkara yang telah disabda oleh Junjungan Besar Nabi SAW, boleh membantu kita, anak yang soleh-solehah, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat.  Justeru, persiapkanlah tiga perkara tersebut. Masshah18

Bersyukurlah

Image
Setinggi manapun kini berada, jangan dilupai orang-orang yang pernah berjasa. Tanpa mereka belum tentu kepuncak sana. Setiap dari mereka ada jasanya tersendiri, jangan sesekali dilupai.Tidak mampu beri kebendaan, doakanlah mereka setiap doa yang dipohon. Penting dari itu Tuhan yang memberikan jangan sesekali dilupai walau Dia tidak meminta sedikit pun. Bersyukurlah, itu yang Dia mahu. Masshah18

Sajak: Bahagia Sengsarakah

Image
Bahagia Sengsarakah Dedaunan itu terkulai layu Jatuh ke bumi, begitulah Begitukah nanti nasibku Andai saatnya tiba Kaku beku membisu Tak terdaya terkunci bicara Hanya amal baktiku Amal soleh dan taqwaku Bekalan menyelamat diri Bahagiakah sengsarakah Nasibku belum tahu Maafkan aku Tuhan. Masshah 2018 Meru.

Sajak: Kumengharap

Image
Kumengharap Dalam setiap diamku ada ingatanku pada-Nya dalam doaku mengharap  merintih memohon kerna Dialah segala-Nya untuku tempat pergantungan yang teguh Maha Pengasih. Masshah2018 Meru.

Sajak:KuPasrah

Image
KuPasrah Aku berlari laju engkau mengejarku Inginku hindari namun kutak mampu disetiap saat dan detik engkau mengintai-ngintai tanpa kuperasan walau  di mana kuberada segala takdirku ditangan Tuhan kupasrah kumenyerah andai masanya tiba untukku. Masshah18 Meru.

Sajak: Indahnya

Image
Indahnya Mengintai dari balik tirai hujan salji turun indahnya ciptaan Tuhan bibir membisikan kalimah nan suci syukur atas nikmat-Mu. Masshah 18 Seoul,Korea

Pilihan Dania

Image
Seperti biasa pilihan Dania bila disuruh memilih bahan bacaan kesukasnnya. Sebuah majalah terbitan ANA MUSLIM dan Buku Komik.Bagi aku apa sahaja pilihannya, tidak kesah yang penting pengisiannya bagus dan Dania terus suka membaca.

Tiga Buku Untuk Bilik Buku

Image
Tiga buah lagi buku baru untuk bacaanku di bilik buku. Ketiga buku tersebut aku beli di MPH, Setia City Mall, Setia Alam, Shah Alam. 1) Nota Terjahit, tulisan Nik Madihah. 2)Melakar Damai Dihati, tulisan Ustaz Pahrol Joui 3)Dia Bukan Malaikat, tulisan Mohd Iqbal Samsuddin. MEMBACA TERUS!

Belian Pertama 2018M

Image
Sebuah buku travelog menjadi pilihan. Buku pertama dibeli untuk tahun 2018M, belum baca pun. Alhamdulillah, masih ghairah dan bersemangat dengan buku. InsyAllah peruntukkan untuk buku pada tahun ini masih perlu dan tidak akan dimansuhkan.  Selagi ada nadi berdenyut, membaca tetap menjadi pilihan. Harapan dan impian untuk diri sendiri seperti yang tertulis di tulisan beberapa hari lalu akan direalisasikan. Aamiin Ya Rabb!!! MEMBACA TERUS!

Santai Hujung Minggu

Image
Santai-santai hujung minggu Bersama famili ceria selalu Senyum selalu senda gurau Gelak ketawa setakat perlu

Sajak:Anak-Anak Dan Buku

Image
Anak-Anak Dan Buku Anak-anak bahagialah bersama buku Kau akan tenang  mengembara di dalamnya sumber ilmu tiada tepian. Anak-anak selagi hela nafas ada santunila buku kerana memandai dan membijakanmu. Anak-anak andai kalian meninggalkannya ketinggalanlah kalian dalam banyak segala hal. Anak-anak jadikan setiap lembarannya ilmu kau amalkan selangkah ke mana jadikan panduan. Masshah 2018 Meru.

Sajak: Hanya Kau

Image
Hanya Kau Hanya kau kucinta hanya kau kusayang hanya kau kukasih hanya kau kurindu hanya kau kumilik hanya kau kuminta hanya kau kuada hanya kau kutinggal hanya kau kukau. Masshah 2018 Meru.

Kejayaan Dan Tindakan

Image
"Setiap kejayaan dimulai dengan niat, perancangan, target, sasaran dan penting dari itu TINDAKAN berterusan dengan kesungguhan dan kegigihan. Lebih penting dari itu doa dan pengharapan dan pergantungan dengan Allah SWT diperkuatkan. Lalu, bertawakalah setelah usaha-usaha itu dilakukan. Berjaya atau tidak, yang penting sudah mencuba. Segala-galanya dari Allah SWT."

Sajak: Entah Bila

Image
Entah Bila Esok entah hari ini atau bila-bila masa denyut nadi terhenti tidak tahu bila masanya siangkah malamkah petangkah saat jaga saat lena saat terleka biar sedetik biar seminit tidak tahu apa-apa bila? Masshah 2018 Meru.

Sajak:Dingin Kota Seoul

Image
Dingin Kota Seoul Dingin kota Seoul tenang menyapaku damai indah disanubari jauh seketika dari kesibukan rutin. Dingin kota Seoul memberiku seribu makna dalam sinaran mentari ada kedinginannya amat damai ada kebesaran-Nya. Dingin kota Seoul datang dan pulangku memberi sejuta rasa ada rinduku di sana. Masshah 18.

Kenangan Terindah Pembukaan 2018M

Image
Pembukaan 2018M yang indah dan manis buat diriku. Kenangan paling indah dan menyeronokkan, takkan ku lupakan sepanjang hidupku. Perjalanan selama enam jam melalui ruang udara malam, ke Korea Selatan memberiku seribu makna. Musim sejuk di bumi Korea sungguh mengujakanku, hujan salji di siang dan malam betapa memperlihatkan kebesaran kekuasaan yang Maha Esa. Maha Besar dan Maha Hebatnya Allah SWT yang menciptakan segala-galanya untuk direnung dan disyukuri. Sungguh, bumi Seoul, Korea memberikan kedamaian dan ketenangan buatku. Maka nikmat Allah mana lagi yang aku mahu dustakan! Hamba mohon keampunan-Mu duhai Yang Maha Baik!

Tahun 2018 Dan Dunia Bukuku

Image
Sepanjang tahun 2017 secara jujurnya, membeli lebih banyak dari membaca namun sasaran membacanya masih tercapai. Apa pun dan bagaimana pun ia akan berterusan selagi denyut nafas ini. Dunia membacaku akan tetap bergerak seperti biasa. Buku tidak dapat dipisahkan dari diri ini. Satu keindahan dan keseronokkan bila melihat buku-buku ada di mana-mana. Tetapi bagi aku, aku lebih suka buku ditempatkan di satu tempat yang tersendiri. Di sebuah bilik khas di dalamnya terletak pelbagai genre buku ada. Syukur, walau ruang tidaklah sebesar mana, aku dapat menghimpunkan dan mengumpulkan koleksi buku-bukuku di dalam bilik khas di rumahku. Ia menjadi tempat yang paling tenang dan menyeronokkan buat aku dan anak-anakku. Dari bulan ke sebulan makin bertambah koleksi buku-buku tersebut, entah bagaimana lagi aku mahu menyusunnya. Kekemasan dan keaturannya tidak lagi berseni walau sering dikemaskini. Namun begitu ia masih tidak lagi mengecewakan, melihat buku-buku tersebut makin seronok

Tahun 2018M Dan Harapanku

Image
Sudah hari yang ke dua puluh dalam kalendar 2018, sekejap rasanya sudah mahu hampir ke penghujung Januari. Pejam celik pejam celik begitulah hakikatnya kehidupan yang harus dilalui. Usia pun semakin menginjak ke satu takah lagi. Hari ini, esok...hanya Allah SWT yang Maha Tahu. Hidup mesti diteruskan. Rutin harian seperti biasa...perjalanan hidup sebagai insan di muka bumi-Nya dan segala kewajipan sebagai hamba-Nya harus terus dilaksanakan. Bekalan ke sana harus mesti dipertingkatkan, tiada bekalan terbaik selain bekalan amal soleh dan ketaqwaan akan dipersembahkan dihadapan-Nya nanti. Tahun 2018, bagiku adalah tahun untuk terus mengubah dan memperbaiki kehidupan diri dan hubungan dengan yang Maha Besar. Disamping kehidupan dunia masih bersisa sementara bernafas lagi. Biar apa pun terjadi warna-warni kehidupan ini mesti dan pasti aku lalui dan hadapi. Segalanya mengharap dengan rahmat dan berkat Ilahi. Kerana Dialah tempat bergantungan yang terbaik buatku. &qu