Posts

Showing posts from 2018

PBAKL 2019, Akan Datang

Image

Berani Hidup

Image

Membaca Mencerahkan Fikiran

Image
KATA Ulama tentang faedah membaca,  "Membaca dapat menghindari seseorang agar tidak tenggelam dalam hal-hal yang batil. Dapat mengembangkan akal, mencerahkan fikiran dan membersihkan hati nurani. Buku yang baik juga adalah pendorong jiwa yang paling agung dan menambah keimanan kepada Allah SWT."

Baru Nak Mula

Image
Hampir dua bulan buku ini dibilik buku, malam ni baru saja memulakan. Baru habis kata pengantar. Bermuka surat 728 muka surat. Berbahasa Melayu Indonesia. Usah ditanya bila aku boleh habis baca ini.Tanyalah diri bila aku mahu mula membaca? kik3...( kan dah kena) InsyAllah, boleh habis, sikit-sikit lama-lama jadi bukit!. Tak banyak mana pun. Ini sebuah buku Autobiografi. Kisah Gandhi dan eksperimen-eksperimen beliau berkaitan kebenaran. Jangan salah faham, bukan kitab agama Hindu, he3. Jangan risau dan sasau. Nak cerita buku ini,aku belum baca habis. Jadi aku coretkan kata-kata Mahatma Gandhi ni: "Tak ada hal baru yang bisa kuajarkan kepada dunia. Kebenaran(truth) dan antikekerasan (non-violence) sama tuanya dengan gunung-gunung." "...Tuhan adalah kebenaran." "...Orang yang tidak murni hatinya tidak dapat melihat Tuhan.Karena itu, proses pemurnian diri tentu harus diupayakan dalam perjalanan hidup. Dan proses pemurnian diri

Hadiah Sastera Selangor 2018

Image

Dania Menerima Anugerah Nilam 2018

Image
Tanpa salam, tiba-tiba pintu bilik buku ditolak kuat,rupa-rupanya si Dania muncul dihadapanku,sedang aku menatap skrin laptop yang berada di meja. “Abi,ni kita dapat ni” Aku mencapainya,sebuah sijil dan hadiah. “Wow” Kataku tak semena-mena terpancul dari mulutku,aku ucapkan tahniah dan sambil memeluk Dania. Sijil Anugerah Gangsa (NILAM). Dania menerima anugerah tersebut. “Tahniah kakak,hebat kakak,tahun depan dapatkan lagi” Kataku memberi semangat agar Dania gembira dan bersemangat untuk terus membaca. Tak sia-sia,usaha untuk membaca buku yang aku belikan,tiap kali selesai dibaca,setiap kali itulah Dania akan mencatatkan kedalam buku NILAM. Salah satu untuk menggalakkan anak-anakku gemar membaca,aku menyediakan rak buku mereka,Selesai baca,buku tersebut boleh disusun dirak tersebut. Perkara yang mesti ialah setiap bulan aku membelikan mereka bahan bacaan,sama ada mereka yang memilih atau aku yang pilih. Jadi, usaha pihak kerajaan(Kementerian Pe

Salam Maulidurrasul

Image

Macam-Macam Malaysia Baharu

Image
Mahu tak mahu kena ambil tahu juga, apa yang berlaku disekeliling kita. Dalam diri, keluarga, masyarakat  dan seterusnya dunia luar. Macam-macam berlaku dan terjadi,ekonomi, politik,agama, budaya,cuaca dan pelbagai lagi. Selagi yang bernama kehidupan,beginilah yang akan dirasai dan dihadapi oleh semua manusia di muka bumi ini. Melihat keadaan situasi politik dalam Negara ini, pasca pemerintahan baharu, aku melihat pelbagai isu timbul dan sungguh tidak menyenangkan secara pribadiku. Bermulalah dari al-kisah janji-janji politik melalui manifesto yang dijanjikan,penghakiman skandal-skandal durjana terdahulu, kedangkalan minda ahli politik, isu agama, kaum,bahkan isu yang terkini(isu ICERD)membuatkan sebahagian masyarakat amarah. Belum lagi nak cerita masalah kehidupan rakyat yang seolah tidak berubah lagi dari segi ekonominya. Barang terus mahal, minyak pun tidak turun-turun apatah lagi tol yang diwar-warkan akan ditiadakan juga kini sudah dikatakan tidak boleh dimansuh

Bertemu Pak Latip

Image
Sebagai pembaca,sesuatu yang sangat mengembirakan bila dapat bertemu dengan penulisnya sendiri. Sewaktu berkunjung ke Ulangtahun Bandar Islam GISBH Ke-18 , di Country Home Rawang. Disebalik gerai-gerai yang terdapat di Karnival tersebut terdapat sebuah gerai penulis tersohor ini, beliau ialah Pak Latip@Abdul Latip Talib.Seorang penulis Novel Islami dan Tokoh-Tokoh Sejarah Islam dan Nasionalis.  Seorang penulis yang hebat,buku-bukunya laris dan diminati oleh masyarakat. Berpeluang berbicara sekejap sudah cukup mengembirakan hatiku. Maklum sahaja, sebelum ini, cuma berinteraksi di Media Sosial,bila bertemu berhadapan terasa teruja. Bila aku perkenalkan diriku kepadanya,dan menyebut namaku, beliau kenal,dan mengangguk-anggukan kepalanya. Dan aku pernah membeli buku secara talian darinya. Begitulah hubungan seorang pembaca dan penulis biar jarang berjumpa tetapi sesekali bertemu, segar mesra. Sebuah buku tulisan beliau terbitan ITBM bertajuk Di Sini Kasihnya T

Melihat Buku Menyenangkan

Image
"Buku merupakan barang yang jika anda melihatnya, maka akan semakin menambahkan kesenanganmu, buku dapat mengasah otakmu, menyerdehanakan pembicaraanmu sehingga mudah difahami, dapat memperbaiki tugas-tugasmu, mengagungkan ucapanmu,menjadikan dirimu nyaman, memanjangkan umurmu, menghadiahkan penghargaan besar bagimu dari orang awam, dan dapat menjadikanmu sebagai kepercayaan penguasa." Petikkan dari buku 'Ke Arah Keperbadian Unggul' , tulisan Dr.Zulkfli Mohammad Al-Bakri, terbitan Pustaka Cahaya Kasturi, 2017. Muka surat 38.

Himpunan Untuk Para Penulis

Image

Buku Bulan November 2018

Image
Aku dan buku memang tidak boleh dipisahkan lagi. Setiap bulan aku beli buku untuk diri aku dan anak-anakku.Mereka pun sudah minat dengan buku.Harap-haraplah sampai usia tua mereka suka dengan buku.Biar mereka ikut langkah aku. Setiap bulan beli buku, ikutlah juga pendapatan bulanan,kalau banyak,banyaklah juga buku dibeli,kalau sederhana pendapatannya,sederhana jugalah buku yang dibeli.  Banyak atau sedikit yang penting ada buku setiap bulan. Biar bertambah koleksi buku dalam Bilik Bukuku ini. “Buku adalah teman yang paling istimewa buat diriku” Bulan November, empat buah buku sahaja yang aku beli, dua dah habis dibaca,dua lagi tunggu giliran.Sebenarnya banyak lagi yang menunggu giliran tu…biasalah,banyak membeli dari membaca.Tetapi membaca tetap terus membaca. “Baca buku boleh dapat apa-apa,tidak membaca tak dapat apa-apa.” Oklah, inilah buku-buku untuk bulan November yang aku beli.

Buku: Buku Kumpulan Puisi Parabel Tubuh

Image
Aku bersama Penyair Taufiq Roslan Pening juga baca tajuk buku puisi karya Taufiq Roslan,memang jarang sangat dengan perkataan Parabel, Parabel Tubuh?. Memang begitu sifatnya sesebuah puisi,dengan ungkapan bahasa yang puitis dan bombastik.Setiap penulis juga seorang penyair punyai kelainan dalam penulisan karya puisinya. Sebenarnya dalam buku ini penulis telah memberikan maksud dari apa yang dibicarakan dalam Kata Pengantar; “Parabel bermakna kisah alegori pendek yang direka untuk menggambar atau mengajar beberapa kebenaran, pelajaran moral atau kesedaran kepada keagungan Tuhan.” Oh, itu maksudnya, aku baca dari satu puisi ke satu puisi. Memang selayaknya pun Kumpulan Puisi ini  memenangi Anugerah Finalis Sayembara Puisi Kata-Pilar. Aku tidak bermaksud untuk mengulas,kerana untuk mengulas puisi ini,bukan selayaknya pembaca seperti aku. Aku cuma pembaca yang menikmati hasil karya penyair. Lain pembaca lain pemahaman , begitu sifatnya puisi,semakin sukar

BUKU: Abah Dan Mak Poi Iceland Dan UK

Image
A Aku tak tahu nak tulis apa. Sama ada tulisan ini sekadar pengenalan,ulasan atau resensi(rasa-rasa tak memenuhi kategori resensi). Membaca buku ini,secara pribadi bagiku tidak menjemukan, tulisan dengan bahasa mudah dan sangat menyeronokan.Pengembaraan yang sangat indah dan mempersonakan. Percayalah, bila anda membaca buku ini, mulut anda pasti akan melontarkan kata-kata suci Maha Suci Allah, atau dalam kalimah bahasaArabnya,SubhanAullah. Mengapa aku katakkan demikian? Mengapa tidaknya, bila melihat gambar-gambar pemandangan indah yang dipaparkan dalam buku ini,terpacul kata-kata indah ini. Bukankah kehebatan  selayaknya dipuji hanya untuk Dia yang Maha Hebat. Aku yakin bila baca buku ini dapat pahala.Pahala mudah,itu yang aku lalui bila baca buku ini. Kalau tak salah aku, inilah buku kedua bercorak pengembaraan yang pernah aku baca selepas buku Kembara Sastera tulisan Nisa Haron.Buku yang penuh gambar,tapi bukan buku gambar tau! Buku yang aku maksudkan,

Menulis Dan Cuti Sakit

Image
Ikutkan hati memang sudah malas mahu menulis diblog ini. Tak macam dulu-dulu masa tengah bersemangat menulis.Apa saja mahu ditulis,orang baca ke tidak tak peduli.Janji ada isi dalam blog. Seronok bukan main bila dapat menulis lepas itu terbitkan dalam blog. Ini pun disebabkan ada semangat, kalau tidak belum tentu ada perkara yang mahu dikongsikan. Sekadar masukkan gambar buku yang dibeli, itu sahajalah. Bila duduk-duduk di dalam bilik buku ini, lihat sekeliling buku-buku, bersemarak dan bersemangat pula mahu menulis, seperti ada aura. Tapi memang betulah, bila lama tidak menulis, terasa payah pula mahu memulakannya.Ini pun aku paksa-paksa diri menulis.Sambil minum kopi Entah apa yang aku mahu tulis. Masuk dua hari ini,aku cuti sakit.Gara-gara jatuh motor sewaktu balik kerja dua hari lepas. Walau tak cedera tapi sakit dibahagian tulang rusuk terasa amat.  Jadi cuti-cuti begini, sambil berehat, cuba buka blog yang semakin bersawang. Entah ada tetamu me

Buku Autobiografi Mahatma Gandhi

Image
Belian melalui online, buku terakhir yang aku beli dalam bulan oktober 2018. Buku Autobiografi Mahatma Gandhi, Kisah tentang eksperimen-eksperimen Mahatma Gandhi berkaitan kebenaran.Setebal 728 muka surat, berharga RM120.

Baca Apa-Apa

Image
Orang yang membaca akan dapat apa-apa yang dibaca, orang yang tidak membaca tidak dapat apa-apapun,maka membacalah jika kita mahu mendapat apa-apa, bacalah apa-apa bacaan pun agar berfaedah untuk kita.

Membaca Kena Sungguh-Sungguh

Image
  Membaca kalau tidak dipaksa dengan sungguh-sungguh beginilah jadinya. Tidak seperti bulan lepas, bulan September.Aku memang menetapkan sasaran yang banyak untuk bulan tersebut. Kesungguhan dan masa yang terluang memang dimanfaatkan sebaiknya. Pantang ada masa, aku ambil masa untuk membaca, tidak seperti bulan Oktober.  Kesungguhan, matlamat dan sasaran yang dimahukan tidak ditulis.Maka hasil kuantiti buku yang dibaca hanya enam buah buku. Enam buah buku terlalu sedikit dari segi kuantiti dalam masa sebulan. Namun begitu, sebenarnya terpulang kepada seseorang pembaca, mahu menetapkan berapapun dalam tempoh sebulan untuk membaca buku. Betullah, kuantiti bagi seorang pembaca adalah rekod pribadi dalam dairi dunia pembacaan mereka, ya itu juga penting bagi seorang pembaca. Namun begitu lebih penting adalah kualiti hasil dari pembacaan buku yang dibaca. Adakah ia memberi impak dalam diri pembaca? Hasil pembacaanya itu dapat memberikan input dalam dirinya. Ya,

Rindu ANIS

Image
    Rindu kat Anis, sejak beberapa bulan ni tak jumpa, tak tahu apa khabarnya Anis. Petang ini disebabkan rindu sangat dengan Anis terpaksalah aku cari gambar(majalah Anis) yang lama-lama...betul ke Anis dah tak ada? Sedih tau! 😊😢 Belek Anis, Mei 2007, Khas Hari Ibu...ada cerita dan kisah keluarga sebelah isteri. Ada wajah ibu mertua dan bapa mertua(Alfatihah untuk mereka). Terimbau pula kenangan lalu... Belek-belek ada juga gambar aku dan isteri di situ.Ada juga gambar dalam majalah... Sewakti Team Galeri Ilmu bertandang di rumah emak Bukit Lancung, kebetulan aku dan isteri juga di rumah emak. Mereka ada sisi temuramah dengan ahli keluarga untuk isu khas hari ibu untuk keluaran Anis bulan mei 2007. Kisah ibu ayah membesarkan 13 orang anak...ada kisah mimpi emak, ada cerita arwah abang Asri,ada tips jaga badan lepas bersalin dari Arwah Emak. Banyak lagi kisahnya.... 😊 Alfatihah buat Almarhum Ibrahim bin Busro, Almarhumah Hajah Rubiah b

LGBT Hangat Di Pasaran

Image
  Isu hangat dan panas sejak beberapa minggu ini. Mungkin ramai yang sudah lupa tentang kisah Nabi Lut...LGBT... "...perjuangan para nabi penuh pahit getir dan suka duka. Mereka tidaklah berjalan di atas karpet merah ditabur bunga dipuji orang melainkan berjuang mengorbankan tenaga, diancam nyawa dan dibenci orang. Kisah para nabi sudah berlalu ribuan tahun. Namun adakah masih releven pada zaman kini." Syed Azharul Asriq, buku Nabi Lut Melawan LGBT, Nabi Syuib Melawan Kapital is dan Kisah-kisah lain,2017. # duniabukumasshah # jombacabuku # ceriabersamabuku # rakyatmalaysiasukamembaca # malaysiamembaca # syedazharulasriq

Buku Baru Benz Ali

Image
Belian secara online melalui FB dan Whatsupp terus kepada penulisnya. Dua buah buku terbitan Republik Buku,  Benz Ali  selamat sampai semalam. Buku M.A.H.A.T.H.I.R , Sebuah Fiksyen Politaik dan Khutbah Alternatif. Sebuah buku percuma,'Akhirnya Ku Temui Kebenaran.' Apapun buku siapapun penulisnya selagi namanya buku, aku baca.Gunakan kebijaksanaan ketika membaca. 😊 👍 💖 # duniabukumasshah # jombacabuku # ceriabersamabuku # rakyatmalaysiasukamembaca # malaysiamembaca # benzali

Melayu Bangsa Pendatang?

Image
      Marah dengan kenyataan ini? Sudah tentu ramai yang marah. Kau dan aku, sensitif tak? Beberapa hari ini timbul isu ini yang dilontarkan oleh seorang menteri, yang barangkali sudah banyak khatam pelbagai buku sejarah berkaitan bangsa-bangsa dunia. Lalu dengan yakin melontarkan kata-kata ini. Tapi sejurus dari itu beliau telah menafikan selepas sudah viral kenyataannya yang dilaporkan akhbar. Sama ada menteri kata begitu atau tidak, kenyataanya telah membuatkan sebahagian bangsa Melayu terasa hati. Apa perlunya kenyataan ini dibangkitkan. Rasanya tidak perlu dan memang tidak perlu. Disaat konon katanya ingin membina Malaysia Baru, apa perlunya semua itu. Jagalah sensitiviti semua bangsa. Melayu, Cina, India, Iban,Kadazan dan lain bangsa yang ada di Malaysia.Kau mahu rakyat hidup aman damai dan harmoni tapi kau sendiri tidak begitu. Menteri fokus dan tumpu pada tugas serta kerja yang dilakukan sudahlah. Tak perlulah mengeluarkan kenyataan yang menyumbang kearah ker