Posts

Showing posts from October, 2017

Sajak:Pasti Mati

Image
Pasti Mati Mati itu pasti mati itu mesti mati itu menanti mati itu mengintai mati tetap mati Masshah17 Meru

Rujukan Kesihatan Diri

Image
Sebahagian buku-buku koleksi berkaitan kesihatan mewarnai bilik buku. Buku-buku dari pelbagai rumah pernerbitan. Buat menambah ilmu berkaitan kesihatan diri.

Dua Novel Tebal

Image
Petang tadi sebelum waktu asar, keluar sekejap ke Tesco Setia Alam dengan Dania. Niat cari barang dapur yang semakin susut. Dalam meninjau-ninjau nak cari pampers anak terlihat satu rak berisi buku-buku, terdiri daripada novel-novel. Sengaja berhenti dan lihat-lihat, semurah RM10. Sedang Dania belek-belek buku kanak-kanak, aku saja tidak pelawa Dania untuk memilih buku pilihannya. Aku beli 2 buah novel yang agak tebal, saja aku beli buat menambah-nambah kokeksi novel yang ada di bilik buku. Dua buah novel cinta gamaknya...

Seronok Membaca

Image
Bagi aku, tidak tahulah orang lain, membaca sangat menyeronokan, mengapa seronok? ada orang membaca rasa tidak seronok kah?  Boleh jadi, mungkin...entahlah, semua itu bergantung kepada individu. Kalau membaca rasa tidak seronok, aku rasa baik jangan membaca, bolehkah macam itu? Biasanya orang yang membaca, seseorang itu sangat suka, gembira, ghairah, tidak sabar dan macam-macam perasaan sebab mahu baca buku, lagi-lagi buku baru yang baharu sahaja dibeli.  Seronok bukan main, mahu buka plastik, mahu cium-cium buku itu,sedap bau buku baru ni, siapa yang tidak pernah cium buku? Ha...ha...ha...bila beli buku tebal, terasa teruja, hati bertanya-tanya sendiri, macam mana penulis ni boleh tulis buku tebal-tebal macam ni. Eh...buku macam ni pun boleh terbit? Senangnya tulis buku...macam-macam tanda tanya dan soalan di hati...itulah aku, sebab seronok lihat buku, bertambah bila boleh beli dan baca. Lagi-lagi makin bertambah koleksi buku yang ada, makinlah seronoknya, sungguh!

Dua Buah Lagi Untuk Oktober

Image
Dua buah lagi buku mengisi Bilik Buku untuk bulan oktober,

Koleksi Buku Buya Hamka

Image
Terdapat beberapa buah buku karya Buya Hamka di dalam Bilik Buku. Ia merupakan karya yang sangat berharga dari seorang ulama yang tersohor di Nusantara. Aku masih mencari lagi beberapa buku beliau untuk koleksi seterusnya. Ia merupakan bahan bacaan yang sangat bagus untuk generasi masa hadapan dan kini. Tulisan-tulisannya masih releven hingga sekarang.Harapan untuk memperbanyakan karya Buya Hamka di Bilik Buku mudah-mudahan berjaya direalisasikan.

Segalanya Ketentuan-Nya…Takziah!

Image
Baru beberapa minit tadi aku menerima kiriman berita dari adik iparku melalui ‘wassap’ Group Famili Bani Ibrahim, memberitahu keadaan bondanya yang kritikal dalam perjalanan  untuk dibawa ke Hospital Port Dickson. “Assalamualaikum…Saya mohon doa dari semua warga Bani Ibrahim semoga mendoakan kesembuhan dan kesihatan buat Mak Adha yang semakin uzur sekarang ni… sudah dua hari tidak sedarkan diri…baru sahaja dibawa ke Hospital Port Dickson…” “Assalamualaikum kepada semua. Saya Muhammad Adha Boyong mohon doa dari semua untuk kesembuhan bonda saya yang sedang kritikal di Hospital Port Dickkson. Ribuan Terima kasih.” Adik iparku meminta semua ahli keluarga mendoakan kesejahteraan dan keafiatan untuk bondanya. Bondanya sejak beberapa minggu lalu memang tidak beberapa sihat, begitulah kita insan, ada waktunya diberi ujian kesihatan. Kami keluaraga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebaikan untuk bonda adik ipar, moga Allah menyembuhkan sakitnya. Begitulah harapan seti

Malam Yang Indah

Image
Indahnya suasana malam,andainya diisi dengan sesuatu yang mendamaikan hati. Hati yang resah, gundah gulana, keluh kesah terubat bila malam menjelma. Di situ ada ubat untuk menyembuhkannya, ada ubat mujarab yang pasti akan meleraikan kekusutan yang melanda jiwa. Sunyi malam meleraikan hati yang lara bersama Dia yang lebih faham dan memahami setiap jiwa yang lara gelisah. Hembusan angina malam yang mendamaikan, menyelinap menusuk ke sukma insani. Malam menjadi indah, tenang, damai, harmoni bersama Dia yang Maha Hebat. Syukur, malam masih dapat dinikmati. Dan malam ini, aku masih di sini, masih bisa lagi menghirup udara malam yang indah dan hening, mata ini masih menikmati keindahan malam. Nikmat malam yang tenang, damai… Sungguh, Maha Hebatnya yang menciptakan malam… MAHA SUCI ALLAH!

Buku Baru Dania, Anas Dan Huzaifah

Image

Seperti Ini Malamku

Image
Bila malam semakin kelam, ramai yang masih asyik dengan malam. Malam bagai siang, semakin kelam dan suram malam semakin meriah dengan pelbagai ragam insannya.  Ada yang masih di warung-warung dan restoran-restoran mengisi perut, ada yang masih bertungkus lumus mencari rezeki kerana kerja sif malam. Malah ada yang sudah masuk ke kelab hiburan, kelab malam, disco, karoke dengan niat beristirehat dan menghilangkan rungsing yang melanda jiwa.  Ya, ada pelbagai ragam insan mengisi malam dengan pelbagai aktiviti kehidupan mereka. Seorang pelajar sedang bertungkus lumus menghafal pelbagai formula untuk ujian atau peperiksaan yang akan di mulai minggu depan.  Seorang penulis rencan, sedang giat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pihak editor tentang sebuah tulisan yang akan diterbitkan beberapa hari lagi. Sedang seorang ibu bertarung nyawa di sebuah hospital besar di wad bersalin untuk melahirkan anak pertamanya. Sepasukan anggota keselamatan terpaksa bergegas k

Tangisan Demi Konsert

Image
Aku masih ingat, sewaktu darjah satu. Pihak sekolah telah menganjurkan satu konsert amal kalau tak silap aku. Sempena apa aku sudah lupa. Persembahan diadakan di Padang Sekolah. Artis terkenal Sudirman Hj Arshad dan rakan artisnya yang lain bakal membuat persembahan dalam konsert itu.  Bila sampai tarikh konsert itu diadakan, waktu itu aku tidak dapat menyaksikan persembahan tersebut sebab tiada siapa yang mahu membawa aku ke sana.  Persembahan di adakan diwaktu malam. Hati ku meronta ingin melihat persembahan tersebut, aku menangis kerana betul-betul mahu tengok persembahan itu. Tangisan ku semakin menjadi-jadi bila terdengar persembahan konsert melalui corong pembesar suara. Walaupun jaraknya jauh tetapi terdengar gema itu.  Biasalah waktu malam...emak memujuk bapa supaya membawa aku menyaksikan persembahan tersebut.  Melihat tangisanku tiada henti, akhirnya degan kelembutan hati bapaku. Bapa membawaku ke sana.  Biarpun hujan gerimis masa itu bapa redah demi anaknya

Empat Buah Lagi Untuk Oktober

Image
Lagi buku baru untuk bulan Oktober 2017. 

Pancuran Air Bercahaya

Image
Selesai cari buku, santai-santai di luar Mall sambil menyaksikan pancuran air berwarna-warni...sangat menarik, anak-anak pun sungguh suka...

Jalan-Jalan Cari Buku

Image
Distinasi utama setiap kali ke Setia City Mall...MPH pilihan kami, dah itu kedai buku yang ada...😊😉👍💖...gembirakan hati anak-anaku dengan buku. Tiada tempat lagi yang indah untuk disinggahi selain kedai buku. Bawa Dania dan anas jalan-jalan cari buku.(16/10/2017) Semoga menjadi Generasi Iqra!

Harga Kasih Sayang

Image
Hasil belian dengan penulis novel sejarah tersohor tanah air, Pak Latip, jualan dan harga kasih sayang.Menurutnya bila aku tanya melalui mesej 'Wassap' ada perkara apa yang menyebabkan harga untuk tiga buah murah sangat. Kerana tidak diharamkan dan tiada larangan untuk penjualan. Begitulah seorang penulis menunjukkan kegembiraan dan kesyukurannya, bila hasil karyanya boleh lagi di jual tanpa ada larangan. Terima kasih dan tahniah Pak Latip!😊👍💖

Buku Baru Lagi

Image
Ole-ole dari program anak muda di Shah Alam pada minggu lepas Empat buah zine Tiga buah buku lagi, singgah di Kedai Buku MPH.

Majalah Pilihan Oktober

Image
Seperti biasa dua buah majalah terbitan DBP, Majalah Tunas Cipta dan Majalah Dewan Sastera menjadi pilihan untuk bacaan bilik buku. Setiap bulan semakin mantap pengisiannya.

Warga Prihatin

Image
Terima kasih Alhamdulillah aduan pagi tadi sudah diselesaikan dengan kadar segera.  Laluan Jalan Rambutan yang berlubang telah diturap semula.   Semoga Ibu bapa yang menghantar anak-anak dan anak-anak sekolah yang berbasikal  agar lebih selamat.  Terima kasih kepada mereka yang terlibat.

Dua Buah Buku Lagi

Image
Dua buah buku lagi untuk bulan oktober  mewarnai dunia pembacaanku di Bilik Buku.

Dania Dan Buku

Image
Memang seronok melihat anak-anak suka kepada buku. Melihat kepada Dania yang sedang menyusun buku-bukunya membuatkan aku gembira. Ada masanya tekun dengan membaca, ada masanya bermain dengan buku-buku. Macam-macam karenah dan ragam anak-anak dengan buku. Harap-harap berterusan Dania menyukai buku...

Gaya Huzaifah Dengan Buku

Image
Perasaan paling seronok  bila melihat anak-anakku suka dengan buku, biar pun sekadar memegang, membelek-belek dan bermain-main dengan buku. Ia satu permulaan buat mereka suka dengan buku. Saat santai di bilik buku,terlihat adik Huzaifah memegang buku miliknya, biar pun sekadar bermain-main, ia cukup menghiburkan hatiku, dalam hati berdoa agar anaku ini suka dengan buku, suka dengan ilmu... Lihatlah gayanya...

Adik Huzaifah Menabung

Image
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, itulah perumpamaan yang biasa kita dengar berkaitan dengan sesuatu yang kita kumpul atau simpan. Seperti menabung...Adik Huzaifah sudah ada tabung sendiri. Pantang jumpa duit syiling di lantai terus dikutipnya dimasukkan ke dalam tabung miliknya. Harap-harap ia akan menjadi tabiat yang berterusan.  Lihatlah aksinya dengan tabung miliknya...