Posts

Showing posts from September, 2017

Hamba Yang Bersyukur

Image
Alangkah indah dan bahagianya, seandainya apa yang ku harapkan, apa yang kuinginkan dan apa yang aku miliki, semuanya ini, menjadikan aku sebagai seorang hamba yang bersyukur atas nikmat pemberian dari-Nya.  Dan apa yang aku impikan  semuanya terjadi dengan izin-Nya. Semuanya tidak menjadikan aku seorang yang lupa diri dan lupa janji. " Ya Allah peliharalah aku dari bersikap sombong dan angkuh atas nikmat sementara yang Engkau berikan. Hindarilah aku dari lupa  mengingatiMu..." Aamiin Ya Rabb!!!

Indahnya Membaca

Image

Aktiviti Harianku

Image
Entah apa yang aku mahu bicarakan hari ini, sebelah pagi biasanya aku tidur. Setelah kepenatan dan keletihan semalaman bekerja sif malam, mengantuk apatah lagi. Waktu malam untuk tidur, aku bekerja. Begitulah nasib seorang pekerja kilang seperti aku. Siang malam pagi petang kerja-kerja, kerja, tapi masih tidak kaya-kaya, alahai. Mengeluh ke aku ni? Ha ha ha…biasalah, namanya pun manusia. Mengemas Rumah Masing-masing ada cara kehidupan sendiri. Selesai sarapan, jika aku ada beli sedikit sarapan aku akan sarapan dahulu, buka youtube atau layan muka buku, itu sudah menjadi kebiasan setiap orang, jangan cuba mahu menafi ya! Selesai semuanya aku layan tidur. Sampailah jam dua belas tengah hari, kadang-kadang terlajak juga sampai jam satu petang. Bangun tidur biasa terus mandi dan adakalanya duduk sebentar belek-belek telefon bimbit, biasalah tu…muka buku, tidak pun lihat mesej di whatsupp. Selesai mandi, macam biasalah tunaikan kewajipan terlebih dahulu. Selesai aku te

Mengemas kini Bilik Buku (5)

Image
Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah aku mengemas kini, bilik buku ku. Sepanjang tujuh hari aku mengemas, menyusun, menyingkir mana-mana yang tidak diperlukan lagi. Kini, terasa lapang sedikit dari sebelum ini. Akhbar-akhbar yang tidak perlu lagi aku sudah ketepikan, cuma menunggu lori untuk dijual. Surak khabar lama...paper lama...ha...ha...ha... Buku-buku pun telah aku susun dengan rapi. Majalah-majalah aku tempatkan di satu rak khas. Kali ini aku inginkan keselesaan, baru seronok mahu berkarya di sini. Anak-anak  pun suka melihatkan bilik buku selasa dan lapang.Mereka boleh bermain di sini. Selepas ini bertambah bersemangat untuk aku menulis. Tempat aku bersendiri, bersunyi...syukur.

Saat Idea Datang

Image
Aku pun tak tahu mahu tulis apa. Bila pandang skrin laptop ni, asyik tak menjadi sahaja,berkali-kali aku mahu mencuba menulis sesuatu tetapi asyik gagal. Aku cuba lagi, lagi dan lagi, merepek pun merepek lah, yang penting aku mahu cuba menulis sesuatu. Nasib Rohingya Baru aku teringat tentang satu perkara yang berlaku kepada saudara seIslam ku yang berada di Rohignya, mereka menjadi mangsa pembantaian puak militant hindu. Tanpa rasa belas kasihan mereka terus menerus melakukan pembantaian. Rumah-rumah mereka dibakar, bahkan perkampungan mereka seluruhnya dibakar dengan kejam dan zalimnya. Pembunuhan secara beramai-ramai tanpa belas kasihan. Anak-anak kecil, suami isteri dan seluruhnya kehilangan sesuatu yang dimiliki oleh semua orang. Mereka hilang kedamaian, kesengsaraan, kecelakaan dan penderitaan menyelubungi kehidupan mereka. Masyarakat dunia masih ada yang lena meskipun penderitaan mereka sudah diketahui. Malang sungguh malang nasib Umat Islam ini. Aku

Rindu Membara

Image
Pabila rindu ini semakin membara,  semakin ku kuatkan tekad ku,  ingin ku segera menatapi mu, walau jauh beribu batu, ku setia menanti mu.

Puisi Panjang Dari Pak Agi

Image
Pak Agi masih terus menerus berkongsi dengan apa yang beliau kongsikan di Muka Bukunya kepada ku. Beliau menghantar mesej ini sekitar jam 4.36 petang. Aku membukanya agak lewat ketika itu. Seingat aku hari itu aku kerja shif sebelah pagi. Bila Pak Agi menghantar mesej padaku, aku rasa gembira, kerana masih tidak pernah lupa padaku. Sebagai peminatnya aku sangat menghargainya. Siapa yang tidak gembira bila seorang penyair mengirimkan pelbagai kisah dan cerita dikongsi bersama peminatanya. Syukur! Terima kasih Pak Agi, setiap mesej yang kau hantar pasti ada kebaikan yang aku perlu fikirkan. Untuk hari ini (10/9/2017), Pak Agi mengirimkan kepadaku sebuah puisi panjang berkaitan kecintaannya kepada Tanah Air Malaysia sebagai kampong halaman yang sangat di cintainnya. Penyair seorang yang sangat sayangkan negaranya dan bersifat petriotik. Nah! Sama-sama nikmati dan hayati puisi panjang beliau ini. PUISI TAHUN 1966 INI KUKARANG SEMASA BERUMUR 23 TAHUN.INILAH

Basikal Chooper Warna Merah

Image
Basikal Chooper Warna Merah Bila duduk seorang mulalah terkenang-kenang masa dulu. Masa yang tak akan berputar kembali, ia hanya menjadi nostalgia. Waktu kecil, kanak-kanak, dewasa kini...ya makin ke penghujung. Kata orang tinggal tunggu masa saja. Bila-bila masa boleh dijemput. Semua orang ada masanya dan bahagian masing-masing. Bila kenang dulu-dulu semuanya indah, seronok...ahh...alangkah seronoknya jika masa boleh diputar balik...ha...ha...ha...tak mungkin. Apa pun syukurlah masih diizinkan untuk mengingati nostalgia lama-lama. Masih terkenang, sewaktu aku darjah satu. Sebelum bapa membelikan aku sebuah basikal. Tiap pagi bila aku ke sekolah ditumpangkan oleh jiran sebelah rumahku. Kak Hazimah atau aku panggil Kak Jimah. Pergi balik aku tumpang Kak Jimah.Aku hanya sekolah pagi sahaja, sekolah kebangsaan. Waktu itu aku belum bersekolah agama lagi. Setiap pagi   aku tunggu di depan jalan rumahku. Hadiah Basikal Sehinggalah satu hari ba

Hilang Dari Sejarah

Image
Sungguh aku terkesan dengan kata-kata  di atas, ia betul-betul membangkitkan rasa keinginan yang kuat mahu merealisaikan kata-kata sasterawan dari Tanah Seberang di atas, iaitu Pramoedya Ananta Toer. Ia sangat menyuntik motivasi tinggi buatku.  Benarlah apa yang diungkapakna oleh beliau. Sesiapa pun boleh saja hilang dari mata masyarakat,seandainya mereka tidak meninggalkan apa-apa sejarah dalam hidup mereka, untuk diikuti, dibaca dan apa saja kisah atau cerita mereka buat tatapan masyarakat.  Semua itu bermula dengan menulis, menuliskan sejarah diri, kisah kehidupan yang di lalui oleh mereka dan juga kita, juga aku, ya aku, biarpun aku bukan sebijak dari mereka. semua orang boleh menuliskan kisah kehidupannya.  Tidak kesahlah orang kecil, orang besar, orang kaya, bahkan orang miskin juga punya cerita dan kisahnya, sesiapaun boleh menulis. Pasti apa yang dituliskan ada manfaat dan boleh diambil ibrah oleh masyarakat yang membacanya. AKU? Apakah aku juga mahu h