Kematian Sebagai Peringatan

Image result for gambar kematian


Kematian itu tiba-tiba sahaja boleh menjengah tanpa disedari.Tanpa diminta tanpa dijemput dan tidak tahu bila masa ia akan datang menjemput.

Kematian itu pasti dan mesti, baik yang sihat ke atau yang sakit ke pasti akan menuju kematian. Mahu atau tidak mahu, pasti MATI!

Ya…MATI!

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian.”

Cuma tempohnya dan bila masanya. Sama-sama tidak tahu. Hanya Allah SWT yang Maha Tahu segala-galanya.

Di mana pun kita berada dan tempatnya, bila ia datang barang sesaat pun kita tidak dapat menghindari, jangan katakana ‘nanti dulu’, ‘cari orang lain dulu aku tak nak mati dulu’ boleh ke macam itu?

“Dan datanglah sakaratulmaut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu  selalu lari darinya.” (Qaf:19)

Allahuakbar…gerunnya…apakah persiapan ku?

Tiba-tiba petang yang damai ini, aku bermonolog kematian, ya mati itu tidak mengenal berapa umur kau, sihat atau tidak…tiba-tiba…datang secara tiba-tiba.

Bagaimanalah kematian ku nanti, aku pun tak tahu.

Apakah kesudahanku nanti seperti yang aku doakan setiap kali selesai solat? Atau apakah sebaliknya?

Allahuakbar!

“Ya Allah, tolong matikan kami ini di dalam keadaan Husnul Khatimah. Janganlah KAMU matikan  kami di dalam Suul khatimah(kematian yang buruk).”

Aku mahu segalanya baik Ya Rabb!

 Ya Rabb, istiqamahkanlah aku dalam kebaikan dan ketaatanku pada-MU, jangalah Engkau sesatkan aku bersama-sama orang yang sesat, jauhilah aku dari kejahatan dan kemungkaran.

Aamiin Ya Rabb!


Moga monolog kecilku ini, bisa menjentikku agar terus bangun dengan motivasi kematian ini. Kematian itu pasti dan mesti untuk ku dan semua…

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi