Jangan Kecam Sangat

                                        Image may contain: 6 people No automatic alt text available. 


Ya Hanana...ya hanana...ya hananaa...

Siapa yang tak pernah dengar qasidah ini. Semua orang pernah dengar rasanya. Orang yang tak suka pun boleh jadi dalam diam tergoyang badan bila dengar.

Jadi usah asyik kecam sangat. Dua tiga hari ni terkeluar cerita habaib palsu dengan cerita kepalsuannya.

Tak perlulah aku cerita apa dia kepalsuannya. Aku pasti dan yakin penduduk planet muka buku, wattsupp dan segala macam planet media sosial yang ada sedia maklum prihal cerita habaib palsu ini.

Kalau ada sepuluh group, sepuluh group jugalah hantar cerita atau gambar yang sama. Naik 'hang' telefon bimbit tu...atau telefon bimbit tu pun palsu.

Benda-benda palsu ni bukan barangan saja, perkhidmatan pun ada yang palsu, buku pun ada yang palsu, apatah lagi manusia palsu dengan pelbagai gelaran macam-macam.

Macam si habaib palsu ni, jenis ambil kesempatan. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Kuasa Allah SWT, jadi maka jadilah...akhirnya terkantoilah segala macam kepalsuan si habaib palsu.

Jadi kita yang dengar dan terima berita ini, janganlah pula terus kecam, kutuk, kondem dan segala macam maksud terhadap insan bernama 'habaib' ni.

Jangan asyik ingat seorang habaib palsu semua dikecam habaib-habaib yang ada di serata dunia ini.

Para habaib ini ada peranannya...besar pula tu...kita yang asyik dok kecam ni apa peranan?

Seorang Orentalis Barat Snouck Hurgronje berkata dalam tulisannya:

"Ramai para ulamak dari kaum Alawiyin asal Hadramaut yang sangat berpengaruh dan menjadi pusat rujukan kaum Muslimin di Indonesia. Mereka memiliki jasa besar dalam menorehkan jejak dakwah di seluruh pelusuk negeri ini."
Seorang lagi sejarahwan dari Perancis Gustave Le Bon menukilkan tentang peranan para habaib ini dalam usaha dakwah mereka;

"Para Sayid asal Hadramaut memiliki peranan yang sangat besar dalam dakwah Islamiyah di Asia Tenggara, khususnya di Indonesia.

Semua ahli sejarah telah menyebutkan betapa
besarny usha dan peranan mereka.Hijrahnya mereka dari Hadramaut ke tempat yang jaraknya ribuan kilometer dengan menyeberangi lautan, tidaklah bertujuan lain kecuali untuk menyebarkan Islam.

Dan mereka tidak sedikitpun mencari keuntungan material mahupun moral."

Petikan dari Tinta Penyusun buku 26 Mutiara Habaib Nusantara.

Nah..kan...betapa besar peranan mereka...bukan macam habaib palsu yang mengambil kesempatan atas orang lain.

Kita serahkan habaib palsu itu kepada pihak berkuasa agama dan pihak yang berkaitan untuk menyelesaikan perkara tersebut. Jangalah disebabkan seorang habaib palsu, semua para habaib yang ada kita pukul rata dikecam.

Jangan seperti pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga!

Aku syorkan, cari buku seperti gambar di atas terbitan mustread. Kenali para habaib dan 
peranan mereka di rantau Nusantara. InsyAllah ada jawapanya.

Para orentalis pun memperakui peranan mereka takkanlah kita...?


Tepuk dada tanya iman!

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi