Posts

Showing posts from August, 2017

Salam Kemerdekaan 60 Tahun

Image
Kemerdekaan ada kaitan dengan 'korban'. Bukan sedikit yang terkorban dalam menuntut kemerdekaan tanah air. Ramai yang terkorban dalam menuntut dan memperjuangkannya, terutamanya para pejuang dan para parajurit tanah air. Mereka lebih rela terkorban demi melihat tanah air dari terus dijajah oleh penjajah yang tidak pernah kenal erti mengalah, begitu dengan para pejuang. Pengorbanan mereka sangat mahal. Keluarga mereka kehilangan orang yang dikasihi sama ada terkorban semasa peperangan atau ada yang terpenjara kerana melawan penjajah. Bermula dari Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Komunis, pejuang-pejuang kemerdekaan berkesinambungan mempertahankan tanah air dari terus-menerus dijajah, demi kasih dan cintanya kepada tanah air. Kini, kita sedang mengecapi dan menikmati hasil dari perjuangan dan pengorbanan mereka. Usahlah kita menjadi warga yang melupai pahit jerih perjuangan mereka. Kita terus pertahankan negara ini demi kemerdekaan yang sebenarnya. Janga

Cuti-Cuti Malaysia

Image
Dari Meru: Bertolak bercuti ke Homestay Hj Dorani...mencari kelainan...singgah kedai endon...cari lauk untuk makan nanti.Nasi Umi dah masak di rumah tadi. Skrg nak bertolak...bismillah... 3:15 petang Kami sampai di Inap Bondang, homestay yang terletak ditengah-tengag sawah, tapi padi sudah dituai hanya pemandangan kosong, kelihatan burung-burung putih berkaki panjang sedang berehat-rehat kelihatan dari jauh. Aku ambil beberapa gambar di sekitar kawasan homestay. Menarik juga sesekali bercuti ditempat macam ni. Memang seronok. Cuaca sangat panas...anak-anak kelihatan gembira. Oh ya, sampai sahaja, adik ipar sudah sampai. Dia bersama keluarganya lebih awal. Kami memang sudah berjanji untuk bercuti bersama. Tujuan utamanya untuk servey tempat family day yang akan diadakan pada bulan 12 nanti. Bagi aku sangat sesuilah untuk program itu nanti. Aku ke bahagian belakang untuk meninjau. Tetdapat kolam ikan keli. 2 anak abg ipar sedang berkubang untuk menangkap ikan ke

Teruskan Momentum Menulis

Image
Sungguh aku sangat gembira tatkala melihat kau makin ghairah menulis. Setiap hari aku lihat kau menulis dengan memanfaatkan perisian di telefon bimbitmu. Aku lihat kau sudah tidak ada masalah untuk menulis di mana-mana. Sungguh, sesungguh-sungguhnya aku amat gembira! Meskipun begitu, aku harap momentum dirimu terus menerus hangat untuk terus menulis. Bagiku jangan dikesah sangat tentang khalayak. Pasti hatimu terdetik, apakah yang kau tulis orang baca atau tidak, usah dilayan perasaan-perasaan itu. Kau teruslah menulis. Aku yakin jika kau terus menulis kau akan melupakan itu semua. Orang baca atau tidak itu perkara kedua, yang penting kau mesti menulis. Ya...menulis perkara utama. Selagi tiada gangguan untuk kau tidak menulis kau wajib terus menulis. Kau kata kau mahu menerbitkan buku hasil dari tulisan-tulisanmu nanti. Jadi usahlah kau berhenti menulis. Aku percaya dan yakin, seandainya kau konsisten dengan apa sahaja penulisan yang kau tukangi, aku pasti buku p

Sukan Untuk Perpaduan

Image
Secara pribadi , aku melihat Temasya Sukan Sea kali ini memperlihatkan mood rakyat memberi sokongan yang sangat baik. Malah para pemimpin dari parti politik yang berbeza turut meraikan temasya sukan sea kali ini. Bagi aku, itulah yang sebaik-baiknya. Benarlah sukan dapat menyatukan dan menguatkan perpaduan rakyat, ini sangat bagus sekali. Perbezaan politik sewajarnya diketepikan, sukan untuk semua. Buangkan titik bengik yang boleh merosakkan keharmonian antara satu sama lain. Prestasi para atlit juga sangat hebat, mereka bekerja keras membuktikan kecemerlangan untuk negara tercinta. Kemenangan pingat emas satu persatu telah membuktikannya. Justeru itu, semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para atlit negara dan atlit luar perlu diambil iktibar buat semua rakyat. Melalui sukan perpaduan antara kaum akan lebih kuat dan teguh. Sehati sejiwa selamanya, hendaknya. Merdeka!!!

Buku Teman Sejati

Image
Itulah buku setia menemani Dikala sendiri berteman sunyi Buku teman sejati setia di sisi Tersedia dibuka diselak diuliti. Buku teman yang tak mungkiri Pabila berduka ia memahami Ada manfaat dihelaian murni Salah memilih jiwa tak terisi. Buku itu setia menanti diri Untuk dicapai dbaca dihadami Penyegar minda hati nurani Ghairah terasa sukar diungkapi. Dalam menyelusuri setiap inci Buku banyak memberi erti Usah dikasari tapi dimesrai Dibelai dimanja mesti dihargai. Buku teman yang harmoni Pengubat sepi sunyi  setiap hari Membaca seruan dari Ilahi Seruan agung yang Maha Suci. Bacalah buku engkau akan mengerti Membaca penuh khusyuk menghayati Membaca dari hati meresap ke sanubari Buku dibaca dimana-mana usah dilupai. Masshah Meru 2017

Kelesuan 60 Tahun Kemerdekaan

Image
Usia kemerdekaan sudah menjangkau 60 tahun. Satu jangka masa yang panjang. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dan aku sebagai warga negara di tanah air tercinta Malaysia. Ya...aku bangga menjadi warga negara yang bebas merdeka. Kerana menyintai negara salah satu cabang keimanan. Rasa bangga, kagum dan cinta pada negara. Mana mungkin aku bisa membenci negara sendiri. Kini, 60 tahun kemerdekaan tetapi terasa kelainan apakah warga ada yang tidak merasa 60 tahun satu jangka masa yang tidak harus diraikan. Apakah yang sebenarnya berlaku tiba-tiba kibaran bendera jalur gemilang seolah lesu dan malu mahu mengibar-ngibarkan dirinya. Apakah hilang rasa patroitik dalam diri setiap warga. Aku? Bagaimana dengan diriku, apakah turut sama hilang rasa bangga, cinta pada negara? Apakah setelah 60 tahun berlalu aku dan kalian melupakan mereka yang bertungkus lumus memerdekaan negara tercinta ini. Melupakan jasa-jasa pejuang kemerdekaan tidak kiralah dari manah arah pun perjuangan mer

Syabas Harimau Malaya Syabas Malaysia!

Image
Kekalahan pasukan Harimau Malaya kepada pasukan Negara Thailand (Gajah Putih) telah pun berlalu beberapa jam yang lalu. Namun di media-media sosial masih hangat diperkatakan. Biarlah mereka dengan ulasan masing-masing. Walaupun hanya merebut pingat perak namun itu sudah cukup baik kerana semangat pasukan bertungkus lumus untuk memenangi perlawanan akhir walau pun kecundang akhirnya. Mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh...usahlah kita memperlekeh dan memperkecil usaha mereka. Apa pun secara pribadinya, aku ucapkan syabas dan tahniah kerana sampai ke perlawanan akhir. Syabas Harimau Malaya, syabas Malaysia!

Buku Baru: Siapa Kata Kita Sudah Merdeka?

Image
Siapa Kata Kita Sudah Merdeka? Siapa Kata? SIAPA KATA? Buku tulisan ZF Zamir semalam sampai. Terima kasih Naim AlKalantani, cepat dan pantas.😊👍👍👍👍👍... Buku ini bakal mewarnai dunia pembacaanku dan menjadi koleksi dalam bilik buku ku. Bangsa Membaca Bangsa Melawan!

Rintangan Pasti Ada

Image
Setiap tindakan yang dilakukan pasti ada rintangan sama ada rintangan itu kecil mahu pun besar ia merupakan asam garam dalam setiap apa jua impian yang ingin kita capai. Ia adalah penentu kejayaan atau kegagalan impian yang ingin digapai.

Santai Bersama Famili

Image
Waktu santai beberapa hari lepas bersama famili, walau dalam keadaan penat aku tetap gagahkan untuk memenuhi kehendak anak-anak dan isteri. Walau waktu singkat tapi cukup mengembirakan mereka. Hilang penat, bila aku lihat masih ada lagi jualan buku-buku lama di Giant Klang Sentral. Sementara isteriku dan dua orang anakku masuk ke dalam Pasa Raya Giant. Aku dan anak perempuanku, memilih untuk tengok-tengok buku terpakai di bahagian tepi. Dania memilih sebuah buku novel remaja, aku memilih beberapa buah buku untuk koleksi bilik bukuku. Buku semurah RM1, RM3, RM5 dan RM10. Bagiku walau pun buku-buku tersebut buku lama ia tetap releven untuk dibaca. Kami mengakhiri santai malam itu dengan mengisi perut di Restoran Afnan di Batu Belah Klang.

Hanya Tindakan

Image
Hanya tindakkan yang akan merealisasikan apa sahaja impian yang diinginkan.

Berjaya Atau Gagal

Image
Setiap tindakan yang dilakukan pasti ada rintangan sama ada rintangan itu kecil mahu pun besar ia merupakan asam garam dalam setiap apa jua impian yang ingin kita capai. Ia adalah penentu kejayaan atau kegagalan impian yang ingin digapai.

Impian Dan Tindakan

Image
Sama ada impian itu besar atau impian itu kecil, satu perkara yang perlu dilakukan untuk merealisasikan impian itu tercapai dan tergapai dengan cemerlang adalah dengan TINDAKAN!

Salah Satu

Image
Gelap, sunyi, mengerunkan, mengerikan...terang, nyaman, wangi, damai...antara dua situasi yang bakal kita pilih bergantung apa yang kita lakukan di dunia fana ini. Jika kedurjanaan dan kezulmatan perilakunya celaka pasti, jika kesolehan amalanya, kedamaianlah distinasinya. Kita yang memilih antara salah satunya.

Semua Ditinggalkan

Image
Tak satu pun yang akan dibawa kecuali amal soleh. Rumah besar akan  ditinggalkan, isteri cantik akan ditinggalkan, anak-anak akan ditinggalkan, segala harta akan ditinggalkan dan seluruh kehidupan di dunia pasti ditinggalkan...itulah saat kematian bila menjemput.

Bersiaplah

Image
Kita tidak tahu bila masa saat kita pergi. Maka bersiap-siaplah membuat persiapan andainya nanti dijemput pergi walau pun kita sendiri tidak tahu bila waktunya kita akan pergi.

Perang Hilang Kedamaian

Image
Peperangan merobek ketenangan dan kedamaian.  Bila berlakunya peperangan, tidak kira siapa akan menerima padah dan akibatnya.  Disebabkan tamak kuasa dan permusuhan yang berlanjutan akhirnya membawa padah.  Orang yang tidak berdosa dan mereka yang tidak tahu apa-apa turut terjebak dan menerima padahnya akibat peperangan.  Bukan cukup sedikit yang menderita dan mengalami kecelakaan dan penderitaan.  Peperangan tidak pernah menjanjikan keharmonian.

Bukan Mudah Jadi Ketua

Image
Menjadi ketua bukan mudah. Apa yang kita lakukan akan menjadi ikutan. Sekalipun kita hanya ketua kecil dalam sesuatu organisasi.  Kebaikan kita adakalanya dipandang sepi, tetapi jika kesilapan kecil dilakukan, akan riuhlah disegenap penjuru.  Tidak kira kau ketua jabatan, ketua kampung, ketua polis dan seluruh yang bernama ketua, pastikan sama-sama jaga amanah dan tanggungjawab masing-masing.

Nilainya Sangat Tinggi

Image
Tidak perlu rasa rimas bila melihat buku-buku bersepah. Sama ada mahu kemas atau biarkan, buku tetap buku. Nilainya tetap berharga bagi setiap pencinta buku. Ada seninya tersendiri buat pencinta buku yang suka menyepahkan buku-buku tersebut. Bagaikan terasa seronok melihat buku-buku tersebut, namun tidak akan terus dibiarkan begitu sahaja, ia akan dikemas sampai masanya nanti.

Tiada Yang Mudah

Image
Tiada perkara yang mudah dalam hidup ini. Apa pun semua perkara perlu dilakukan dengan tertib dan mengikuti tatacaranya. Nanti hasilnya pasti memuaskan hati  kepada diri sendiri dan orang lain. Maka laksanakanlah dengan hati yang sabar dan tenang.

Damai DanTenang

Image
Kedamaian dan ketenangan bila mana kita mengingati Sang Pencipta, Tanpa-Nya hidup pasti terasa kehilangan biar pun serba kecukupan. Namun kehilangan yang sangat berharga akan melenyapkan kedamaian dan ketenangan. Justeru jagailah Dia, agar tidak berpaling pada kita.

Usah Jemu

Image
Usah pernah jemu dengan buku. Buku  tidak pernah menyampah dengan kamu. Sentuh, peluk dan sayangi ia. Kerana tanpa buku kamu tidak sebijak sekarang. Setiap kejayaan bermula dengan buku. Mengapa begitu?  Fikir-fikirkan!

Tiga Dalam Hidup

Image
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :               1. Waktu                   2. Kata-kata               3 . Kesempatan       Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:           1. Kemarahan           2. Keangkuhan           3. Dendam  Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:           1. Harapan                   2. Keikhlasan           3. Kejujuran          Ada 3 Hal yg paling berharga:           1. Kasih Sayang           2. Cinta                   3. Kebaikan          Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :           1. Kekayaan                 2. Kejayaan               3. Mimpi        Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :                 1. Komitmen           2. Ketulusan             3. Kerja keras        Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :           1. Tekad                 2. Kemahuan           3. Fokus  Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :           1. Rezeki               2. Umur                 3. Jodoh         TAPI, ada 3

Buku Dan Membaca

Image
Berteman dengan buku tidak merugikan apa-apa, malah untung. Buku teman yang indah dan mempersonakan. Bukan sekadar dapat ilmu tetapi menajamkan minda, berfikir, memikir, merenung dan bisa memahami...buku dan membaca tidak boleh dipisahkan. Maka membacalah!

Sajak: Itu Dulu Tapi Kini

Image
Itu Dulu Tapi Kini Dulu dicerca Dulu dikeji Dulu dibenci Setiap kata setiap nada Pasti salah dilihat sepi. Apa diperbuat semua dikata Apa yang tak dikata Itu membazir Itu merugikan Itu salah guna kuasa Itu kroni Itu korupsi Itu nepotisme Itu zalim. Politik itu politik ini Dulu musuh dulu caci Kemana-mana ada polisi Musuh kawan sana sini. Tapi kini sudah terjadi terbukti Musuh yang membenci Tersenyum murni Sana sini membuntuti Semua ok sudah suci. Demikianlah Begitulah Akhirnya. Masshah 16082017 Meru

Kena Rajin

Image
Apa saja kerja yang kita lakukan mesti kena rajin. Bila rajin pasti hasilnya baik dan menarik. Dan semestinya disukai, digemari dan boleh jadi boleh mendapat pujian dan penghargaan. Walau pun apa yang dilakukan bukan berniat untuk mendapatkan sanjungan atau pujian. Rajin adalah sifat yang baik dan terpuji bagi setiap manusia yang mahukan kualiti dalam hidupnya. Apa sahaja yang mahu dilaksanakan pasti dengan kesungguhan dan rajin. Seorang pelajar kena rajin belajar dan membaca untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Seorang pekerja kena rajin datang kerja dan tidak ponteng kecuali benar-benar tak sihat atau sakit kerana ada surat cuti dari doktor. Itu pun jika mahu cermerlang dalam dunia pekerjaanya. Malah seorang penulis perlu rajin menulis untuk menghasilkan artikel, berita ataupun  menulis buku. Tanpa sifat kerajinan mana mungkin apa yang diimpikan akan terlaksana dan dikecapi. Penulis kerjanya menulis, tanpa rasa jemu dan penat, biar sedi

Usah Sombong Walau Sekelumit Zarah

Image
Perlukah kita sombong? Kita, Dia yang ciptakan dengan serba-serbi dengan kesempurnaan dan dengan Maha Hebat-Nya, Dia yang mencukupkan kita dengan pelbagai kenikmatan yang dianugerahka-Nya kepada kita. Malah kita tak punya apa-apa walau pun sekelumit dan seinci adanya kerana semua pinjaman sementara dari-Nya.Kita ini kosong, baju kesombongan apakah yang kita mahu pakai? Segalanya milik Sang Pencipta. Tidak malukah kita, mahu sombong, mahu angkuh, mahu bongkak..cukupklah dengan bersyukur kepada-Nya, dikeranakan sombong yang sekelumit zarah, akhirnya menjerumuskan kita ke jurang api neraka. Syurga? Gagal untuk kita kerana hanya sekecil zarah sifat sombong. Aduhai menderita...moga dijauhi! Aamiin Ya Rabb!!!