Posts

Showing posts from March, 2017

Apa Ada Dalam Bilik Buku?

Image
Apa punya soalan...mestilah buku takkan buah-buahan kan...ha...ha...ha...tak banyak mana pun jumlah buku dalam koleksi bilik buku. Tak kira lagi berapa jumlah buku semuanya setakat hari ini. Mungkin saiz bilik yang kecil tu yang nampak macam banyak buku. Alhamdulillah, impian nak ada perpustakaan pribadi dah ada. Seronok lihat buku-buku tersusun lebih-lebih lagi bila sudah dapat diselesaikan pembacaannya. Sebenarnya banyak lagi buku-buku yang belum sampai lagi gilirannya untuk dibaca, tapi pasti akan dibaca lambat atau cepat. Tungguuu! Ada buku motivasi, agama, sastera, novel, puisi, cerpen, travelog dan lain-lain. Seronok dan sangat menyeronokkan. Teman sunyi yang tak pernah menghampakan. Harta yang sangat bernilai untuk anak-anaku nanti. Mungkin mereka boleh buat rujukan selain untuk dibaca. Moga mereka menjadi generasi iqra. Kepada sahabat semua, moga terangsang untuk memiliki sebuah bilik buku. Kumpul buku lebih baik dari kumpul pi