Pantun Perpaduan



Pantun Perpaduan


Tersipu malu duduk bersimpuh
Senyum terukir dibibir manis
Usah melulu dalam menuduh
Kelak berpecah hilang harmonis.

Jalan seiringan berpimpin tangan
Berbicara bahagia indah dimuka
Bersatu padu jadikan pegangan
Keluarga bahagia negara merdeka.

Teguhkan ikatan eratkan persaudaraan
Rukun perpaduan mesti bersatu
Kuatkan hubungan jauhi persengketaan
Harmoni negara berkat berpadu.

Sesekali jangan berpecah-belah
Satu kariah bahkan negara
Bersatu hati saling berhemah
Hidup bahagia negara sejahtera.

Masshah
08122016
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi