Posts

Showing posts from 2017

Takziah Dan Al-Fatihah

Image
Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun. Perginya Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dato' Dr. Hj. Shahnon Ahmad ke Rahmatullah pada hari ini 26/12/2017 ( sekitar 8 pagi), di Hospital KPJ Kajang. Jenazah akan disolatkan di Surau Madani Seksyen 3 Bandar Baru Bangi selepas solat Zuhur. Salam takziah buat keluarga Almarhum dan Alfatihah untuk Almarhum, semoga di tempatkan dikalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan muttaqin.

Sajak: Kian Tiba Senyuman Itu

Image
Kian Tiba Senyuman Itu Politik kian tidak siuman hambur cerca sini sana fitnah tak henti diutama peduli apa janji mengena Kata dusta sumpah seranah hilang akal hilang amanah bicara cuma penuh fitnah jati diri hilang nafsu serakah Berkuasa terus sampai mati jerit perih marhean tak peduli diperlui disaat mahu undi begitu selamanya dibodohi. Disantuni dimesrai itu biasa kian detik tiba masanya duduk semeja bicara lunak ia dihambur janji diangguk saja Tontoni lihat sendiri nanti aksi lucu sedih pilu dirayui demi kuasa kekal abadi pastinya nanti pengundi ditipui ZSS Meru.

Menulis Dengan Jujur

Image
Menulis Dengan Jujur Tulislah apa yang kau nak tulis, apa yang kau tahu, apa yang kau fikir dan tulislah apa yang kau baca. Tulis dengan hati yang ikhlas, bila ikhlas baru sedap dibaca.Orang suka, orang dapat ibrah apa yang kau sampaikan.  Jangan cuba memandai-mandai dengan apa yang kau tidak tahu, jangan cuba tokok tambah apa yang kau memang tidak tahu, nanti jadi fitnah, nanti kau boleh kena saman.  Menulis biar ada fakta, bukti, bukan auta bukan main hemtam keromo. Tulis mana yang kau tahu dan faham. Apa yang kau rasai dan lalui,boleh kau nukilkan atau tuliskan dalam setiap karya yang kau mahu tuliskan. Terserah dan terpulang apa yang kau mahu sampaikan. Apa yang penting mestilah sesuatu yang benar, soheh dan tidak menipu.  Jangan ciplak atau kau ‘copy paste’ milik orang lain. Nanti tidak fasal-fasal kau kena saman…tulislah dengan jujur dari hati nurani kau. Masshah 17

Sajak: Tayang Wayang

Image
  Tayang Wayang Tangkap masuk tangkap masuk masuk lokap keluar lokap begitu begini  begini begitu tak bermakna tak ada makna sekadar wayang ulang tayang berulang ulang tak bersimpati orang lama sudah tahu sekadar wayang. ZSS Meru.

Sajak:Ada Yang Tersirat

Image
Ada Yang Tersirat Disebalik khabar duka ada tersirat khabar gembira terungkai kini sabda Nabi benar lagi dibenarkan masanya kian detik kian tiba keimanan teguh yakin percaya keimanan rapuh goyah...waspada Ia berita pasti rencana dari Ilahi... ZSS Meru.

Kurangkan Stress

Image
Nah! baca pernyataan di atas. Membaca boleh mengurangkan stress? Atau ada antara kita yang stress bila membaca...ha...ha...ha... stress bila tengok dan baca buku akaun bank makin mengurang kot. Tapi itulah yang tertulis di banner di atas. Membaca buku lebih efektif kurangkan stress...maka membacalah...

Sajak:Ego Berselirat Otak Singkat

Image
Ego Berselirat Otak Singkat Bergandingan penuh zulmat bermatlamat nafsu jahat bicaranya kesat tidak cermat hilang jati diri hilang hormat anggkuh ego berselirat tubuh sihat otak singkat belum tahu nasib diakhirat sengsara ataukah selamat sudahlah cukup beringat ingat. Masshah Meru.

Sajak:Amarah Si Baju Merah

Image
Amarah Si Baju Merah Berbaju merah kemerahan langkahnya laju segak lagaknya mempamer keperwiraan sayangnya...kesiannya celupar mulutnya bak murai emosi bicaranya marah marah anggap itu amanah demi negara hancur maruah hilang arah dendam kesumat habuan tiada itulah sebab itulah puncanya alahai...pergi jahanam itu zikir keramatnya. Masshah Meru.

Sajak: Degar Berdegar Berdengkur

Image
Hiruk pikuk gegak gempita bermula berdegar degar ungkapan hilang akal bertepuk tepuk berangguk angguk tersengih sengih tersengguk sengguk tertunduk tunduk ala-ala tawadhuk mengungkap mantera puja puji menghentam keji mengeji kosong isi kosong akal budi tetap dijulang julangi. Masshah Meru.

Salam Maulidurrasul 2017M/1439H

Image

Program Karnival Maulidurrasul 2017H/1430H Di Global Ikhwan

Image
Ingin menyambut maulidurrasul dengan suasana yang berlainan? Nah, datanglah ke Karnival Maulidurrasul 2017M/1439H , anjuran Syarikat GISB HOLDING di Bandar Islam Country Home, Rawang Selangor. Anda pasti akan merasai kelainan, keindahan dan ketenangan.  InsyAllah, aku akan cuba bawa keluargaku jika tidak ada halangan lain ke sini. Ingin merasai sambutan maulid Nabi S.A.W. Pelbagai acara dilaksanakan jika melihat banner dibawah ini. Tentu ada sesuatu yang menarik di sini...Jom!!!

Bukan Untuk Layan Naluri Sendiri

Image
Aku yakin pesan ini bukan untuk penulis, penyair dan sasterawan sahaja, sesiapa sahaja boleh menerima ingatan dan teguran ini. Sebagai pembaca juga terasa dengan ingatan dan teguran dari tokoh sasterawan tersohor ini. Bukan sekadar membeli dan membaca sahaja di pojok bilik-bilik tetapi haruslah terjun ketengah masyarakat. Sama-sama menegur, menyebarkan kebaikan kepada masyarakat. Harus berani menyatakan kebenaran...begitulah maksud tersirat dari teguran Datuk A.Samad Said.

Program Karnival Buku Negara Buku Mega 2017

Image
Tanggal 24hb 11 2017, Jumaat malam sabtu, aku ke Karnival Buku Negara Buku Mega, sekitar jam 9.50 malam aku bertolak ke Kompleks Karangkraf di Shah Alam. Wow...makin malam makin sesak, begitulah yang aku lihat pada malam itu. Siapa kata orang kita tidak suka membaca. Mana-mana yang aku nampak dan saksikan, ramai saja orang kita ke program jualan buku, berbakul-bakul macam beli sayur. Aku teruja menyaksikan perkara ini. Orang minat dan suka buku ini, tidak kira berapa pun harga buku, tetapi peluang ada harga murah macam inilah peluang untuk membeli-belah buku murah-murah. Dengan harga RM10.00 sebuah buku sangat murah berbanding dengan harga asal. Bahkan ada rumah penerbitan yang menjual hasil terbitan mereka dengan 2 buah buku RM10 dan ada yang 3 buah buku RM10, malah ada yang buku masih baru dijual dengan RM10 dari harga asal. Tak ke murah tu... Rugi memang rugi siapa yang tidak dapat rebut peluang ini. Buku makanan minda...mengenyangkan minda kita. Jangan tidak, tidak per

Program Keluarga 2017

Image
Tinggal dua hari lagi program terbesar bagi keluarga kami akan diadakan pada bulan ini. Ia merupakan program dua tahun sekali, bagi mengumpulkan ahli keluarga, yang jauh dan dekat.  Program keluarga sebelah isteriku. Rasa teruja dan seronok serta tidak sabar untuk sampai ke program tersebut. Ini kali kedua program Hari Keluarga Bani Ibrahim diadakan.  Panjang usia, sampailah aku dan familiku turut sama-sama memeriahkan program ini. Tak sabar!

Sendiri

Image
Sepi…sunyi… puisi tak menjadi hujan tak lagi berhenti sendiri lagi. Masshah Meru.

Tidak Menjemukan

Image
"Menatapnya tak pernah menjemukan, apatah lagi membacanya...buku."

Program Negara Buku Mega

Image
Perghhh...tidak sabar rasanya mahu ke sini, tinggal beberapa hari lagi. Dengarnya semua buku berharga RM10.00 . Banyak juga rumah buku yang turut sama-sama memeriahkan program ini. Menurut beritanya selama 60 jam bersiaran, maksudnya mahu beli buku sampai tengah pagi pun boleh datang, selepas subuh pun boleh. Dahsyat betul, syabaslah kepada penganjuran program ini. Aku percaya para peminat buku pasti dan mesti akan memeriahkan, dan sudah tentunya akan membeli buku-buku kegemaran mereka. Insya,Allah, aku pun teringin mahu datang ke sini, dekat Karangkraf, Shah Alam. Bermula pada 24 hingga 26 November 2017. JOM SERBU!!!

Pesan Hassan Al-Banna Kepada Keluarga Muslim

Image
Semoga aku dapat merealisasikan pesan dari seorang Mujadid Ulung ini. Satu pesanan yang sangat baik dan seharusnya disahut dan dilaksanakan oleh semua keluarga muslim.  Ayoh...kita bina perpustakaan di rumah.

Hari Ke Lima Karnival Jualan Gudang Akhir Tahun 2017

Image
Balik dari Kuala Selangor, selesai membuat passport terus ke Shah Alam, jalan-jalan cari buku murah. Terpilihlah beberapa buah buku untuk koleksi bacaan dan bilik buku ku.

Ole-Ole Dari Karnival Gudang Akhir Tahun 2017 Karangkraf

Image
Beberapa buah buku  untuk koleksi bacaanku dan bilik buku. Hari kelima, hari terakhir Karnival. Buku-buku untuk cenderahati Hari Keluarga nanti, RM1.00 sahaja. Buku pilihan anak-anakku

Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf 2017

Image
Pada tanggal 5hb 11 2017, Ahad. Aku bersama tiga orang anakku pergi ke Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf 2017, di seksyen 15 Shah Alam. Hari terakhir Karnival, memang ramai orang.Sudah pastinya mereka mencari buku-buku pilihan hati mereka. Aku macam biasalah, cari buku murah-murah untuk koleksi bilik buku dan bacaan. Harga semurah RM1, RM2,RM3 dan RM5. Anak-anak pun turut memilih buku pilihan mereka. Kali ini jualan tidak lagi di khemah tetapi di dalam bangunan Karangkraf, memang selesa, Satu perubahan yang sangat dipuji. Memang seronok! Sebelum sampai berswafoto dulu...   Bangunan Media Karangkraf tersergam indah Adik Huzaifah pun dah pandai pilih buku tu... Pilih jangan tak pilih   Duduk santai-santai dulu sebelum masuk sekali lagi, Dania tak sabar nak belek buku pilihannya. "Adik laparl lah Abi", Segarlah tu dapat minum dan makan adik Huzaifah Aksi foto sebelum balik..masing-masing sudah dapat habuan

Ulangtahun Muhammad Anas

Image
Selamat hari lahir Muhammad Anas Semoga jadi anak yang Soleh...cemerlang dunia akhirat In Sha Allah. Aamiin Ya Rabb!!! Doa Abi dan Umi selalu untuk Muhammad Anas.