Posts

Showing posts from February, 2016

Program Dailog Dan Pelancaran Album Mathnawi Rumi

Image
Kami dengan segala hormatnya menjemput Tuan/Puan ke Dialog & Pelancaran Album Mathnawi Rumi Nyanyian Kopratasa yang akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 16 Februari 2016 (Selasa) Masa: 9:00 pagi Lokasi: Institut Integriti Malaysia. Persiaran Tuanku Syed Sirajudin, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur Tetamu kehormat: Y.B. Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dasuki (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Panel dialog: - Dato’ M. Nasir (Pengarah Urusan Luncai Emas Sdn. Bhd.) - Encik Mohd Nizam Mohd Ali (Institut Integriti Malaysia) - Dr. Suzana Suhailawaty Md Sidek (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) Album Mathnawi Rumi ini dihasilkan berdasarkan puisi daripada karya agung Mathnawi Jalaluddin Rumi (terjemahan oleh Profesor Dr. Sayyid Ajmal Al-Aidrus) terbitan ITBM. Kumpulan Kopratasa telah menghasilkan lima (5) buah lagu yang dimuatkan dalam album khas terbitan bersama ITBM dan Luncai Emas ini . Untuk pertanyaan lanj

Mahu Yang Haq

Image
Mahu yang haq atau pun yang batil itu merupakan pilihan akal waras yang ditunjangi iman...iman pasti mahu yang haq." Masshah 2016

Timbun Dan Kumpul

Image
"Timbun dan kumpullah apa yang ada di pelusok dan penjuru bumi ini, jika ianya dapat menempatkan kita di tempat yang aman di sana." Masshah 2016

Sajak: Sudahlah Hentikanlah

Image
Sudahlah Hentikanlah Ahli agama bertelingkah khilaf sesama mereka yang khilaf dipanjang-panjangkan di bida’ahkan siapa lebih wahabi siapa lebih alul sunnah waljamaah perbezaan sedikit menjadi rumit bertelingkah cabar mencabar menjadi lumrah...murah siapa menang siapa kalah benarkah…benar. Apa salahnya duduk semeja berjiwa besar kurangkan berdegar-degar banyakkan sabar tenangkan jiwa manfaatkan perbezaan bukankah perbezaan itu satu rahmat bukankah itu sunnah yang utama perlu apa lagi kalian bertelingkah tak sudah. Cukup-cukuplah agamawan budiman muhasabah diri itu lebih diutamakan hentikan cabar mencabar kalah menang itu bukan ukurannya kebenaran yang diperjuang ummah lagi sedang berkecamuk pelbagai onar tentera dajjal mula berkeliaran kalian lagi bertempik terlolong bida’ah membida’ahkan. Aduh…sudah-sudahlah hentikanlah leraikanlah ummah sudah cukup menderita sambut salam kasih sayang sesama kita satukan dibawah p

Sajak: Kita-Kita Mereka-Mereka

Image
Kita-Kita Mereka-Mereka Kita boleh tulis apa-apa sahaja kita boleh bicara apa-apa sahaja namun harus kita siap siaga waspada kerana di belakang kita ada mata-mata. Mencari-cari kesalahan kita mencuri-curi bicara cerita kita mereka tidak senang dengan cara kita mereka tidak suka pendirian kita. Kerana kita bukan lembu yang setia kerana kita punya mata yang cerah kerana kita punya minda fikir yang nyata kerana kita adalah kita punya prinsip beranilah mereka kerana dibayar untuk mengintip. Salahkah kita membenci kedurjanaan salahkah kita membongkar kebejatan salahkah kita mentertawa kebodohan salahkah kita mengnyahkan kepandiran salahkah kita mengoyak rabak kezaliman. Bukankah itu untuk keamanan mereka bukankah itu untuk kesenangan mereka bukankah itu untuk kebahagian mereka bukankah itu untuk ketenteraman mereka bukankah itu untuk cahaya menerangi mereka. Biarlah mereka dengan kerjayanya kita terus sahaja menulis apa

Sajak: Berpekik Terlolonglah

Image
Berpekik Terlolonglah Berpekik terlolonglah keseantero benua mana telanjangkanlah kedurjanaanya takkan diendahkan itu semua tetap gagah dipuncak kuasa bagai tiada apa-apa bagai bersih murni suci bagai fitrah dilahirkannya semula. Berpekik terlolonglah semua itu semakinkan kebal diterajang dan ditunjal kebobrokannya semakin berbisa cengkaman angkuh menyelimuti tiada peduli menyakitkan menyesakkan semakin derita terbeban sedikit pun tiada perubahan. Berpekik terlolonglah merayu meronta minta dipeduli secebis simpati pun tiada nalurinya keji menunjangi apa dipeduli dibawahnya janji kuasa terus dimiliki pusaka negara dihakmilik sendiri. Masshah 07012016 Meru.

Ruangan Sastera Di Akhbar

Image
Keratan akhbar ruangan sastera dan sanggar keratif  dari akhbar  Berita Harian dan Berita Minggu yang dikumpul. Satu ketika dulu, memang aku sangat anti dengan akhbar arus perdana, tahu-tahu sendirilah akhbar yang mana satu. Oleh kerana disebabkan cara pemberitaan yang berat sebelah terutamanya berkaitan laporan berita politik dan cerita politik bagi pihak oposisi. Mahu tengok pun meluat dan menyampah, ketika itulah. Secara pribadi, aku memang suka membaca perkembangan politik tanah air, baik dari pihak kerajaan mahu pun pihak oposisi. Itu dululah…akhirnya aku perlu akur, mahu tidak mahu, aku kena beli dan baca. Kini, aku beli dan baca lebih kepada ruangan sastera dan perkembangannya. Walau pun aku bukan aliran sastera ketika belajar dahulu, entah mengapa jiwa ini minat dalam perihal cerita sastera. Ruangan sastera di akhbar Berita Harian (setiap hari, sabtu dan Ahad) menjadi kegemaranku. Juga di akhbar Mingguan Malaysia, ruangan sastera dan budaya menjad

Perkampungan Penulis 2016M

Image
FORUM: ISU TERKINI DUNIA PENERBITAN Panelis 1: Tuan Arief Hakim Sani, Timbalan Presiden MABOPA (Malaysian Book Publishers Association). Panelis 2: Puan Sri Diah Shaharudin, Pengurus Besar Editorial Grup Buku Karangkraf. Bukan calang-calang orang mereka ini. Sarat dengan pengalaman dan pengetahuan terkini tentang industri. Maka beruntunglah siapa yang hadir nanti! Ayuh mendaftar di http://bit.ly/perkampunganpenulis http://bit.ly/perkampunganpenulis http://bit.ly/perkampunganpenulis       Sumber: Perkampungan Penulis 2016

Takziah Dan Al-Fatihah Buat Almarhum Zailiani Taslim

Image
Kita kehilangan lagi sebutir mutiara dalam dunia penulisan sastera tanah air, seorang penulis yang berasal dari Meru, Klang dan sekian lamanya tinggal di Negeri Trengganu Darul Iman. Semalam dikhabarkan Almarhum telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital. Jenazahnya akan dikebumikan pada pagi ini di Ajil, Trengganu. Al-Fatihah buat Almarhum Cikgu Zailiani Bin Taslim, semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan Almarhum dikalangan mereka yang beriman dan mutaqqin Dan Takziah buat seluruh ahli keluarga Almarhum, agar bersabar dan tabah dengan ujian yang diberi ini. Aamiin Ya Rabb! Almarhum Cikgu Zailiani Taslim Sebahagian buku-buku karya Almarhum Gambar-gambar sumber dari: Mukabuku Zailiani Taslim

Semuanya Tidak Abadi

Image
"Apa yang kita miliki semuanya tidak abadi,  ia akan hancur musnah kecuali iman dan taqwa bekalan  yang bakal berhadapan dengan Yang Maha Kekal." Masshah Meru.

Takziah Buat Penyair Puzi Hadi

Image
Secara pribadi aku mengucapkan takziah buat Penyair Puzi Hadi yang kematian isteri beliau Almarhumah Puan Zaidah Sharif , Almarhumah telah menghembuskan nafas terakhir pada 3.45 petang semalam. Jenazah juga telah selamat dikebumikan di  tanah Perkuburan Taman Uda selepas isyak. Semoga Almarhumah di tempatkan dikalangan hamba-hambanya yang beriman dan mutaqqin. Juga diharapkan agar Tuan Puzi Hadi serta keluarga bersabar dan tabah dalam ujian ini . Aamiin Ya Rabb! Penyair Tuan Puzi Hadi

MALAM BACA PUISI PENA FEBUARI 2016

Image
Sumber : FB PENA

Pangkat Dan Darjat Bukan Jaminan

Image
Sekadar gambar hiasan dari 'Google Image' "Tinggi atau pun rendah pangkat  dan darjat seeorang itu, belum tentu menjamin kebahgaian di akhirat sana." Masshah Meru.