Sajak: Seandainya

Gambar: Google Image



Seandainya

Andainya tahun ini
tahun terakhirku
di horizon usia
semakin memungkinkan
akhir kehidupan.

Maafkanlah aku
kerana saat dan detik
berakhirnya setiap yang bermula
pasti ada penghujungnya nanti
namun tak diketahui.

Ia akan tiba
di mana pun nanti aku
ingin sekali jauh menghindari
mahu lari sejauhnya
bahkan berkata nanti
takkan sedetik dapat dihalangi.

Maafkanlah aku
seandainya akhinya
nanti aku terpaksa pergi
meninggalkan semua dikasihi
jauh didistinasi sementara
ke negeri kekal abadi.

Masshah
2012016
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi