Sajak: Kerusi Digilai





Kerusi Digilai

Caci maki demi kerusi
kerusi sakti untung diri
pekik sana sini siapa jadi mbi.

Kerusi jadi idaman hati
kawan sendiri dimaki
rakyat bukan mahu tukar yb

Bergaduh sesama kawan parti
kerusi kawan mahu dirampasi
gila kuasa sudah menguasai.

Kerusi tetap kerusi
ia tetap dambaan dan digilai.

Masshah
24012016
Meru.


Comments

  1. Ada yg bertepok tangan melihat 'org kita' berpecah belah
    Itu yg paling menyedihkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah sampai bila mahu begitu...bergaduh, bertelingkah, bermujadalah...tak ada yang mahu mengalah. Hanya pada Allah kita berdoa dan berserah.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi