Sajak: Kehidupan Insan



Kehidupan Insan

Malam bertukar baju siang
mentari terang cahaya memancar
muda tua miskin kaya
bertebaran sana sini
ke pelusuk tempat di mana-mana
rezeki dicari untuk anak isteri.

Senja baru pulang
siang berganti baju malam
mentari sembunyikan diri
syukur nikmat Tuhan tidak terperi
hilang boleh dicari lagi
banyak sikit terpulang diri.

Begitulah kehidupan insan
siang malam punya cerita
kisah bahagia ataupun derita
di mana-mana ada
apa-apa sahaja
syukur kufur
nikmat Allah…terserah.

Masshah
24012016
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi