Pro Dan Kontra: Novel Kontroversi Pantai Kasih KOMSAS


Beberapa minggu ini, dunia sastera kita dikejutkan dengan sebuah novel KOMSAS EDISI PELAJAR. Novel yang bertajuk 'Pantai Kasih' mengundang kontroversi, kerana dikatakan, kandungannya tidak sesuai untuk para pelajar. 

Ada yang pro dan kontra. Saya tertarik dengan perbincangan yang terdapat di status seorang penulis di muka buku beliau. Ia telah mengundang polemik...apa kesudahannya...Kita masih tidak lupa lagi dengan novel Interlok...

Saya 'Copy Paste' perbincangan tersebut tanpa mengubah apa-apa pun yang terdapat dalam perbincangan tersebut. Sahabat boleh membacanya. Moga ada manfaat yang diperolehi. 

Fikir-fikirkan...



    

Ana Balqis
 telah menambah 3 new photos

ORANG KITA, SIKAP & SAMPAH
Setelah sekian banyak komentar yang dikemukakan terhadap novel 'PANTAI KASIH' saya rasa terpanggil untuk menulis. Dan, tulisan ini bukan bersifat peribadi. Saya tidak kenal pun pengarangnya dan tidak ada kepentingan di mana-mana pihak. Saya bukan pemilih dan tidak penerbit novel ini.
Saya tidak mahu ungkit pelbagai komen atau pandangan masyarakat Malaysia yang berbudi dan sangat Islamik ini. Saya cuma ingin memberi satu garis kasar syarat pemilihan KOMSAS supaya masyarakat kita faham dan ambil maklum bahawa dalam pemilihan teks, tiada konsep 'tangkap muat' sebaliknya proses tersebut melibatkan beberapa peringkat.
Pertama: satu iklan untuk penerbit menghantar buku terbitan mereka ke Kementerian bagi tujuan pemilihan, diwartakan di akhbar perdana Malaysia.
Kedua: buku-buku direkodkan. Dipanggil beberapa kumpulan pelajar dan guru untuk menyaring dan proses saringan ini dibuat beberapa kali. Dari ribuan buku yang diterima itu hinggalah ke jumlah yang tertentu untuk dibuat proses seterusnya.
Ketiga : proses penelitian. Peringkat ini dibuat berkali-kali tanpa prajudis kerana para pemilih akan mencari kewajaran sesuatu karya itu dipilih. Para penilai ini pula dipilih dari pelbagai bidang kemahiran bukan cuma guru sastera. Ada guru kaunseling, pensyarah psikologi, pensyarah nilai dan sebagainya.
Empat : pemilihan. Novel yang telah diteliti dan dipilih itu sekali lagi diteliti dengan lebih rinci oleh beberapa panel lain. Dibahas dan diberi sebab pemilihan. Antara ciri yang dilihat; karya itu memenangi hadiah pertandingan, siapa penulis tanpa mengketepikan kekuatan karya.
Kelima : penilaian. Inilah saat paling kritikal. Para penilai 'dikurung' di dalam dewan penilaian. Borang disediakan untuk mencatat kekurangan @ keistimewaan karya yang dinilai. Dibahas dan dipertimbangkan mengikut kumpulan tertentu. Kumpulan ini dipecahkan mengikut tahun misalnya kumpulan tingkatan satu, dua dan seterusnya.
Ya, begitulah rumitnya proses pemilihan satu-satu karya. Jadi jika ada yang mengatakan panel tak baca, tak teliti, tak itu tak ini, itu fitnah. Proses pemilihan bukan dibuat sebulan dua tetapi makan tahun. Dan, bertahun-tahun juga para panel ini 'gila' terkurung dan membaca mengalahkan pelajar universiti yang nak masuk 'exam'.
Rasionalisasi karya negatif dipilih?
Bukan kali pertama karya negatif dipilih untuk kegunaan pelajar melalui KOMSAS. Misalnya cerpen 'virus zel untuk abah' juga pernah kontraversi tetapi mungkin nasib baik kerana pada masa itu Zukenberq belum beridea untuk 'creat' fb. Persoalannya, kenapa?
Jawapannya: pembelajaran itu boleh saja berlaku dalam mana-mana sisi, kan? Negatif atau positif. Rasional karya-karya negatif dipilih antaranya termasuklah memurnikan pemikiran pelajar semasa proses pembelajaran. Tak baik, jangan buat. Hal buruk kita jadikan sempadan. Hal baik dalam novel belum tentu boleh menjamin pelajar jadi baik. Buatlah kajian kalau kalian rasa, takwil kalian itu benar. Jadi, jangan sempitkan fikiran tentang hal negatif. Teremosi dan mengiakan pendapat kawan. Nak jahat caranya banyak. Porno, kawan, jenayah di hujung jari.
Perenggan yang diuar-uarkan itupun jika diteliti tidak lebih dari satu gambaran pembelajaran biologi. Bukan perincian perlakuan seks. Ada kalian jumpa perkataan 'raba, peluk, cium, usap, kucup, tarik tangan ke katil, buka baju, terkulai, letih dan seribu satu macam perkataan yang boleh merangsang nafsu?
Pada saya, hal itu masih bermoral. Saya perhatikan, yang memberi komen tentang Pantai Kasih ini bukan calang-calang orang. Tetapi komen itu sedikit sekali yang positif. Orang tua pernah sebut, tak tahu menari dikatanya lantai jongkang jongkit. Bila Melayu akan sedar diri? Bila Melayu akan cerdik? Tahu tulis tak tahu makna. Tahu bshasa tak tahu erti.
Saya buat cakap-cakap bahasa tak datang. Saya panggil tokoh cakap tentang RETORIK (disiplin gunaan bahasa) tak reti nak merai. Kita masak bercupak bergantang ingatkan janji kawan-kawan. Bayangpun tak nampak, jangankan tuan. Inilah bangsaku. Cakap tak serupa bikin.
Malu aku jadi Melayu!
UP Dr Shamsul Rahman Puan Sri Diah Shaharuddin, Puan Ayza Zai,Ainaa Mardhiah, Cikgu Ariki Aizawa, Cikgu Engku Muzahadin, Dr Nik Rafidah Nik Affendi, Haji Zulkifli Mat Nasir, Tuan Haji Dinsman Shamsudin Osman dan yang tak pernah baca Pantai Kasih tapi bergebang macam dia editor.


Top of Form
Komen
Siti Hawa Zainal
Siti Hawa Zainal Sejak dulu karya dia sy tak gemar. Byk unsur bgtu. Apatahlagi dijdkn teks. Nak tarik...wah jutaan ringgit lebur
Ana Balqis
Ana Balqis Datin, saya tak boleh komen panjang hal tu. Saya cuma mahu menulis keadaan sebenar proses pemilihan. Bukan semberono sbb ada kata panel tak baca. Meneka mcm² jadi, saya bagitaulah situasi sebenar.
Shamsul Rahman
Shamsul Rahman Tunggu serangan nasi kerabu kul 4-5
Zaman Shah Saiyan
Tulis balasan...



Qismina Quraisyya Sofia
Qismina Quraisyya Sofia Sekian byk teks sastera yang ada, yang ada pembelajaran biologi juga yang dipilih?

Ana Balqis
Ana Balqis Cikgu Qismina Quraisyya Sofia, itu juga yg dipersoalkan oleh byk pihak tetapi untuk pengetahuan semua; memang banyak teks sastera tetapi yg dinilai hanya yg dihantar oleh penerbit kpd kementerian selepas diiklankan.

Juga diambil kira tahun terbitan iaitu tak lebih dari 10 tahun drp tahun pemilihan. Apakah guru-guru @ ibu bapa @ org awam tahu ini?
Shamsul Rahman
Shamsul Rahman Nasi kerabu budu
Rahman Shaari
Rahman Shaari Untuk Cikgu Qismina Quraisyya Sofia. Adalah baik jika terdapat ilmu biologi, atau seksologi dalam sesebuah novel. Ilmu bantu namanya. Ilmu biologi/seksologi dalam Pantai Kasih disertai pengajaran yang bermakna, iaitu wanita disedarkan wujudnya lelaki berjenis sadis. Azmah Nordin dengan bijaksana telah menamakan lelaki sadis itu Doktor Sadiz. Doktor Sadiz melayani isterinya dengan buruk sekali, dan seorang anak ' istimewa ' dilahirkan hasil perhunungan yang tidak bertamadun itu. Sadiz memang durjana, dan Azmah menghukumnya dengan berlakunya kemalangan, dan Doktor Sadiz mati. Saya dapati, ada kehalusan dalam perwatakan dan peristiwa demikian. Azmah menyebelahi wanita dalam kehidupan yang tidak adil akibat dominasi lelaki kejam.
Ana Balqis
Ana Balqis Dato Rahman Shaari, kebanyakan yg komen tak baca PK pun. Baca yg disedut tu je. Ini masalah org kita.
Rahman Shaari
Rahman Shaari Ana Balqis. Dalam hal ni saya jawab dalam Bahasa Jerman: Biaq pi! Sdri tau, oleh sebab berusia (bukan tua) saya membaca banyak sekali teks yang terpilih sejak sastera elektif dulu-dulu.Sekarang ni zaman media sosial/alternatif, maka setiap orang menjawab cepat-cepat. Sebagai pemikir, cuba Ana Balqis fikir akibat menjawab sesuatu dengan cepat-cepat. Dulu saya berbahas (polemik) dengan Awang Saryan, Azizi Hj Abdullah, Rahim Abdullah, bahkan dengan Shahnon Ahmad pun ada sikit. Oleh sebab tak ada media sosial, maka sesuatu yang ditulis dalam majalah Mastika JANUARI, kita jawab dalam Mastika FEBRUARI. Sempat AMBIL MASA untuk berfikir halus-halus.
Qismina Quraisyya Sofia
Qismina Quraisyya Sofia Kak Ana Balqis...pihak guru selalu dikesampingkan dalam hal2 begini, kami dikehendaki "terima" saja apa yang disuakan.
Suka · Balasan · 1 · 22 hrs
Qismina Quraisyya Sofia
Qismina Quraisyya Sofia Tuan Rahman Shaari...terima kasih atas ulasan membina. Hal ini mengingatkan saya pada novel sephora suatu masa dulu.
Suka · Balasan · 1 · 22 hrs
Wan Buanan Wan Hussain
Wan Buanan Wan Hussain Adakah perkara-perkara berkait dengan biologi suatu tabu kepada masyarakat kita menyebabkan kita tidak boleh bercerita apatah lagi menulis mengenainya untuk dibaca oleh orang lain, khasnya pelajar?
Oh, hang belajaq pi la sendiri. Nanti pandai la tu kan?!
Suka · Balasan · 1 · 18 hrs
Ana Balqis
Ana Balqis Wan, itulah masyarakat kita. Minum arak mabuk sampai terlentang tertonggeng, kaki pempuan, judi, dadah, pukul bini, dera anak, rasuah, tipu orang 360 darjah ... semua takpa. Biasa katanya tapi jangan makan BABI.

Islam mana yg depa ikut tu?
Ana Balqis
Ana Balqis Qismina Quraisyya Sofia, guru-guru tak pernah dikesampingkan, dipinggir @ dilupakan. Dlm pemilihan komsas, gurulah yg memainkan peranan. Guru-guru dijemput dari seluruh negara. Merekalah tulang belakang komsas.

Guru-guru yg memilih kerana mereka tahu, karya bagaimana yg sesuai utk pelajar. Tetapi tentulah mustahil kementerian memanggil semua guru dalam proses menilai karya utk kegunaan komsas. Jumlah guru bukan sedikit dan belanja mengurus kementerian tak besar manapun.

Kakna difahamkan, para panel tidak pernah dibayar satu sen sebagai panel ini. Semuanya buat demi tanggungjawab. Jadi tak timbul guru dikesampingkan.
Qismina Quraisyya Sofia
Qismina Quraisyya Sofia Secara pukul ratanya kak Ana Balqis... inilah nasib guru selalu dikesampingkan dalam apa jua dasar, kadang mereka yang duduk dalam bidang keguruan saja yang tahu hal "sebenar".
Suka · Balasan · 1 · 13 hrs
Ana Balqis
Ana Balqis Melepaskan kesal lain dlm situasi ini kurang tepat, sayangku. Apa yg berlaku ini bukan hal pilih kasih atau karya drp penulis hebat tetapi itulah karya yg dipilih panel penilai yg terdiri drp guru-guru dan pensyarah juga org² tertentu yg dijemput khas.
Qismina Quraisyya Sofia
Qismina Quraisyya Sofia Tiada apa yg dikesalkan kak Ana Balqisibarat kata alah bisa tegal biasa. Tidak timbul soal pilih kasih ke pilih karya ke atau apa2 kepentingan lain. Yg diluah hanya pandangan...barangkali mewakili sisi pandang seorang guru biasa.
Suka · Balasan · 1 jam
Zaman Shah Saiyan
Tulis balasan...



Asmah Jendul
Asmah Jendul Maklumat yang baik, ... mereka yg mengkritik 'macam' editor yg tidak terjangkau ilmunya...
Ana Balqis
Ana Balqis Che As, ramai yg kata panel takde kredibiliti, buat kerja cincai. Ingat dpt suka² sebab lepas dari beban mengajar di sekolah. Dpt elaun lagi. Tapi hakikatnya; panel² ni tak dpt elaun apapun. Kalau mesyuarat dibuat di KL, tol dan petrol dibayar sendiri oleh panel.

Penelitian dibuat dari jam 9 pagi sampai jam 11 malam setiap hari selama seminggu. Itupun masih dikecam konon tak bertanggungjawab. Bagaimana mengukur pertanggungjawaban tu?

Ingat cuma anak kita baca & guna buku tu? Panel² ni takde anak? Sedara mara dan sahabat handai takde anak? Jgn ingat semua panel tu mandul tak berzuriat. Takkan nak pilih buku yg karut utk anak sendiri.
Zaman Shah Saiyan
Tulis balasan...



Putraery Ussin
Putraery Ussin Terima kasih kakna... maklumat dan ilmu yg berguna utk sy cikgu kerdil nak mengajaq ni...

Ana Balqis
Ana Balqis Cikgu Putraery Ussin adikku, kementerian ada modul pnp, kan? Itu boleh dijadikan panduan. Kreativiti itu hak guru.

Sejak merdeka kita ajar yg baik-baik. Sejak zaman Adam Islam mengajar yg baik² tapi mengapa masih ada yg jahat? Boleh faham, kan?
Putraery Ussin
Putraery Ussin Ya kandaku... adinda paham...
Ana Balqis
Ana Balqis Orang bijaksana boleh tukar batu jadi intan tapi org kurang akal selalu kata begitu begini. Bahas itu bahas ini. Akhirnya, intanpun jadi batu.
Putraery Ussin
Putraery Ussin Kan.... sy buat buku rujukan utk novel tu kanda... hihi
Ana Balqis
Ana Balqis Cari ruang, kita buat cakap² novel dan pemikiran dalam novel di MRSM. kakna pi sana.
Putraery Ussin
Putraery Ussin Yeaaa... nanti sy tanya dbp utara n hq...
Wan Buanan Wan Hussain
Wan Buanan Wan Hussain Mari Kuate la kak dio
Suka · Balasan · 2 · 18 hrs
Ana Balqis
Ana Balqis Buatlah bengkellah, adik wei. Mana² pun buleh. Kak tadok halangan. Nokwi sokmo kongsi pengalaman.
Suka · Balasan · 1 · 16 hrs
Putraery Ussin
Putraery Ussin Cg Wan Buanan Wan Hussain molek tu. Jom2 buat kat kuantan.
Suka · Balasan · 1 · 15 hrs
Wan Buanan Wan Hussain
Suka · Balasan · 2 · 15 hrs
Ana Balqis
Ana Balqis Nok sgt ni bincang dgn guru² hebat ni ...buatlah.
Suka · Balasan · 1 · 14 hrs
Zaman Shah Saiyan
Tulis balasan...



Hasri Hasan
Hasri Hasan Manusia belajar untuk jadi manusia daripada pelbagai cara. Ilmu dunia itu luas dan manusia harus belajar semua bidang.

Jika tidak didedahkan di sekolah, manusia akan tahu dari sumber yang lain juga.

Kemahiran yang perlu diajar kepada anak-anak kita ialah kemahiran untuk menilai mana yang baik dan mana yang boleh dijadikan sempadan.
Ana Balqis
Ana Balqis Tuan Hasri Hasan, saya pernah berimaginasi dan membentangkan imaginasi itu dengan para panel pemilih komsas yang sudah pening berhadapan dengan teks.

Imaginasi saya ; sekolah realiti dalam pagar. Ada semua benda. Pelajar bebas memilih. Nak @ taknak ke sekolah tak ada hukuman atau surat apa-apa kecuali telah sampai ke garisan tertentu yang ditetapkan. Diletakkan juga segala agen perosak dalam pagar itu.

Kita cuba sepuluh tahun. Bermakna satu sirkulasi pembelajaran manusia normal. Dan tengok hasilnya memandangkan lebih 50tahun merdeka, segala macam kebobrokan masih berlaku walhal tak ada diajar subjek songsang melainkan yang baik dan murni.

Oleh itu, saya amat bersetuju dengan pandangan tuan.
Hasri Hasan
Hasri Hasan Jika kita lihat diri kita sendiri sahaja, kita juga belajar banyak kebobrokan dunia tapi kita belajar dari mana?

Masyarakat kita terlalu mencipta tempurung kaca di kalangan generasi muda kita. Saya risau jika kanak-kanak ini belajar atau dapat ilmu bobrok itu dari sumber yang tiada bimbingan. itu lebih buruk.
Ana Balqis
Ana Balqis Ya...itulah yg cuba diaplikasi oleh para panel komsas. Kita bentangkan kejelikan itu dengan pemantauan dan bimbingan. Bukan kita lepaskan mereka bebas mentafsir tetapi dengan bantuan dan seliaan guru.

Jika kita buat kajian, berapa peratus yang baca teks komsas berbanding buku fixie? Guru-guru memberitahu berdasarkan pengalaman mereka, tak sampai separuh kelas yg membaca teks komsas. Mereka baca ulasan sahaja.

Jadi, buku, penerbit atau komsas yang salah jika anak kita tak jadi orang?
Zaman Shah Saiyan
Tulis balasan...



Novelist Haiza Najwa
Novelist Haiza Najwa pada saya satu saja, lucah tetap lucah. Kalau dalam subjek sains diajar pun sudah tertunduk-tunduk malu, terlalu open, inikan karya sastera. Kalau hendaklah disebut karya sastera. Biarpun 100 kriteria pemilihan KOMSAS , penilainya tetap manusia and human errs. Pada saya yang telah membaca bhg itu, ia amat menjijikkan. Kenapa? kerana manusia diberi daya imaginasi. Dan imaginasi para pelajar sekarang banyak yg sampah. Kalaulah membenci karya begini dikata pemikir sampah. Iya, DAKU REDO.
Ana Balqis
Ana Balqis Che Wa. apa maksud lucah? Teliti balik bahagian yg di'printscreen' tu. Baca keseluruhan novel dan fahami dulu. Kalau baca bahagian yg dihebohkan je, mcm mana kita nak adil Che Wa.
Novelist Haiza Najwa
Novelist Haiza Najwa tak apa. I dah lakukan apa yg patut I lakukan. Pada I itu fardu kifayah juga. Apapun, tak melunturkan sayang I pada you.
Ana Balqis
Ana Balqis Che Wa, boleh datang rumah Che Na @ kita minum². Bincang depan². Che Na tak boleh halang Che Wa menerima pandangan Che Na tapi kurang-kuranya Che Wa faham maksud tulisan Che Na.
Novelist Haiza Najwa
Novelist Haiza Najwa if you suggest me to reread, the answer is a sure no no. I kata tak apalah. we all have our own stand right? Albeit all, I sayang u
Jika kau cadangkan saya untuk baca semula, jawapannya adalah tidak, yang pasti. Aku kata tak apalah. Kita semua mempunyai sendiri kita berdiri kan? Albeit semua, aku sayang uDiterjemah secara Automatik
Zaman Shah Saiyan
Tulis balasan...



Syaharbanu Abd Wahab
Syaharbanu Abd Wahab Thn 80an novel *SEORANG TUA DIKAKI GUNUNG* penuh dgn mesej kekeluargaan.
Ana Balqis
Ana Balqis Setuju puan. Karya penulis dulu sarat nasihat dan pengajaran tetapi sukar utk panel mencari karya begitu skg.
Suka · Balasan · 2 · 22 hrs · Telah disunting
Zaman Shah Saiyan
Tulis balasan...



Brader Jebat
Brader Jebat Nampak gaya, bukan lagi sekadar pemikiran kritis dan kreatif. Mungkin juga akan jadi pemikiran lateral Emotikon smile
Ana Balqis
Ana Balqis Terpulang utk kita namakan apapun tapi ingat pesan Khalifah Umar, didiklah anakmu mengikut zamannya.
Zaman Shah Saiyan
Tulis balasan...



Liza Bujang
Liza Bujang Kalau banding kita berdua saya baru betul tak kenal azmah nordin. Tapi hari tu nampak awak komen menyokong dan memujuk. Ertinya kenallah. Sama penulis mesti kenal. Bila isu pantai kasih semua dsh kenal. Lucah tak semestinya digambarkan raba cium peluk tetapi umur 16 tahun dah tahu bahasa saintifik itu ke arah lucah. Sembrono. Esok2 sesiapa nak elak bukunya nampak cabul dan lucah boleh buka buku sains dan guna istilah saintifik. Nampak cantik bunyinya dan tak lucah. Tapi yang berakal tahu apa maknanya. 16 tahun .....kesal.

Ana Balqis
Ana Balqis Puan Liza Bujang, saya cuma kenal Azmah Nordin pada nama. Saya tak pernah bersapa atau bertemu mukapun. Saya bukan sokong @ dokong tapi saya memberi justifikasi. Memberitahu antara sebab novel itu dipilih walaupun bukan saya memilihnya.

Puan boleh kesal berapa tahunpun sebab setiap kita ada peranan masing². Menyalahkan orang mudah saja. Sayapun boleh menulis memburukkan siapa yg saya mahu tetapi itu kehendak sebenar kita? Tidak, kan?
Rahman Shaari
Rahman Shaari Saya bersetuju dengan Ana Balqis yang membela sesuatu yang difahami. Untuk dipersetujui oleh sesiapa yang sejak awal bersedia tak bersetuju, susah. Jika Ana Balqis mantan murid yang sealiran dengan guru, cuba fahami ini. Saya tahu siapa gurumu. Bicara apa-apa pun adalah political. Jika seseorang mengatakan "Parti Hati Bersih" itu bagus, maka baguslah baginya. Jika pihak lawan sudah bersedia untuk mengatakan "Parti Unta Melengung" bagus, maka bagus juga baginya. Pemilihan buku teks sama dengan pemilihan parti dalam pilihan raya. Ada orang bertanya, TAK ADA KE PARTI YANG LEBIH BAIK? Jawapan: TENTULAH ADA, TAPI YANG INI TERPILIH! Begitulah juga dalam hal pemilihan buku teks. Lebih 100 karya yang setanding dengan PANTAI KASIH, tapi PANTAI KASIH terpilih. Alasannya banyak, salah satu daripadanya: Buku yang baik itu tidak dikemukakan ke meja panel. Bagi saya, PANTAI KASIH dapat 85%.
Liza Bujang
Liza Bujang Sebagai guru sains, kalau Puan Ana kata tidak ada perkataan peluk dan cium, marilah ke kelas sains saya. Bagaimana saya memikirkan untuk mengajar anak-anak dengan cara lembut dan halus supaya hati anak anak ini tidak terkesan dengan bahasa yang dianggap lucah. Walau pengguna kata kata saintifik sekali pun, anak anak sudah memahami kerana dari tahun 4 anak ini sudah dibiasakan dengan terma sains. Jadi apakah di dalam novel ini tentang hubungan jenis ditukar kepada terma sains kepala anak anak kita akan menjadi 'suci'
Liza Bujang
Liza Bujang terma sains bukan menghalalkan cerita, seperti niat menghalalkan cara. Kita sedang diserang dengan novel novel lucah di luar sana, dengan perkataan yang kadangkala tidak kita sangka sama sekali, bagaimana boleh kita benarkan cerita yang sebegini dipaksa masuk ke kepala pelajar kita. Paling kurang buku lucah atau cabul tidak semua pelajar meminati tetapi buku ini anak anak tingkatan 4 harus membacanya.
Liza Bujang
Liza Bujang saya fahami perasaan ibu bapa yang mengajar anak anak tata susila, bahasa yang lembut, tidak ada hubungan seks sebelum pernikahan tetapi disekolah anak anak dipaksa membaca karya begini. Adakah anak anak ini mempunyai pilihan? Apakah sampah seorang ibu yang tidak mahu anaknya membaca karya pantai kasih?
Ana Balqis
Ana Balqis Cikgu Liza, cuba baca pandangan seorang tokoh perbukuan negara ini. Beliaupun ada anak macam kita. Ini katanya;

Manusia belajar untuk jadi manusia daripada pelbagai cara. Ilmu dunia itu luas dan manusia harus belajar semua bidang.

Jika tidak didedahkan di sekolah, manusia akan tahu dari sumber yang lain juga.

Kemahiran yang perlu diajar kepada anak-anak kita ialah kemahiran untuk menilai mana yang baik dan mana yang boleh dijadikan sempadan.
Ana Balqis
Ana Balqis Saya bukan cari sokongan, bukan menafi apa yg cikgu hujahkan tapi saya cuma nak cakap; kalau cikgu anggap buku tu buku lucah, tapi yang lucah itu akan dibincangkan dlm kelas. Cikgu akan menerangkan buruk baiknya. Akan memperkatakan sisi positif negatifnya perlakuan begitu. Ada mentor bukan bermaksud mentor buat maksiat. Mentor memahami perilaku manusia dan memahami karya tersebut.
Suka · Balasan · 1 · 15 hrs
Ana Balqis
Ana Balqis Daripada anak² baca buku lucah di luar sana tanpa pengetahuan kita, tengok klip video yg boleh didapat dgn harga serendah dua ringgit, apakah membaca satu muka surat itu novel Pantai Kasih dengan adanya pengawasan drp guru itu, lebih bahaya?

Terpulanglah pada cikgu untuk memahami.
Suka · Balasan · 1 · 15 hrs
Liza Bujang
Liza Bujang Ana Balqis Mahukah kami para guru dilihat sebagai pembenar kata lucah. Dimanakah reputasi seorang guru? Apakah esok Allah tidak menyoal saya? Inilah orang kita yang maksiat sedikit itu tak apa...mana ibubapa mahu unsur buruk disogok pada anak2. Marah orang melayu sedangkan diri sendiripun sama. Kita ni benda maksiat seboleh mungkin elakkan. Mencegah lebih baik dari merawat. Rasanya jika kpm menggubal semula panel pemilihan kena ada orang yang benar2 layak buat pemilihan dan bukan yang ada kepentingan sendiri. Saya tak bermusuh dengan penulis tetapi jika karyanya boleh merosakkan saya tegur.
Suka · Balasan · 1 · 14 hrs
Liza Bujang
Liza Bujang Kita semua ada tanggungjawab, saya penduduk mengharapkan penulis menulis yang baik baik mengenai keindahan dunia, memberi kesedaran betapa pentingnya mengasihani orang lain, kita sudah sesak dengan pelbagai masalah seharusnya kita berganding bahu tetapi yang berlaku sebaliknya. Guru dibeban dengan tugas menerangkan yang bukan tugasnya. Banyak lagi kerja cikgu berbanding nak ajar murid hal lucah ini..jadi penulis jangan sewenangnya lepas tangan bila impak negatif muncul hasil dari penulisannya. Lagi satu pantai kasih ini merendahkan kerjaya hospital. Mereka tu bukan sedikit jasanya pada kita semua.
Suka · Balasan · 1 · 14 hrs
Ana Balqis
Ana Balqis Terpulang pada cikgulah. Saya bukan penulis itu, saya bukan panel pemilih itu, saya bukan guru itu. Saya cuma ingin mencari jln tengah yg terbaik. Cikgu sukar menerima pandangan kami terserah. Mohon maaf jika cikgu rasa pandangan saya keterlaluan.

Sebagai seorang pensyarah, saya mengajar tanpa letih. Saya buat pengurusan, saya berceramah ke hulu hilir, meting sana sini dan tanggung jawab sosial sedaya upaya cuba saya penuhi.

Saya tak pernah bosan untuk berkongsi pengalaman dgn khalayak kecil @ dewasa saya. Sedaya usaha cuba membuka minda anak bangsa saya agar ingat kita dikejar, dihambat kiri kanan. Kalau isu satu muka surat kita debat dan begitu payah terima pendapat org, sedang bangsa lain dah terbang ke langit dgn yakin Allah itu satu, kita ni apa?

Wasallam.
Suka · Balasan · 1 · 13 hrs · Telah disunting
Shamsul Rahman
Suka · Balasan · 1 · 13 hrs
Ana Balqis
Ana Balqis Exactly Dr Shark...Lihat Terjemahan
Suka · Balasan · 13 hrs
Zaman Shah Saiyan
Tulis balasan...



Rasid Muhamad
Rasid Muhamad Soalnya, apakah tiada novel lain yang lebih baik, dan tidak kontroversial untuk dijadikan teks?..(maaf saya bukan sasterawan......)
Ana Balqis
Ana Balqis Tuan Haji, ada byk novel lain yg boleh dinilai dan dijadikan pilihan tetapi syarat kementerian, hanya yg sah tersenarai (karya yg diterima selepas iklan) tu sahaja yg dinilai.

Mungkin novel ini bukan terbaik tetapi baik dalam kalangan yg ada.
Rasid Muhamad
Rasid Muhamad Oh...kalau begitu.....kita perlu "menjemput" penulis untuk menghantar karya mereka..macam, kita perlu menghantar ke Perpustakaan Negara.....untuk mendapat skim, pembelian terus dari...penulis. (ok saya saham....)....
Ana Balqis
Ana Balqis Tuan Haji dalam sektor kerajaan, saya fikir Tuan Haji faham syarat pihak berwajib, kan? Panel tak ada sedikitpun kuasa mencadang @ memasukkan karya lain meskipun 100% bersih dan baik.
Zaman Shah Saiyan
Tulis balasan...



Amran Ibrahim Rashidi
Amran Ibrahim Rashidi Gamaknya orang yang komen ni jugak tak baca betul2 ulasan dalam akhbar hari ni yang jugak merupakan wakil guru selaku penggiat sastera muda mapan, pensyarah dan jugak bekas panel pemilihan teks KOMSAS. Wallahualam wajarkah ungkap MALU AKU JADI MELAYU?
Amran Ibrahim Rashidi
Amran Ibrahim Rashidi Hamba sangat tidak setuju sekeras-kerasnya TAJUK ORANG KITA, SIKAP & SAMPAH ini demi manfaat dan kebaikan bersama. Jangan hanya sebabkan sedikit perbezaan pendapat dipukul rata ORANG KITA sehingga disamakan dengan SAMPAH...
Siti Aisah Murad
Siti Aisah Murad Ana Balqis, akak ni sekarang mcm tak layak la berada dlm kalangan peneliti mcm Ana, tak tak pernah peduli dan tak kisah nak baca pun karya karya sastera...entah... hanya jadi pengurus sastera, bila nak panggil Ana, salina, dr Sudin untuk jadi pembimbing bengkel kami ...malu juga bila org kecek psl novel itu, novel ini....
Ana Balqis
Ana Balqis Kak Siti Aisah Murad kami bukan nak berpolemik. Bukan nak jadi hero. Bukan nak terkenalpun. Saya cuma memberitahu apa yang sepatutnya khalayak tahu. Kalau hal setengah halamanpun kita dah kalut ribut, mcm mana nak tangani masalah dunia.

Aduhai...inilah bangsa kita Kak Ti. Org dah ke bulan ke bintang. Teroka planet baru, kita masih duk ckp psl komsas. Konon takut anak jadi jahat.

Atau sebenarnya kesal karya sendiri @ laki @ bini @ sedara mara sepupu sepapat tak terpilih?
Siti Aisah Murad
Siti Aisah Murad Entah la Ana Balqis... sastera ni...yg benar cantik karyanya ...dikesampingkan..
tu yg diam diam je...tapi kalau dpt dtg umah ana, yg pasti nak mkn laksa ....hihihi...
Siti Aisah Murad
Siti Aisah Murad Naj jumpa kekwn dan cikgu cikgu juga...
Ana Balqis
Ana Balqis Yalah...susah nak ckp. Cakap salah, tak.cakap lagi salah.
Rahman Shaari
Rahman Shaari Wau, Sdri Siti Aisah Murad pun ada dalam lingkungan ni. Sdri Ana Balqis kata, ini bukan polemik. Tapi, jika kata polemik pun tak apa. Matlamat biar jelas. Kita tunjukkan segi ilmu yang ada dalam sastera. Jika pihak yang tak bersetuju pun tunjukkan ilmu, kita gembiralah. Saya berpendapat PANTAI KASIH tebal dengan ilmu dan kreativiti. Yakin sangat, dan bukan sekadar Harap sangatlah. Siti Aisah faham. Yakin. Saya berceramah tentang buku tu , dan sediakan buku kupasan, bukan kerana nak jual buku, tapi kerana saya suka melakukan kerja ini demi seni dan ilmu.
Siti Aisah Murad
Siti Aisah Murad Rahman Shaari ...tak tak, saya no komen datuk...saya tak baca pun...maaf ye...tarik diri...
Rahman Shaari
Rahman Shaari Maksud saya mudah saja. Sdri Siti Aisah memang faham, itulah sebabnya nak makan laksa .... Oleh itu, Sdri Ana Balkis kena siapkan laksa.
Rahman Shaari
Rahman Shaari Akhiran polemik ini ialah himpunan ilmu sastera aliran "baru". Saya fikir, polemik akan memakan masa 6 bulan. Jadi, jika rajin, dapatlah disiapkan buku baru: POLEMIK PANTAI KASIH.
Ana Balqis
Ana Balqis Dato Rahman Shaari, Kak Siti, kita sedang berhadapan dgn dunia yg penuh cabaran ilmu. Byk yg kita nafi dulu tumbuh berceratuk dpn kita. Dulu nsk tulis perkataan se## pun takut-takut tapi sekarang mahu tak mahu kita kena berdepan dgn hakikat, anak² kita baca buku inggeris yg jauh lebih advance. Tapi masih mcm sebelumnya.

Aduhai ...
Suka · Balasan · 14 hrs
Zaman Shah Saiyan
Tulis balasan...



Amran Ibrahim Rashidi
Amran Ibrahim Rashidi Kak Jairah Taha, kak Siti Sara Salwana tengok tajuk dan akhir tulisan ni ngeri walau isinya baik hehehhe...
Nizamiah Muhd Nor
Nizamiah Muhd Nor Zmn sy...mereka yg tertewas..best buku tu
Nizamiah Muhd Nor
Nizamiah Muhd Nor Kena cr n bc jg lah buku ni
Ana Balqis
Ana Balqis Niza, makin hari makin lain makanan jiwa manusia seperti mana makanan perut kita juga nampaknya. Dulu takde ayam segera sekarang macam² jenama muncul waima goreng pisangpun dah diperisakan dgn cheese.

Begitu jugaklah dgn bahan bacaan. Tapi masih ada yg mahu kekal dlm zaman minum air batu dlm supit plastik padahal skg org mkn eskrem dlm pasu dah...hehe. Analoginya...
Suka · Balasan · 15 hrs
Zaman Shah Saiyan
Tulis balasan...



Rahman Shaari
Rahman Shaari Kerana terlalu lama saya dalam bidang ini (mengajar) , maka sesiapa yang mengatakan SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG bagus, atau MEREKA YANG TERTEWAS bagus, atau KELUARGA GERILYA (ini tingkatan 6) bagus, atau TULANG-TULANG BERSERAKAN bagus, atau SENJAKALA itu bagus [ah ada banyak lagi], saya tak rasa apa-apa. Jika dibandingkan dengan PANTAI KASIH saya hanya mahu mengatakan KESEMUANYA BAGUS ATAS ALASAN MASING-MASING. Itu saja.
Siti Aisah Murad
Siti Aisah Murad Zaman saya tulang2 tu datuk...mcm hafal buku tu untuk soalan petiikan...tingkatan 6 lak .. keluarga gerilla... pun mcm hafal buku tu . .bodoh2 pun dpt A 1 Sastera spm.
Suka · Balasan · 1 · 23 hrs · Telah disunting
Rahman Shaari
Rahman Shaari Sdri Aisah sedar tak, kedua-dua buku yang saudari sebut tu ada penanda ideologi? Dalam TULANG2, semasa Leman nak melawan pengganas, dia terfikir: Bilakah aku bermusuh dengan mereka tu? Dalam keluarga gerilya, semasa Saaman akan ditembak, dia bertanya dalam fikiran: Betulkah ajaran agama ni? Nak tanya Aisah: Ingat ke tak?
Suka · Balasan · 2 · 23 hrs
Siti Aisah Murad
Siti Aisah Murad Rahman Shaari dah tak ingat la datuk...lama dah...skrg pun dah jadi nenek...
Suka · Balasan · 2 · 23 hrs
Rahman Shaari
Rahman Shaari Dulu, apabila saya baca karya Tongkat atau karya Pram, saya cari segi sosialisme mereka. Sebab tu la saya ingat.
Suka · Balasan · 39 min
Zaman Shah Saiyan
Tulis balasan...



Syaharbanu Abd Wahab
Syaharbanu Abd Wahab Dari tahun lepas mereka guna novel ini....
Memalukan...
Guru2 yg mengajar sepatutnya membantah jgk...
Kenapa diamkan saja..
Rahman Shaari
Rahman Shaari Sdr Syaharbanu .... Kita belum buat tinjauan, jadi kita agak sajaklah : 1. mungkin guru dapat menanggapi makna dalaman novel ni. Itu kemungkinan. 2. Guru belum baca. TAPI Tak mungkin guru tak baca, sebab jika tak baca macam mana nak ajar? 3. Mungkin guru kini mencapai tahap KBAT yang cemerlang, jadi mereka tahu kaedah pengajaran untuk novel ini.
Suka · Balasan · 2 · 23 hrs
Ana Balqis
Ana Balqis Terima kasih Dato Rahman. Itulah jawapannya.
Suka · Balasan · 23 hrs
Rahman Shaari
Rahman Shaari Semoga controversy ni dpt.membantu menaikkan Pengarang yg rajin dan berbakat besar
Suka · Balasan · 1 · 13 hrs
Ana Balqis
Ana Balqis Dato Rahman Shaari kawan saya tanya, dah setahun guna dah berapa ramai pelajar yg jadi jahat sebab novel ni?
Suka · Balasan · 12 hrs
Rahman Shaari
Rahman Shaari Jawapan untuk itu ialah: PERLU KAJIAN. Mungkin novel ini membina sahsiah. Ertinya budak jahat jadi insaf setelah membacanya. (Saya boleh jadi peguam tak?)
Suka · Balasan · 1 · 12 hrs
Ana Balqis
Ana Balqis Dato...haha. Sempat lagi ambil kos undang-undang.
Suka · Balasan · 12 hrs
Rahman Shaari
Rahman Shaari Kos undang2 hanya nak cari istilah, macam kos sastera juga
Suka · Balasan · 1 · 12 hrs
Zaman Shah Saiyan
Tulis balasan...



Wan Buanan Wan Hussain
Wan Buanan Wan Hussain Saya pilih 1 & 2 Dato' dan Kak Ana Balqis
Suka · Balasan · 1 · 17 hrs
Ana Balqis
Ana Balqis Cikgu Wan, boleh kita sorok anak dlm almari @ dlm rumah sebab taknak depa tahu hal lucah, pembunuhan, rogol, rasuah dsb?

Bukankah lebih baik mereka tahu dan mereka faham (dgn bantuan kita @ guru) dgn itu mereka berhati-hati sebab mereka dah kenal dgnjuzud yg bernama lucah, rasuah dsb?

Selama mana kita boleh jaga anak kita? Berapa jam mereka ada dgn kita dlm sehari? Allahuakbar... susah sungguh berbicara dgn org hebat yg sayangkan anak ni...
Suka · Balasan · 14 hrs
Zaman Shah Saiyan
Tulis balasan...



Ariki Aizawa
Ariki Aizawa Pandangan sy, penulis tak salah dalam hal ini kerana mereka menulis apa yang mereka mahu tulis. Terlalu banyak novel yang lebih teruk dari novel ini dipasaran menjadi tatapan anak remaja kita tanpa kita sedar. Pernah saya merampas beberapa buah novel pelajar yang mahadasyat kelucahannya. Tapi adakah kita memainkan peranan? Tidak!.. Ibubapa hanya membiarkan sahaja. Kerana budaya membaca ini tiada dalam kamus hidup mereka. Jadi,jika novel lucah dibaca depan mereka pun mereka tidak ambil tahu TETAPI apabila novel komsas ini menjadi viral, semua menghentam. Semua mengutuk. Secara jujurnya, memang saya tidak bersetuju ada petikan seperti itu dalam teks sekolah menengah tetapi kita tidak boleh menghentam membuta tuli. Semborono menuduh tanpa usul. Biarkan pihak berwajib menyelesaikan. (Nota kaki: semaklah koleksi novel anak² anda. Novel yg sy rampas pun ada aksi lucah lebih dasyat dari teks komsas ini ya tuan puan. Pemiliknya hanya berusia 13tahun)
Suka · Balasan · 3 · 13 hrs
Ana Balqis
Ana Balqis Dato Rahman Shaari ini salah satu bukti drp seorang guru. Ayza Zai nak kata apa ni?
Suka · Balasan · 12 hrs
Ana Balqis
Ana Balqis Terima kasih Cikgu Ariki Aizawa. Kakna pernah mengajar di sekolah menengah dua puluh tahun dulu (tunggu keputusan utk sambung master) dan ini jugalah yg kakna alami. Buku lucah dalam bahasa inggeris. Ooo...bahasa inggeris, lupa. Baca buku inggeris, moden.

Kenapa itu tak diviralkan pulak?
Suka · Balasan · 1 · 12 hrs · Telah disunting
Rahman Shaari
Rahman Shaari Sdri Ana Balqis....apabila dipetik satu bhg, yg sebenarnya bhg yg boleh mengundang kontroversi, maka kontroveri jadinya. Cikgu Ariki ada pengalaman, ok la. Dunia kontroversi ni dunia "lama" bagi saya. Dah lama kesukaan memukul
cara ni. Novel Pantai Kasih jauh dari kawasan novel popular, jauh. Tapi kontroversi mendekatkannya. Saya setuju kalau org kata novel ni RUMIT. Novel ni untuk pelajar sederhana ke atas.
Suka · Balasan · 1 · 12 hrs
Zaman Shah Saiyan
Tulis balasan...



Muharsafa Kirana Bacho
Muharsafa Kirana Bacho kontroversi ini SANGAT BAGUS
bahawa SASTERA sangat DEKAT dengan masyarakat

karya ini sangat psikologis membongkar kebejatan sosial

dalam kuliah fiqah lebih erotik lagi

beberapa perenggan telah ditanggap sebagai setitis nila ke atas susu

faktanya jelas ada dalam sukatan biologi bukan pemerihalan batang tubuh manusia

forum yang baik dan sihat ini harus direbut para penggiat sastera

ini belum karya SN Shahnon lagi..
Suka · Balasan · 1 · 7 hrs
Nizamiah Muhd Nor
Nizamiah Muhd Nor Ye ...karya SN Shahnon lagilah...sy sempat baca Tivi..kalau salah tolong betulkan...
Suka · Balasan · 1 · 4 hrs
Amran Ibrahim Rashidi
Amran Ibrahim Rashidi Ana Balqis Kak Siti Aisah Murad kami bukan nak berpolemik. Bukan nak jadi hero. Bukan nak terkenalpun. Saya cuma memberitahu apa yang sepatutnya khalayak tahu. Kalau hal setengah halamanpun kita dah kalut ribut, mcm mana nak tangani masalah dunia.

Aduhai...inilah bangsa kita Kak Ti. Org dah ke bulan ke bintang. Teroka planet baru, kita masih duk ckp psl komsas. Konon takut anak jadi jahat.

Atau sebenarnya kesal karya sendiri @ laki @ bini @ sedara mara sepupu sepapat tak terpilih?

Sindiran ini sangat tidak sihat dan mungkin apa yang disindir itu jauh lebih baik daripada karya yang kita hasilkan sendiri. Inikah disifatkan ilmiah dalam perbincangan? Wallahualam....
Suka · Balasan · 1 · 1 jam
Ramlee Wahab
Ramlee Wahab Amran, saya masih terkenang antologi 'Di penjuru mata mu'. 'Pulanglah Perantau'. 'Hikayat Inderaputera'...inilah lorong yg saya ikuti untuk berkarya hingga kini...
Suka · Balasan · 1 · 1 jam · Telah disunting
Amran Ibrahim Rashidi
Amran Ibrahim Rashidi Yang murni insyaAllah sedikit sebanyak mendidik kita ke arah yang murni akhirnya tak gitu cikgu Ramlee Wahab? Macam ungkapan kalau kita nak jadi baik berkawanlah dengan orang yang baik2....

Suka · Balasan · 1 · 1 jam

Sumber Dari Facebook: ANABALQIS

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi