Posts

Showing posts from January, 2016

Taman Puisi Khairan Nazery: Ikhlas

Image
Mulai saat ini, aku akan memberi ruang kepada sahabat jauh dari  Banjarmasin, Kalimantan Barat Indonesia untuk menukilkan suara hatinya melalui puisi-puis yang dihasilkannya. Kepada teman-teman pengunjung blog ini, boleh menikmatinya dan boleh komen di bawah, juga jika ada kritikan hasil nukilan ini adalah lebih baik... Puisi-puisi beliau ini, saya tandakan dengan 'TAMAN PUISI KHAIRAN NAZERY' Silakan nikmati puisinya... Tajuk: I khlas Perjalanan gelap tanpa cahaya Menciutkan semangat dalam jiwa Aku lemah Apakah kukalah Haruskah menyerah pasrah Dalam sunyi itu Bisikan nurani syahdu Menyeru tawakal kepada yang Esa Berikhtiar penuh kepada Sang Kuasa Mensyukuri segala cipta Seumpama kepompong kehidupan Yang dirawat dengan penuh kasih sayang Hingga menjelma kupu kupu menawan Nan indah menjulang semangat Kendati kutahu Setiap yang bersayap pasti kan terbang Begitu ikhlas Kau ajarkan Diakhir pengharapan dunia Kehidupan fana

Tip Penulisan Dari Cikgu Mohd Helmi Ahmad

Image
Aku kongsikan tip yang mungkin ada manfaatnya kepada para pembaca yang meminati bidang penulisan eceran. Tulisan ini, aku ambil dari mukabuku penulis blog TETAMU ISTIMEWA dan juga merupakan penulis buku Kumpulan Cerpen Remaja Tetamu Istimewa dan Kumpulan Puisi Remaja Madu Di Tangan . Mudah-mudahan dua tip penulisan ini memberi manfaat untuk semua.. Menghasilkan Karya Eceran Ada dua pilihan untuk menghasilkan karya eceran untuk dihantar ke media cetak. 1. Hasilkan karya terlebih dahulu kemudian barulah pilih media yang sesuai dengan karya yang dihasilkan. 2. Pilih media terlebih dahulu kemudian barulah hasilkan karya yang sesuai dengan media tersebut. Penulis harus bijak merancang dan membuat pilihan sekali gus mengurangkan peratusan karya yang dihantar kepada editor ditolak. Sumber: FB MOHDHELMI AHMAD Untuk memiliki buku-buku Cikgu Mohd Helmi:

Tulis Apa-Apa

Image
"Kita boleh sahaja tulis apa-apa perkara, berkaitan diri mahu pun berkait dengan orang lain. Tetapi apa pun, biarlah apa-apa yang kita tulis itu sesuatu yang benar" Masshah 29012016 Meru

Sajak: Terima Kasih

Image
Terima Kasih Terima kasih pengkhianat pengkhianat Terima kasih perompak perompak Terima kasih pelahap pelahap Terima kasih penyangak penyangak Terima kasih pelawak pelawak Terima kasih terima kasih terima kasih Andalah perosak kedamaian andalah penghancur harapan andalah pemusnah keharmonian andalah tali barut penjajah negara pemusnah impian kami. Masshah 28012016 Meru.

Sajak: Semakin Jahanam

Image
Semakin Jahanam Semakin terbenam semakin suram semakin geram jahanam…jahanam…jahanam. Semakin seram semakin karam semakin membaham jahanam…jahanam…jahanam. Semakin anggkuh semakin bodoh semakin hodoh jahanam…jahanam…jahanam. Semakin parah semakin padah semakin punah jahanam…jahanam…jahanam. Semakin jahanam T erima kasih P engkhianat P engkhianat A ndalah manusia zalim kejam. Masshah 2701206 Meru

Sajak: Kerusi Digilai

Image
Kerusi Digilai Caci maki demi kerusi kerusi sakti untung diri pekik sana sini siapa jadi mbi. Kerusi jadi idaman hati kawan sendiri dimaki rakyat bukan mahu tukar yb Bergaduh sesama kawan parti kerusi kawan mahu dirampasi gila kuasa sudah menguasai. Kerusi tetap kerusi ia tetap dambaan dan digilai. Masshah 24012016 Meru.

Sajak: Muhasabah Diri

Image
Muhasabah Diri Malam sunyi sepi indah mendakap kasih Ilahi bermunajat sepenuh hati muhasabah menangisi Pada kehidupan dilalui debu dosa menghijabi tangisi hingga ia pergi agar tenang suci. Ilahi Ya Rabbi tenang damaikan nurani selamanya. Masshah 24012016 Meru.

Sajak: Ditinggali

Image
Ditinggali Esok belum pasti atau nanti akan pergi tatkala dijemput Ilahi semua ditinggali maafkan diri ini barzah distinasi sebelum… akhirat menanti. Masshah 24012016 Meru.

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN!

Image
PenaWan kali ini membawakan kepada anda sebuah pertandingan menulis cerpen untuk dimenangi! Pertandingan ini terbuka kepada semua! Pihak PenaWan akan menyediakan tiga petikan cerpen, dan kalian memilih petikan yang kalian mahu dan gunakan petikan tersebut dalam cerpen yang kalian tulis! Petikan mestilah ada dalam cerpan kalian tidak kira sama ada anda menyambung petikannya, atau berada di bahagian awal, atau tengah, atau akhir. Nak hantar lebih dari satu pun boleh! Taipkan dalam microsoft words, font Arial / Times New Roman saiz 12 dan emelkan cerpen anda ke penawanweb@gmail.com ! Jangan lupa sertakan NAMA PENUH dan NO. TEL anda kepada kami. Panjang cerpen hendaklah TIDAK MELEBIHI 20 mukasurat dan 10,000 patah perkataan. Pertandingan ini akan berakhir pada 20 Febuari 2016 pukul 11.59 malam , maka jangan terlepas peluang ini! Untuk maklumat selanjutnya: Pertandingan Menulis Cerpen Sumber: Laman WEB Pena Wan

Sajak: Mati Tetap

Image
Mati Tetap Mati tidak boleh dihindari mahu pun dijauhi ia sesuatu yang pasti ke mana pun mahu lari mati tetap akan mengikuti usah sesekali menghindari tidakkan mampu menahannya sediakan dan persiapkan amal taqwa bekal menolong kita. Masshah 24012016 Meru.

Sajak: Milik-Nya Jua

Image
Milik-Nya Jua Lihat pada sekeliling bukan apa-apa cuma cuba kita fikir di sana mahu pun di sini di atas atau pun di bawah yang dekat mahu pun yang jauh. Bahkan apa yang ada pada kita yang dekat hampir dengan kita semuanya bukan siapa-siapa punya bahkan bukan milik kita punya semuanya milik Allah. Masshah 24012016 Meru.

Sajak: Pilih Mana Satu

Image
Google Image Pilih Mana Satu Siang tercipta untuk kita Tuhan jadikan mentari memancar guna untuk kita berusaha penuh daya siapa laju berusaha dapat dia punya siapa perlahan usahanya ketinggalan berjaya…jaya senyum bahagia derita…derita selamanya nestapa ia. Pilihlah antara satu dari keduanya nescaya kita mampu bahagia. Masshah 24012016 Meru.

Sajak: Kehidupan Insan

Image
Kehidupan Insan Malam bertukar baju siang mentari terang cahaya memancar muda tua miskin kaya bertebaran sana sini ke pelusuk tempat di mana-mana rezeki dicari untuk anak isteri. Senja baru pulang siang berganti baju malam mentari sembunyikan diri syukur nikmat Tuhan tidak terperi hilang boleh dicari lagi banyak sikit terpulang diri. Begitulah kehidupan insan siang malam punya cerita kisah bahagia ataupun derita di mana-mana ada apa-apa sahaja syukur kufur nikmat Allah…terserah. Masshah 24012016 Meru.

Tulis Puisi Berapresiasi

Image
"Orang tulis puisi aku pun mahu tulis puisi aku apa peduli tulis puisi sampai mati orang mahu baca orang tidak mahu baca itu pun aku tidak peduli terus berapresiasi selagi masih ada hayat ini..." masshah

Pro Dan Kontra: Novel Kontroversi Pantai Kasih KOMSAS

Image
Beberapa minggu ini, dunia sastera kita dikejutkan dengan sebuah novel KOMSAS EDISI PELAJAR. Novel yang bertajuk 'Pantai Kasih' mengundang kontroversi, kerana dikatakan, kandungannya tidak sesuai untuk para pelajar.  Ada yang pro dan kontra. Saya tertarik dengan perbincangan yang terdapat di status seorang penulis di muka buku beliau. Ia telah mengundang polemik...apa kesudahannya...Kita masih tidak lupa lagi dengan novel Interlok... Saya 'Copy Paste' perbincangan tersebut tanpa mengubah apa-apa pun yang terdapat dalam perbincangan tersebut. Sahabat boleh membacanya. Moga ada manfaat yang diperolehi.  Fikir-fikirkan...       Ana Balqis  telah menambah  3 new photos Semalam pada pukul 5.28 pagi  ·  ORANG KITA, SIKAP & SAMPAH Setelah sekian banyak komentar yang dikemukakan terhadap novel 'PANTAI KASIH' saya rasa terpanggil untuk menulis. Dan, tulisan ini bukan bersifat peribadi. Saya tidak kenal pun pengarangnya dan tidak ad