Posts

Showing posts from June, 2015

Monolog: Keselesaan Berkarya

Image
Beberapa hari yang lalu aku bebelkan tentang had umu dan tip penulisan, tentu kau setuju dengan ingatan aku itu. Harap-harap kau tidak jemu mendengar dan membaca bebelanku ini. Kalau aku lapang da nada masa, baru aku menulis kalau tidak, tunggu lama sedikit kau mahu membaca bebelanku ini. Maaf, puasa-puasa pun mahu membebel. Aku tak kesah kau mahu baca atau tidak tulisanku ini, tapi aku yakin kau mesti baca tulisanku ini. Kau kan’ mahu menjadi seorang penulis, seorang penulis mesti kuat membaca, membaca dan membaca. Ingat lagi kan pesanan A.Samad Said itu. Tak perlulah aku ulang lagi di sini, aku yakin kau sudah hafal dan cuba kau praktiskan tip itu. Kau juga sudah baca buku tulisan A. Ubaidullah Alias dalam bukunya yang bertajuk Ingin Menjadi Penulis?, dalam bab Kamar dan Komputer. Dua perkara asas ini perlu untuk seseorang penulis, nampaknya kau cuba praktiskan. Baguslah!. Sebuah Meja Tulis Aku lihat di rumah kau, kau sedikan sebuah bilik untuk kau berkarya,

Nota Ramadan: Malam Lima Ramadan 1436H

Image
Google Image “Ya Allah, terima kasih kerana memberikan aku peluang untuk terus bertemu Ramadan pada hari ini, terima kasih memberikan aku kelapangan dan ruang untuk turut sama-sama mengimarahkan dan meriahkan Ramadan pada hari ini…berilah aku kekuatan untuk terus beribadah sepanjang Ramadan ini…Amin Ya Rabb…” Malam kelima Ramadan pada hari ini, aku bersolat terawih di Surau Darul Aman, di Kariah tempat kelahiranku, syukur masih dapat sama-sama berterawih dengan orang-orang kampong. Tetapi kelihatannya sudah ramai muka-muka baru, maklum sekitar kariah sudah banyak taman-taman perumahan yang tumbuh bagaikan cendawan. Ini menambahkan jumlah penduduk di kariah. Ramai wajah-wajah yang tidak dikenali, Cuma beberapa orang sahaja yang aku kenali, maklum aku jarang ke surau Darul Aman. Aku tinggal di Jalan Jambu. Apa pun, syukur masih dapat bertandang di surau ini. Pada masa sama, aku terkenang dengan orang-orang kampung yang sudah dipanggil Ilahi. Wajah-wajah orang kampung yan

Sajak: Ia Sudah Datang

Image
Ia Sudah Datang Ia datang seperti tahun lepas sampai saatnya tak tertangguh ia janji Ilahi pasti dinanti dirindui seluruh insan di bumi ia tak pernah mungkiri janji ia datang tepati waktunya ia bersedia diakrabi dirai cahayanya sungguh indah mempersona setiap hati insani cahayanya menerobosi setiap penjuru utara selatan timur barat menikmati keindahannya ia sudah datang kini. Masshah 30092015 Meru.

Nota Ramadan: Program Malam Puisi Dinihari Di Sanggar Damai Abadi

Image
Ramadan bulan agung, bulan yang di dalamnya penuh dengan keberkahan, usah lalai leka hingga tidak berbuat apa-apa, rugi serugi-ruginya seandainya Ramadan yang datang ini tidak disantuni dengan amal ibadah sebanyak-banyaknya kepada Allah S.W.T. Mahu tergolong dari golongan untung atau rugi, itu terserah kepada kita. Namun sebagai, insan yang beriman, sudah tentunya kita akan merebut sebanyak-banyaknya  ganjaran yang akan Allah S.W.T berikan kepada kita. Bulan Ramadan bukan bulan untuk berehat-rehat, bukan untuk bermalas-malas dan bukan untuk beralasan tidak berbuat apa-apa kerja. Sudah pastinya, yang punya kerja, akan tetap dengan kerjayanya, biar pun berpuasa, yang punya bisnis pun begitu dan seumpamanya. Kerja tetap kerja, berpuasa tetap berpuasa, ya kecuali ada insan-insan yang tertentu, diizinkan oleh syariat untuk tidak berpuasa. Justeru apa yang penting hasil dari ibadah puasa yang kita kerjakan, akan menghasilkan nilai ketaqwaaan kepada Allah S.W.T. Maksud

Nota Ramadan: Tak Serik-Serik

Image
Gambar dari POPIYAH.COM Belum sampai seminggu berpuasa beberapa hari lalu, seluruh tanah air dikejutkan dengan berita, seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah kehilangan lima buah jari, iaitu hancur akibat bermain mercun. Berlaku di Tanjung Sepat, Banting, Selangor. Saban tahun perkara ini akan menjadi berita dan menjadi topik yang tiada berkesudahan. Ramadan yang sepatutnya berlaku dengan aman damai, tenang dan harmoni, telah dicemari babak-babak tersebut. Mungkinkah selepas ini ada lagi?. Memang tak serik-serik!. Boleh dikatakan setiap tahun ada sahaja bencana yang berlaku akibat bermain mercun. Aku sendiri pun naik meluat dan menyampah bila terjadinya perkara tersebut. Dalam tempoh sebelum kedatangan perayaan seperti bulan Ramadan ini, tidak adakah kaji selidik dari pihak berwajib tentang bahayanya bermain mercun?. Setiap kali Ramadan tiba, sudah pun tiba, ada sahaja insiden patah tangan, hancur tangan dan lain-lain. Sebenarnya, bagiamanakah

Nota Ramadan: Ramadan Bulan Pengampunan

Image
Google Image Syukur tidak terhingga dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia-Nya dan kasih sayang serta nikmat melimpah ruah yang tidak terhitung. Ramdan masih di awal, baharu masuk tiga hari kita berpuasa di dalam Ramadan yang agung. Bulan yang di dalamnya penuh dengan keampunan Allah S.W.T. Umat Islam amat digalakkan sekali  untuk memohon keampunan sebanyak-banyaknya  kepada Allah S.W.T, Yang Maha Luas Pengampunannya. Kita sebagai hamba yang lemah, sering kali membuat salah, dosa sengaja mahu pun tidak sengaja, sudah sewajarnya berasa malu kepada yang menciptakan kita. Kita sering derhaka, lalai, leka dan tanpa disedari, telah banyak melanggar perintah-perintahnya, lalu apakah kita tidak merasa apa-apa, tidak merasa salah. Dosa kecil atau pun dosa besar yang kita lakukan tanpa disedari mahu pun kita sedari, apakah kita mahu membiarkannya sahaja sehingga menggunung tinggi, tanpa mahu meminta dan memohon keampunan kepada-Nya?. Alangkah sombongnya ki

Nota Ramadan: Jumaat Kedua Ramadan 1436H

Image
Masjid At-Taqwa Bukit Kapar Cepatnya masa berlalu,diam tak diam Ramadan sudah mahu habis satu fasa, bagaimana dengan aktiviti bulan Ramadan kita ya, harap-harap semakin bersemangat untuk terus merai ganjaran yang berlipat ganda. Sekejap sahaja sudah masuk hari jumaat, jumaat kedua dalam bulan Ramadan. Minggu ini, aku kerja sif pagi, tiada halangan untuk menunaikan solat jumaat, seperti biasa rehat tengah hariku sekitar jam 12.30 minit sehingga jam 2.30 minit petang. Hari ini hampir-hampir sahaja terbabas, sampai di rumah sahaja aku terus berehat sekejap, melelapkan mata yang sangat mengantuk, tersedar-sedar jam sudah menunjukkan jam 1.15 minit petang, tanpa berlengah terus ke bilik mandi, selesai segala urusan berkemas, terus menuju ke masjid. Hari ini, aku bersolat di Masjid At-Taqwa Kampung Bukit Kapar. Seperti biasa aku mengambil tempat di bahagian tingkat atas. Walaupun agak bising dengan karenah budak-budak, aku tetap setia duduk di bahagian atas, Seperti

Menulis Untuk Karnival 10 Tahun Surau Darul Aman

Image
Sampai bila mahu menulis, selagi hayat masih ada, InsyaAllah kerja-kerja penulisan yang berterusan, mana mungkin penulisan kisah perjalanan penulis kecil ini bisa ditukangi. Perjalanannya masih panjang, berliku-liku di hadapannya, aku harus dan mesti lalui perjalanan yang tidak semestinya lurus, ia pasti dan pasti akan aku lalui. Itulah mehna pada setiap yang bernama perjuangan dalam hidup. Kisah perjalanan penulisanku aku teruskan dengan penglibatan aku dalam satu program yang dianjurkan oleh surau darul aman, surau tempat kelahiranku. Ia melibatkan penulisan juga. Di mana aku telah dilantik sebagai Ahlijawatankuasa kecil sementara bahagian dokumentasi dan pameran untuk Karnival 10 Tahun Surau Darul Aman.  Tugas aku mencari data-data dan maklumat-maklumat dari sumber terdahulu, maknanya aku kena cari orang-orang lama berkaitan dengan sejarah tertubuhnya surau darul aman ini. Tugas ini memerlukan aku, memewancara, bertemu bual dengan orang-orang lama. Aku dan Farid Az

Nota Ramadan: Jom Ulangkaji

Image
Google Image Sudah masuk hari ke lapan kita berpuasa pada hari ini. Diam tak diam fasa pertama bulan Ramadan akan meninggalkan kita, fasa kerahmatan, seperti yang nabi saw sabdakan; “Dialah bulan yang permulaannya, rahmat , pertengahannya pengampunannya, dan akhirnya bebasa dari api neraka.” (Hadis Riwayat Ibnu Huzaimah daripada Salman Al-Farisi) Terus bersemangat untuk berbuat amal ibadah sepanjang Ramadan, untuk diriku dan teman-teman, agar terus merai dan imarahkan Ramadan. Fasa yang pertama, moga-moga Allah S.W.T, menurunkan kerahmatan untuk kita semua. Dalama pertemuan hari ini, aku mahu kongsikan atau ulangkaji semula,untuk ingatan bersama tentang perkara-perkara yang membatalkan puasa dan perkara makruh ketika puasa. Walaupun ibadah puasa sudah berlalu beberapa hari, namun tidak salah rasanya untuk saling ingat mengingati sebagai panduan bersama. Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa 1.Memasukkan sesuatu kedalam rongga dengan sengaja 2.Memasu

Monolog: Had Usia Dan Tip Penulisan

Image
Maafkan aku, kalau kau tak suka tentang apa yang akan aku bebelkan lagi kepada diri mu. Puasa-puasa pun nak membebel, kau tentu tak suka, agaknyalah. Oh ya, sebelum itu, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa buat kau dan kawan-kawan kau yang sering bertandang di halaman ini, halaman yang kau ciptakan untuk penulisan mu. Kau kata mahu menjadi penulis kan, moga tercipta dan tergapai apa yang kau impikan. Aku cuma ingin memberi ingatan sahaja, kau tentu masih ingat lagi sewaktu kau mengikuti bengkel penulisan yang diajnurkan oleh IBH KHIDMAT, rasa-rasa kau ingat lagi, aku pun masih ingat lagi, tentang kau bertanyakan soalan kepada Dr.Ibrahim Ghafar, berkaitan usia bagi seseorang mahu menjadi penulis. Kau ada tuliskan tip-tip yang diutarakan oleh Dr.Ibrahim Ghafar, ada beberapa perkara penting yang kau dapat dari butiran percakapan Dr.Ibrahim Ghafar. Untuk lebih kau ingat lagi. Biarlah aku coretkan kembali di sini, biar kau sentiasa ingat beberapa perkara tentang tip-tip