Posts

Showing posts from May, 2015

Sajak: Aturan Pencipta

Image
Aturan Pencipta Gugurnya daun rontoknya buah patahnya ranting tumbangnya pokok begitu jua insannya... adalah aturan pencipta telah lama direncana ia pasti. Masshah 24052915 Meru.

Sajak: Jumaat Indah

Image
Jumaat Indah Jumaat yang berkat banyak nikmat dan rahmat mari teguhkan perpaduan erat demi kebahagian ke negeri akhirat selagi masih ada waktu sebelum terlambat. Salam jumaat penuh ceria raikan jumaat seperti hari raya hulurkan salam tanda setia agar hidup lebih aman bahagia sungguh firdausi di sana tempat kita. Jumaat penghulu hari jangan lupa leka lali banyakkan zikir selawat nabi andai kita benar mencintai berselawatlah beribu kali. Sungguh hebat hari jumaat banyakan amalan wajib juga sunat bersedekah zikir bersalawat tanda iman kita semakin kuat Ingat Allah walau di mana tempat. Jumaat hari yang indah ramai berlumba buat ibadah jauhi ibadah dari berbuat bidaah juga dimanfaati jumaat dengan beriadah ingatkan diri jangan sampai aurat terdedah. Andai jumaat tak dimanfaati alangkah rugi diri sendiri hindari tergolong orang yang rugi di akhirat nanti pasti menyesali Ingatkan diri sebelum mati. Masshah 6032015 Meru.

Sajak: Perencah Penyedap Rasa

Image
Transformasi gah bunyinya seolah ramai sudah rakyat berubah dari miskin sampai kaya raya agaknya sungguh bagai mimpi pula terasa langkah wasatiyah tercipta pula rakyat kena ubah cara hidup Mereka joli sini sana tak mengapa usah dipersoal nanti kena Itulah nasib marhean sengsara transformasi tiada perubahan tertindas tertekan biasa. Rupa-rupanya slogan sekadar perencah penyedap rasa jika suka ambil tambah lagi begitu mudah memerintah Negara cuma banyakkan wayang dusta diguna. Masshah 25052015 Meru.

Menulis Di Muka Buku

Image
Satu medium yang cukup digemari oleh seluruh masyarakat dunia sekarang, bukan sahaja di tanah air ini. Ia cukup menguasai dan mempengaruhi kehidupan kita sekarang, di mana-mana negara mana pun ia tetap popular, ia menjadi medium mendapatkan sumber berita, apa sahaja yang berlaku di persekitaran kita, ia cepat, tangkas dapat dibaca dan diketahui orang ramai. Namun begitu, ia perlu dihalusi tentang kesahiahan berita-berita dari medium ini. Dari perkara umum hinggalah perkara pribadi penggunanya, boleh kita saksikan melaluinya, itulah penangan facebook@muka buku. Hebat bukan?. Begitulah aku juga turut terjebak kekancah dunia muka buku, bukan akau sahaja, bahkan dari kalangan cerdik pandai, ilmuan, para ustaz ustazah, Pak Menteri, YB, Tok Bomoh, dan segenap lapisan masyarakat hari ini turut mempunyai laman sosial muka buku ini. Malah, jika ada kalangan yang tidak mempunyai muka buku ini, akan dianggap ketinggalan. Muka buku, ada baik dan ada buruknya. Aku bukan mahu tu

Sajak:Beringatlah Segera

Image
Berkokoklah sekuatnya hamburkanlah kata-kata semua itu dusta belaka jangan ingat semua percaya itu mainan siasah talam dua muka Dulu kini juga serupa warisan dari dulu kini selamanya bersipongang sana sini seolah dulu bersih tiada noda semasa di takhta alpa segala Di waktu senja sudah beringatlah segera takhta kuasa tiada guna apatah lagi harta benda segerakan amal taqwa itu teman tika di sana. Masshah 21052015 Meru.

Jumpa Kawan Lama

Image
Manuskrip yang mahu dibukukan Beberapa hari yang lalu ( 18hb Mei 2015, Isnin ), aku telah bertemu seorang kawan, usianya lebih muda dari aku, dia orang kampong, sekampung dengan aku. Seorang guru di sebuah sekolah di Pekan Meru. Masa kecil-kecil dulu, taklah selalu bermain-main bersama, mungkin disebabkan usia tidak sebaya, tetapi sesekali juga bermain guli bersama-sama di halaman rumah sepupu, itu seingat aku. Bila lama tak berjumpa, bertahun juga lamanya, jika jumpa pun hanya di jalanan, sekadar melambai tangan. Sebelum ini pun dia bertugas dibeberapa tempat,di luar kawasan. Memang agak lama tidak berjumpa, satu masa, ketika melayari media social muka buku, aku terlihat posting yang bernamakan dia. Dia berkongsi laman blog, aku cuba buka dan meninjau-ninjau diblognya…dalam diam dia juga menulis puisi, tentang kehidupan,perjuangan dan kasih sayang, dalam hatiku tak sangka orang kampong ku juga seorang penyair, walaupun dalam diam dan tidak dikenali, namun jiwa kepeny

Sajak: Perpaduan Erat

Image
Google Image Tanah air milik bersama Biar pun kita tak serupa Kerna hidup sudah lama Terpatri oleh janji setia Itu semua kerja mereka. Sudah terjalin setia janji India, melayu cina pun ada Sabah Sarawak tak dilupa Mereka senegara selamanya Perkuat harmoni antara kita. Usah perlekeh berlainan bangsa Apatah lagi permainkan agama Saling perkuat amalkan budaya Perpaduan erat hak bersama Usah diragu walau di mana berada. Sungguh ini bukan omongan Ia lahir dari hati yang damai Usah saling bertingkah membenci Kelak hilang melayang harmoni Derita sengsara kita sama rugi. Masshah 24052015 Meru.

Sajak: Permata hatiku

Image
Kau hadir dengan izin Ilahi impian kami berdua setahun ke setahun usia mu meningkat wah…bagai semalam kau hadir di pangkuan umi bersama tangisan mu. Kini kau sudah bersekolah belajar aksara menulis membaca lancar petah berkata-kata mengaji tak lupa suka membaca syukur Alhamdulillah Doaku untuk mu selalu ku panjatkan agar kau dalam kebaikan impian kami agar solehah pada diri mu doakan kami nanti andai kami pergi sebelum mu Masshah 2015 13042015 Meru.

Monolog: Bila mahu mula menulis?

Image
Macam-macam buku penulisan sudah kau baca, sudah kau hadami tetapi bila masa kau mahu memulakan proses penulisan mu itu. Apa yang menghalangi mu dari terus mahu menulis?. Bukankah segala panduan yang ada itu kau telah catat dalam buku dairi mu jua di kepala otak kau, kau telah simpan. Mengapa kau tidak mulakan dari sekarang?. Jangan-jangan kau cuma mahu berangan-angan mahu menjadi penulis tetapi sampai sekarang, tidak satu buku pun kau tulis… MENGAPA? . “Penulis kerjanya menulis, bukan angan-angan menulis” Jika asyik angan-angan, sampai bila pun kau tak akan dapat menulis, menulislah…catat idea yang kau dapat dalam buku catatan. Bukankah mencatat itu sebahagian daripada tip penulisan sebagaimana yang kau baca dalam buku penulisan yang kau baca berulangkali, mengapa tidak dicatat, catatlah setiap kali lintasan idea yang datang di kepala otak kau.  Mahu tunggu apa lagi?. Usia kau semakin meningkat, kudrat kau pun sudah mahu berkurangan, mulakanlah dari sekarang, us

Catatan Dari Muka Buku: Ziarah Wak Saring Sirad@Ismas Saring

Image
 Lampu 'Gasoline' antik menerangi  ruang tamu Cendi Karya Wak Saring Sirad  Masih sempat meraikan tetamu walau sakit   Beliau penerima Anugerah Buku Negara 2014,  Anugerah Khas Penulis Veteren Ambil berkat bersama  trofi Anugerah Khas Penulis Veteren milik Wak Saring Sirad 1) Tanggal 3.04.2015, Jumaat malam Sabtu, ziarah Wak   Saring Sirad @Ismas Saring, Wak Saring sedang sakit kaki(baru lepas opresen) menurutnya bangun tidur kakinya sakit dan rasa bengkak(panjang ceritanya, sedih pun ada, nak tahu, kawan-kawan yang kenal beliau kenalah ziarah)...dalam hati aku, kawan suka ria ramai tapi kawan semasa duka boleh dikira...sabar Wak Saring Sirad...(prinsip Wak, tak nak susahkan kawan-kawan hatta den gan anaknya sendiri)... Sedikit Catatan ; “Hidup ini saling perlu memerlukan, saling bergantung antara satu sama lain,tolong menolong bantu membantu pada setiap waktu, keadaan apa sekali pun ia amat diperlukan. Mendengar cerita Wak Saring Sirad,

Ole-Ole Dari PBAKL 2015

Image
Buku penulisan sastera jumlah keseluruhan buku yang dibeli sepanjang PBAKL 2015 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2015) sudah beberapa minggu berlalu, sesiapa sahaja yang dapat mengunjungi pesta tersebut pasti punyai kenangan tersendiri, begitu dengan aku, aku ada menuliskannya di dalam blog kedua. Untuk catatan panjangnya bolehlah dibaca di sini . Cuma di sini, aku mahu sekadar berkongsi buku-buku yang aku beli di sana. Beberapa buah buku penulisan keratif telah aku dapatkannya di reruai Institut Terjemahan & Buku Malaysia@ITBM. Aku melihat sambutan terhadap buku-buku terbitan ITBM sangat menggalakkan. Ramai orang berpusu-pusu ketika itu untuk memiliki buku-buku hasil terbitannya. Begitu juga dengan aku, reruai ITBM menjadi distinasi terakhir aku untuk membeli buku-buku penulisan keratif. Hasil pencarian, akhirnya dapatlah beberapa buah buku lama dan baru untuk aku bawa balik sebagai ole-ole dari pesta tersebut. Memang rambang mata, pelbagai

Sajak: Dua-Dua Sama

Image
Dua-Dua Sama Kau cakap dia dia cakap kau kau bidas dia dia bidas kau Sebenarnya kau dia sama sahaja dua kali lima lima kali dua Kata mengata tak ke mana tak mengubah apa-apa rakyat bukan makin senang rakyat bukan makin selesa Dua-dua sama mewarisi kepandiran mewarisi kedurjanaan rakyat terus yang kena Cukuplah lakonan murahan hentikanlah kepura-puraan cukuplah kebengongan hentikanlah kepongahan. Masshah 24052015 Meru.

Sajak: DIA Menanti

Image
     Bangkit, sahutlah seruan suci DIA sedang menanti...

Terbitnya Karya Semangat Menulis

Image
Siapa yang tak seronok dan gembira bila karya yang kita tulis dapat diterbitkan. Alhamdulillah sebuah lagi sajak marah-marahku terbit di akhbar Harakah Edisi Isnin. Sungguh pun akhbar tabloid ini, merupakan suara siasah, ia memberikan ruang untuk khalayak pembaca yang mempunyai bakat menulis untuk meluahkan suara hatinya melalui ruangan sastera dan budaya. Ini karyaku yang ketiga terbit di akhbar ini. Bila terbit karya di akhbar, semangat untuk menulis terus naik mendadak, begitulah aku, bila ada rangsangan barulah bersemangat. Banyak juga yang aku tulis berkaitan sajak marah-marah ku ini. Bila ada idea, barulah aku boleh menulis, ikut isu-isu semasa yang berlaku di persekitaran tanah air kita. Biasanya isu sekitar siasah lebih menjadi tumpuan penulisanku, entah mengapa ia lebih dekat dalam diriku. Melihat kebobrokan dan kedurjanaan mereka hati ini sungguh tidak tertahan melihatnya. Sebagai seorang penulis kecil, telah menjadi tanggunjawab aku untuk menulis bagi meny

Sajak: Firdausi Menanti Morsi

Image
Firdausi Menanti Morsi Morsi djatuhi dihukumi mati si celaka al-sisi pengadilan dipengaruhi umat bersoldariti syahid di hadapan morsi segera menanti firdausi. Masshah 17052015 Meru.

Perginya Sebutir Bintang

Image
Al-Fatihah Buat Penyair Rahimidin Zahari " Sihat Bang?", sapa Saya ketika bersalaman dengannya, Dia mengangguk sambil memberi senyuman...Itu kenangan kecil saya dengannya, Biar pun kecil kenangan itu saya tetap ingat. Dan saya sering mengunjungi blog miliknya. Perjalanan Salik, catatan-catatan tulisan beliau. Beberapa hari lepas, bila baca status muka buku sahabat memberitahu beliau dimasukkan hospital, saya terus ingat kenangan kecil di atas, sebagai saudara seislam saya  turut berdoa untuk beliau, agar kesihatannya beransur pulih dan baik. Saya hanya pernah bertemunya ketika mengikuti Wak  Saring Sirad  di PENA pada tahun lepas, dan kali kedua ketika Majlis Puisi Moreh Dinihari di Sanggar Damai Abadi milik Dr.Ibrahim Ghafar di Bukit Kapar pada tahun 2014. Petang tadi bila membaca status muka buku sahabat, menyatakan beliau telah kembali menemui pencipta-NYA, sedih terasa di hati ini, kesedihan ini sudah tentu lebih terasa oleh sahabat-sahabat