Posts

Showing posts from March, 2015

Sajak: Amannya Mereka

Image
Amannya Mereka ( Melihat pekerja warga asing sedang rehat ) Merenung ke luar jendela kantin di dinihari sunyi, sendiri tenteramnya mereka beradu tiada siapa yang menganggui aman tenang damai di sebuah negeri beribu batu Benua ini milik semua pelbagai ras bangsa ada mencari rezeki di sana sini kesungguhannya sememangnya matlamat cari makan di sini di sana ditinggal anak isteri di sana ditinggal ayah ibu demi perubahan diri juga famili. Mereka aman tenang di sini kita masih terkial-kial cari rezeki memilih mana lebih bercita rasa menjaga standard ijazah berjela jiwa juang cekal hanya mimpi,   tidak seperti mereka... apa sahaja dikerjai tekun sekali biar kena maki tetap sabar sekali kita...jauh sekali, cepat terasa hati Amannya mereka biar jauh dari yang dikasihi tetap megutus rindu selalu teknologi di tangan tak henti sesekali menyapa sang kekasih yang ada di benak hati ya...mungkin sebagai penguat jiwa agar terus semangat berusaha demi untuk diri

Sajak: Berpuisi Demi Ilahi

Image
Berpuisi Demi Ilahi ( Sempena Hari Puisi Sedunia ) Indahnya berpuisi atas nama Ilahi Ya Rabbi gemerlapan cahaya seri nubari segar damai Benua seantero bahagia berpuisi mengisi kalbu tunduk patuh pada Ilahi menebar kasih sayang sejati Berpuisi bersulam janji kasih berzikir hati tak terhenti berserah diri pada Ilahi bait-bait puisi agungkan Allah Berpuisi demi redha-Nya menyeru penuh hikmah berpandukan quran sunnah junjungan mulia tauladannya Berpuisi sampai mati demi tanggungjawab suci tanpa ada keraguan dalam diri sesungguhnya bahagia akhirat menanti. Masshah 21032014 Meru.

Buku Genre Penulisan Keratif Menjadi Pilihan

Image
Selain membaca buku-buku genre penulisan bukan keratif, aku suka membeli buku-buku genre penulisan keratif, sastera, terutamanya buku penulisan puisi  novel dan cerpen. Tujuan aku membeli dan membaca untuk melihat dan belajar bagaimana sesebuah puisi dibentuk, setiap penulis berbeza cara penulisan puisinya. Aku yang tidak punya ilmu puisi ini, sedang berjinak-jinak dalam penulisan puisi konon ceritanya. Sama ada aku membelinya secara terus melalui kedai buku atau secara terus melalui penulisnya secara online. Itu semua aku lakukan atas dasar mahu membaca, belajar dan berfikir seterusnya diamalkan jika ianya baik untuk diri sendiri. Aku tidak kisah, sama ada penulis kecil atau besar selagi aku minat membaca dan membelinya aku akan cuba miliki buku-buku tersebut. Setakat ini, terdapat beberapa buah buku yang terdapat di bilik buku, hasil karya-karya penulis tersohor dan juga penulis-penulis muda di tanah air kita. Ia sebagai bahan bacaan dan rujukan untuk aku menulis. Dan

Sajak: Kembalilah

Image
Kembalilah Bunga itu layu terkulai lunyai selayu bicara bacul terpacul hilang harum lebih-lebih lagi indahnya tersasul hemburan bicara hodohnya seantero benua amarah meruap mengelegak dibendung tidak, nahaslah Pada bunga layu itu jika mahu bugar segar berseri kembalilah...dakap kasih Ilahi usah lagi bermimpi seolah...hidup kekal tak mati buangkan angkuh sombong bodoh nescaya taubat mu, kubur mu harum seharum semerbak bunga kemboja di tanah perkuburan Jika tidak... nama mu tetap hodoh layu lesu busuk walau baunya harum sekadar dibibir namun sejarah akan tercatat sekuntum bunga yang sangat busuk lagi membusukkan... Masshah 21032015 Meru.

Ulasan Buku Apa Orang Kata Tentang AGI

Image
Ulasan Buku Apa Orang Kata Tentang AGI Sebuah buku yang memperkatakan tentang seorang penyair yang tersohor di tanah air kita. Buku yang harus dimiliki oleh setiap pencinta sastera tanah air, sebagai bahan rujukkan untuk mengenali penyair, penulis, pelukis juga pendeklamator puisi TRI-V AGI tersebut. Buku yang saya miliki hasil belian secara online, namun diterima melalui penulisnya sendiri, suatu pertemuan yang membibitkan ukhwah dan kenangan terindah buat saya. Siapa yang tidak seronok dan rasa bahagia bila bertemu dengan penulisnya sendiri. Ya…itulah sebahagian nostalgia yang saya dapat dari membeli buku ini. Oklah bukan itu yang saya mahu bahaskan dalam siri penulisan ini. Nostalgia ini telah saya tuliskan dalam penulisan yang lain dalam blog. Untuk penulisan ini, saya ingin memperkatakan berkaitan buku ‘Apa Orang Kata Tentang AGI’. Buku ini diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad@ITBM, cetakkan pertama tahun 2013, buku yang di susun oleh

Selamat Hari Puisi Sedunia

Image

Lembar Bahasa (2)

Image

Sajak: Sakitnya Itu Di Sana

Image
Sakitnya Itu Di Sana Jeritlah sekuat hatimu nak muda biar gegar tiang-tiang seri di Putrajaya biar mereka dengar apa yang kau pekikan usah gentar biar ugutan menyambut jeritanmu jeritanmu itu benar bukan onar gigitanmu itu sakit ya…sakitnya itu di sana. Terus jerit anak muda biar mengeletar tubuh yang kian ketar biar mengigil dingin malam lenanya biar golek gelintang di kasur empuknya jeritanmu terasa sakit di cuping telingnya sakitnya amat ya…sakitnya itu di sana. Langkahmu jeritanmu pekikanmu sungguh mengegar gelisah takhta bisa hancur musnah cita-cita ingin terus angkuh kuasa nyahkan terus LAWAN pedihnya sungguh ya…sakitnya itu di sana. Lawan tetap lawan! Masshah 2015 8032015 Meru.

Sajak: Rumah Abadi Pasti

Image
Rumah Abadi Pasti Usia semakin meninggi kubur kata mari sudah bersediakah duhai diri menuju distinasi rumah abadi ia pasti. Masshah 30202015 Meru.

Ulasan Buku Kumpulan Puisi Remaja Madu Di Tangan

Image
   Buku Kumpulan Puisi Remaja Madu Di Tangan Madu di Tangan merupakan buku karya kedua pemilik blog ‘Tetamu Istimewa’, iaitu penulis mampan Mohd Helmi Ahmad yang juga merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Batangkali Selangor. Karya dari Kumpulan puisi Remaja ini merupakan puisi-puisi yang terbit di majalah dan akhbar. Beliau seorang penulis juga penyair yang sangat produktif dalam menghasilkan karya keratif, terutamanya cerpen dan puisi. Melihat kepada blog yang begitu ramai sekali pengikutnya, ini memperlihatkan karya-karya atau hasil penulisan beliau amat diikuti dan digemari oleh khalayak pembaca. Secara pribadinya, saya amat mengkagumi kesungguhan penulis dalam berkarya, biarpun bertugas rutin menjadi guru, yang sudah pastinya sentiasa sibuk dengan tugas guru yang dipikulnya, namun beliau masih dapat berkarya. Syabas diucapkan.Saya sebenarnya, sudah lama ingin cuba mengulas serba sedikit berkaitan buku kumpulan puisi ini, saya membelinya sewaktu pesta

Sajak: Pilihan Terserah Diri

Image
Pilihan Terserah Diri ( Untuk ingatan diri diusia 41 tahun... ) Hidup ini tidak selamanya cukup masa pulang pada-NYA esok atau lusa entah bila-bila bukan dalam pengetahuan ia milik yang Empunya nyawa. Dari sehari ke sehari makin singkat terasa usia dari setangga ke setangga harus diingat usah dipersia kena banyakkan bekalan  kerana mati itu secara tiba-tiba. Pada setiap diri mesti kena muhasabah hidup takkan kekal selama persiapkan bekalan untuk ke sana bukan anak bini bukan harta benda bukan wang ringgit bukan darjat beza bukan itu segala iman taqwa penolong kita. Ingatkan diri setiap saat detiknya tiba malaikat pencabut nyawa tak leka kita sering leka alpa sentiasa harus ingat waspada selalu iman taqwa perkuat segala amal soleh tanpa mengira siapa soal jawab di sana ambil kira. Hidup di sini bukan untuk suka-suka semata bukan untuk ketawa-ketawa cuma bukan untuk bercinta-cinta hanya bukan semata-mata