Pantun: Pantun Semangat Diri






Keluar negara mengembara
Cari pengalaman buat diri
Hidup jangan berputus asa
Kelak  tanggung rugi sendiri.

Belajar tinggi di luar negara
Bawa balik berjela ijazah
Usah dilupa jasa negara
Jauhi diri minda penjajah.

Mendaki gunung di negeri sabah
Bersama rakan penuh harapan
Usaha gigih penuh tabah
Masa hadapan jadi tatapan.

Meredah hutan mencari bakau
Buat penguat tapak rumah
Hindarkan dari santau menyantau
Kelak menyesal hilang maruah.

Membeli ikan dari peraih
Buat santapan makan malam
Usaha tekun penuh gigih
Hidupkan bahagia takkan kelam.

Menjala ikan di tengah lautan
Ikan jenahak dibawa pulang
Usah lupa doa pada Tuhan
Hidup tenang bahagia sekarang.

Memetik bunga di taman sari
Untuk hiasan di atas meja
Dengar motivasi semangat diri
Kuat usaha pasti berjaya.


Masshah 2014
21122014
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi