Sajak: Syawal Bahagia



Syawal Bahagia

Wajah riang gembira suka
syawal harmoni jiwa murni
sebulan puasa kini pergi
syawal datang berhari raya.

Hulurkan tangan tanda mesra
tidak kira kecil , tua atau muda
miskin, papa mahu pun kaya
saling bermaafan tetap bersaudara.

Senyuman manis terukir di muka
tanda hati harmoni juga bahagia
tidak kira di mana waktu berada
kasih sayang terjalin akrab jua.

Berkasih sayang tetap setia
syawal tiba bukti akrab sesama
bermanis muka saudara seagama
jalinan harmoni syawal bahagia.

Masshah 2014
30072014

Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi