Posts

Showing posts from July, 2014

Nota Ramadhan: Alahai Tak Faham-Faham Lagi

Image
Belum pun ramadhan melabuhkan tirainya, sudah macam-macam kes mercun terjadi. Pelik ajaib, dikatanya mercun itu diharamkan, tapi mengapa begitu mudah mendapatkannya. Apa yang sudah berlaku sebenarnya?. Apakah ada penyelewengan?. Entahlah, dua hari lepas aku dan familiku pergi ke Kompleks PKNS Shah Alam. Sewaktu balik, melihat di tepi-tepi gerai terlihat beberapa buah meja, menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api. Dalam hati tertanya-tanya, sudah boleh jual mercun  dan bunga api kah?. Saban tahun, ada sahaja kes terkena mercun, baik buatan sendiri atau sebaliknya. Mengapa mereka tak ambil iktibar yang lepas-lepas, masih tidak faham-faham lagikah?. Mengapa masih mahu membahayakan diri sendiri?. Bukankah bahaya, ya...selagi yang bernama manusia, begitulah sikap mereka. Manusia kan degil, diberi peringatan selalu pun tak mahu ambil kesah, akhirnya diri sendiri yang susah. Ada sahaja kes putus jari, jari melecur dan sebagainya saban tahun,  minggu ini satu kes akibat ma

Sajak: Palestin Bercahaya Nanti

Image
Palestin Bercahaya Nanti Berbicara soal palestin berbicara tentang kebebasan berbicara tentang perjuangan berbicara tentang kejujuran. Palestin takkan hilang dari peta dunia kemenangan makin terasa upaya sinarnya semakin bergemerlapan biar azab dibedil dizalimi berterusan. Masanya telah tiba sinar palestin ummah seantero bakal menyaksikan detik kebebasan sebuah kota nestapa cahayanya menerangi seluruh benua. Palestin namamu terus harum menjadi sebutan ummah di mana-mana kebebasan yang dijanjikan terserlah dunia kembali aman harmoni tenteram. Sirnalah kezaliman...bercahaya al-falah Palestin satu nama yang terus hidup mewangi. Masshah 2014 15072014 Meru.

Nota Ramadhan: Bulan Ramadhan Bulan Al-Quran

Image
Bulan ramadhan juga terkenal dengan  bulan Al-Quran. Bulan di mana di dalamnya di turunkan Al-Quran. Kitab yang diturunkan kepada Nabi SAW untuk panduan seluruh manusia.                                      Firman Allah SWT yang bermaksud; “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil).” (Surah Al-Baqarah: 185) Membaca al-quran amat digalakkan di dalam bulan ramadhan. Nabi SAW sering membaca al-quran bila tibanya ramadhan. Dalam sebuah hadis; “Bahawasanya pengkajian terhadap al-quran antara  Muhammad dengan Jibril terjadi pada malam bulan ramadhan.” (Muttafaqun ‘Alaihi) Sesungguhnya quran merupakan kitab aturan Allah SWT yang lengkap, manual yang seharusnya menjadi pegangan setiap muslim. Ia juga pengubat hati yang lara, di dalamnya terkandung pelbagai berita, cerita, perumpamaan, siasah, ekonomi, perjuan

Nota Ramadhan: Bazar Berpada-Padalah

Setiap tahun, bila menjelangnya bulan ramadhan, di mana-mana pelusuk tanah air, di desa mahu pun di kota. Ramai dikalangan kita akan mengambil peluang untuk membuka bisnis kecil-kecilan, untuk menambahkan pendapatan. Ada yang membuka jualan di tepi-tepi jalan secara solo, di simpang-simpang jalan, dan ada yang secara berlesen di tempat-tempat yang dikhaskan. Mereka menjual pelbagai jenis lauk pauk, kuih-muih, air minuman dan sebagainya. Macam-macam pilihan boleh kita beli, kuih yang kita tidak pernah nampak pun boleh kita jumpa. Terpulang pada pembeli yang mahu membelinya. Asal tidak membazir. Takut nanti dikata berkawan dengan saitaon. Terkenal dengan panggilan ‘Bazar Ramadhan’, di mana-mana tempat pun, justeru sebagai pembeli seharusnya bijak untuk berbelanja. Secara pribadi, tidak ada salahnya wujudnya apa yang dikatakan bazar ramadhan ini. Dari satu segi, ia boleh memberi kemudahan kepada suri rumah yang sibuk dan tidak sempat membuat persediaan berbuka puasa. Maklum suami

Sajak: Puasa Itu

Puasa Itu Puasa sihat puasa jangan maksiat puasa bermasyarakat puasa dalam taat. Puasa bermaruah puasa jangan rasuah puasa nafsu susah puasa tinggal serakah. Puasa lelah puasa jangan tinggal ibadah puasa tinggal marah puasa amanah. Puasa bersatu padu puasa jangan lupa mengadu puasa mohon restu puasa kuasa penentu. Puasa ikut waktu puasa jangan boros selalu puasa tidak menipu puasa kewajipan dari Yang Maha Satu. Masshah 2014 26062014 Meru.

Nota Ramadhan: Muhasabah Kematian Untuk Diriku

Cahaya ramadan masih bersinar penuh bergemerlapan, di mana benua mana pun cahaya tetap bersinar sama, ia masih menanti insan-insan yang masih belum mahu merebut kelebihannya. Ramadan tidak mahu mungkir janji pada janji-janji yang ada padanya. Ia janji yang telah dimeterai oleh yang Maha Agung. Alangkah beruntung dan bertuahnya sesiapa yang menerima janji-janji tersebut. Ramadan pasti, ramadan suci tetap di sanubari insan-insan beriman, mereka tidak mahu meninggalkan ramadan, sebab itu bila ramadan mahu pergi, mereka pasti sedih dan menangisi pemergian ramadan. Namun takdir tidak siapa mampu melawan, semua itu ketentuan Allah SWT, sama ada insan yang pergi dahulu atau ramadan pergi dahulu bila saat janji pertemuan berakhir, yang pergi tetap pergi. Begitulah nasib insan, belum tentu, bila, di mana dan bila sampai saatnya pun kita tidak tahu. Semuanya di dalam kekuasaan-Nya, mungkin hari ini sihat segar bugar, esok kita dengar sudah dipanggil Ilahi. Baharu semalam kita jumpa

Nota Ramadhan: Amal Ibadah Di Mana Sahaja

Alangkah indahnya ramadan, setiap saat dan waktu amat berharga sekali, janganlah hendaknya aku menjadi insan yang rugi. Mengharungi ramadan dengan penuh sabar, iman dan taqwa itulah sumber kekuatan dalaman insan. Bermunajat, berdoa, berzikir, membaca quran, solat taubat, dan amal ibadah yang lainnya menjadi rutin harian, setiap pagi, petang dan malam. Namun aku, lakukannya mengikut kadar kemampuanku, namun tidaklah sehingga meninggalkan kesemuanya, faktor kerja yang begitu, adakalanya amat sukar untuk mempraktiskan. Waktu solat, alhamdulillah, masih diizinkan berjemaah bersama-sama kawan di surau kilang, waktu berbuka jika aku shif petang, masih bisa berbuka bersama anak-anak dan isteri, segalanya dipermudahkan dan dengan izin-Nya. Biar sekecil mana amal perbuatan, semoga Allah SWT tetap menilainya, itulah harapanku di ramadan kali ini. Situasi kerja bagaimana pun bukanlah alasan untuk tidak melakukan amal ibadah, tidak semestinya menuntut kita duduk 24 jam di tikar atau s

Nota Ramadhan: Kerja Berat Bukan Alasan Tidak Berpuasa

Image
Minggu pertama puasa aku bekerja shift petang, begitulah jadual rutinku setiap minggu berganti. Namun begitu tidak menghalang untuk tidak berpuasa, itu bukan alasannya, puasa satu kewajipan yang mesti ditunaikan oleh setiap insan muslim yang sihat bugar, kecuali mereka yang diizinkan oleh syariat untuk tidak berpuasa. Dugaan berpuasa bagi aku yang kerja shif petang, biasanya sewaktu mahu pergi kerja sekitar jam 2.45 petang, cuaca yang panas terik dalam perjalanan, sungguh memberi dugaan, insan seperti aku. Maklum sahaja, sekarang cuaca begitu panas sekali, apa pun aku tetap sabar dan tabahkan hati, mahu buat macam mana, jadual kerja sudah begitu. Terimalah sahaja apa pun... Melihat kawan-kawan yang bekerja di bahagian pembancuhan sangat simpati, mereka bekerja dengan kudrat yang diberikan oleh Allah SWT untuk mereka. Mereka lakukan dengan sabar sekali biar dalam keadaan berpuasa. Walaupun kerja berat, tapi itu bukan alasan untuk tidak berpuasa dan  tidak membuat kerja. S

Sajak: Puasa Itu Kuasa

Image
Puasa Itu Kuasa Kuasa menahan lapar dahaga Kuasa menahan nafsu serakah Kuasa mengekang nafsu syahwat Kuasa menyekat nafsu mengumpat Kuasa menyekat maksiat sesat Kuasa segala-galanya. Berbicara baik-baik bila puasa Menulis baik-baik bila puasa Melihat baik-baik bila puasa Mendengar baik-baik bila puasa Berbisik yang baik-baik bila puasa Berkuasa baik-baik bila puasa. Berpuasa kerana Yang Kuasa Niat puasa kerana Yang Kuasa Bersahur kerana Yang Kuasa Puasa seikhlasnya Yang Kuasa Berbuka kerana Yang Kuasa Amal ibadah kerana Yang Kuasa. Hasil puasa jiwa merdeka Hasil puasa iman bertambah Hasil puasa jaga tutur kata Hasil puasa akhlak terjaga Hasil puasa jiwa hamba Hasil puasa melahirkan TAQWA. Masshah 2014 15072014 Meru.

Nota Ramadhan: Ramadan Berkumpul Bersama Ahli Keluarga

Image
Hari pertama berpuasa ( Ahad-29hb 06 2014M/1Ramadan 1435H )), aku berbuka puasa di rumah emak. Kami telah berpakat untuk beramai-ramai berbuka di sana. Aku telah menghantar sms kepada setiap adik beradik yang berdekatan, dengan tujuan untuk memberitahu kepada mereka untuk berbuka beramai-ramai di rumah emak dan bapak. Niatku untuk membuat tahlil ringkas sebelum masuk waktu berbuka, hadiah bacaan tahlil dan doa khusus untuk Almarhum adik dan arwah-arwah yang telah meninggal dunia. Seronok tak terhingga bila berbuka puasa beramai-ramai, hari pertama puasa di hujung minggu, sudah pasti ramai yang berbuat begitu, hari minggu terakhir bulan jun kita berpuasa. Aku yakin ramai yang balik kampung semata-mata mahu berbuka puasa bersama keluarga mereka. Bila ramai-ramai balik sudah tentunya masing-masing membawa pelbagai juadah berbuka, kuih muih, lauk pauk dan bermacam jenis minuman, rezeki berpuasa di bulan ramadan. Begitulah suasana berbuka puasa hari pertama pada Ahad yang lepas