Posts

Showing posts from June, 2014

Nota Ramadan: Ramadan Melatih Bersabar

Image
bersabarlah jika ada orang menghina kita Ramadan indah ramadan bercahaya, cahaya menyeri seluruh alam, alangkah beruntungnya insan yang mendampinginya, betapa pula ruginya insan yang mempersia-siakan kehadirannya. Kedatangannya amat dinanti, kepergiannya akan ditangisi...ah, aku bermonolong pula. Siapa yang tidak sayang pada bulan suci ini, bulan di mana dijanji pelbagai bentuk kelebihan. Siapa yang membangunkan ramadan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan pasti ada imbalannya nanti, itu janji Tuhan Yang Maha Agung. Diam tak diam sudah masuk dua hari kita berpuasa, syukur, hari ini dipertemukan lagi di dalam bulan yang penuh keindahannya. Jangan sesekali dicemari keindahannya, kelak nanti Allah SWT murka. Ramadan memberikan kita banyak peluang untuk bersama-samanya, bermula hari pertama munculnya sehinggalah pada akhir nanti ia akan pergi. Apakah aku setia atau aku tewas dipertengahan jalan ini, ya Rabb...aku mohon pada-MU agar aku setia berterusan bersama ramadan ini. Aku

Nota Ramadan: Ramadan Jangan Dipersia-siakan

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang: “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu puasa sepertimana diwajibkan kepada mereka yang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu beroleh takwa. Ia beberapa hari yang ditetapkan. Barangsiapa di antara kamu sakit ataupun musafir, boleh diganti pada hari lain.” (Surah Al-Baqarah: 183) Syukur  Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya dapat dipertemukan dengan bulan ramadan pada tahun ini 1435H bersamaan 2014M. Demikianlah kehidupan kita di dunia yang semakin hari semakin mencabar dan silih berganti kehidupan yang sedang kita harungi ini. Usia pun semakin meningkat, petanda bahawa kehidupan semakin singkat dan ajal pun mungkin sudah semakin dekat, entah lusa atau tulat bakal disekat nyawa yang ada ini. Semuanya dengan izin Allah SWT. Ramadan bulan puasa, selama sebulan kita diwajibkan berpuasa kecuali bagi mereka yang seperti disebutkan dalam firman Allah

Sajak: Datang Dan Pergi

Image
Datang Dan Pergi Sambut penuh keriangan ditangisi kepergian itulah ramadan. Masshah 2014 26062014 Meru. dari FB

Nota Ramadan: Ramadan Menjelang Lagi

Image
Google Image Ramadan Menjelang Lagi Bulan ramadan datang lagi, bulan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan dari Ilahi. Syukur tidak terhingga diucapkan terhadap yang empu-Nya bulan yang suci lagi mulia ini. Kerana dengan izin-Nya, aku dan kita semua dapat bertemu dengan bulan suci ini. Bulan di mana di dalamnya ada ibadah puasa yang mesti kita tunaikan. Satu kewajipan yang termaktub di dalam al-Quran. Firman Allah SWT bermaksud; "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain." (Al-Baqarah : 183) Demikianlah, suruhan dan saranan Allah SWT agar kita menunaikan kewajipan berpuasa di bulan ramadan al-mubarak ini. Semua orang tahu dan faham tentang suruhan ini. Cuku

Sajak: Ramadan Ini

Image
Ramadan Ini Ramadan ini ramadan suci untuk hati murni untuk setia janji untuk cinta Ilahi. Ramadan ini ramadan harmoni dakap erat usah dicemari dakap erat usah dimaksiati dakap erat usah dinodai. Ramadan ini ramadan dijanji amal solehnya lebih lagi pahalanya digandai taubatnya diterimai. Ramadan ini ramadan pasti rugi sekali ditinggali sayang sekali dijauhi menyesal nanti diri sendiri. Masshah 2014 26062014 Meru.

Nota Ramadan: Pengharapanku

Image
Google Image Izinkan Aku Bertemu Ramadan-MU Ya Allah, tinggal sehari lagi ramadan bakal menjelang lagi, apakah diriku sempat menemuinya atau sebaliknya. Rasanya bagai semalam ramadan meninggalkan ku, kini sudah bakal menjelang lagi. Sesungguhnya, masa berganti masa semua dengan izin-MU, ketetapan dan ketentuan-MU, ramadan bakal muncul lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan-MU. Ya Allah, jika sekiranya kau izinkan aku untuk menikmati ramadan yang bakal kunjung tiba nanti, alangkah bersyukurnya aku pada-MU, sesungguhnya itulah yang aku mahukan, aku ingin benar-benar mengharungi ramadan kali ini dengan penuh kesyukuran dan pengharapan rahmat dari-MU. Aku harap agar KAU tidak menghampakan harapanku ini. Ingin ku perbaiki cara aku menyambut ketibaan ramadan dan akan ku perbaiki segala cacat cela yang pernah aku layani ramadan sebelum-sebelum ini. Maafkan kelemahanku ya Rabb!. Ya Allah, bagaimanalah nasib ramadanku yang lalu, apakah diterima atau pun seb

Sajak: Tangan

Image
   Tangan Tangan kanan tangan kiri bisa sahaja diguna bila-bila sahaja mahu yang baik mahu yang buruk boleh-boleh sahaja. Boleh dapat pahala boleh dapat dosa boleh dapat bala boleh dapat rezeki boleh mengubah dunia. Tangan kanan tangan kiri boleh sahaja mengubah kuasa mereka yang bermaharajalela boleh sahaja hilang kuasa janji tangan kanan janji tangan kiri seia sekata mahu merobah kebatilan kepada kebenaran cahaya. Masshah 2014 21062014 Meru.

Sajak: Ramadan Datang Lagi

Image
Ramadan Al-Mubarak Ramadan Datang Lagi Datang, datanglah kau ramadan datang pada kami kami rindu pada-mu kami sayang pada-mu. Datang, datanglah  kau ramadan dekat pada kami akan ku dakapi mu tiap saat dan waktu. Datang, datanglah ramadan datang mu penuh dengan janji tak kan kami lepasi nanti kami rugi. Ramadan kau datang tanpa Kami jemput kau pasti datang tetapi memang rindu pada mu segeralah pada kami kami tak nak rugi. Ramadan kau sudah datang kami di sisi kamu tiap waktu kami dalam pelukan mu kami sedang mengecapi kehangatan mu kami sedang menikmatmu terima kasih ramadan. Kami tak mahu kau pergi lagi tolong jangan tinggalkan kami.... Masshah 2013 Bilik buku 12/07/2013-Jumaat Jam: 1:59 pagi Meru.

Sajak: Kita Punya Mana

Image
Google Image Kita Punya Mana Semua dia punya kita punya mana? dia ada, semua besar-besar semua mega-mega semua megah-megah semua hak milik dia. Kita tanya lagi, kita punya mana? dia ada jet dia ada mahligai dia ada Langkawi dia ada alam flora dia ada ISA, OSA, AUKU dia ada macam-macam saham dan segalanya semua dia punya betul-betul dia berkuasa. Kita tanya lagi... Kita punya mana? bahagian kita mana? aku punya mana? anda punya mana? semua ‘kita-kita’ punya ini mana? mana-mana? mari fikirkan...! Man Shah 2000 Meru.

Sajak: Hentikan Permainan Ini

Image
Google Image Hentikan Permainan Ini Kamu yang berkuasa nasihatilah orang-orang bawahan kamu usah cemarkan nama bangsa yang dianggap keramat ini jika ia kau perjuangkan bangsamu jaga jugalah adab dan adatnya sekalipun kau marah bukanlah itu tindakannya matanglah berpolitik, mana kata-kata transformasi mana kata-kata wasatiyah budi pekerti amalan mulia politik baharu... atau ianya hanya kata mainan di bibir Kamu yang berkuasa hentikanlah permainan ini tak sanggup lagi mata ini melihat kejelekan itu usah kau diamkan sahaja usah kau tak rasa apa-apa nanti kau hilang kuasa menyesal tak sudah baru kau leka mahu bermain sama panda esok entah lusa sudah hilang kuasa itu semua kerja YANG MAHA KUASA. Kamu yang berkuasa tolong ya...hentikan semua ini kedamaian keharmonian ketenangan semua orang mahu suka kerana ini tanah pusaka kita pun begitu sama rasa lain bangsa pertahankan rukun sesama kita itulah harapan anak bangsa. Masshah 2014 24052014 Me

Sajak: Maafkanlah Aku

Maafkanlah Aku Maafkanlah aku mungkin   ada   puisiku yang menyakitkan hatimu kerana aku menulis tidak kira waktu, ada masa buntu, marah, sayu, pilu yang menyelubungi segenap perasaanku hingga kadang-kadang melupakan tentang perasaanmu. Maafkanlah aku kerana benci dengan sang menteri yang dungu penuh korupsi berhujah berdegar-degar berjanji muluk-muluk tetapi kesemuanya tidak ditepati, semata-mata mahu undi itu menjadi sebahagian dalam tulisan puisiku yang tidak tentu. Maafkanlah aku kerana mungkin kalian anggap aku tidak bersyukur dengan nikmat keamanan dan keharmonian yang wujud ini atau mungkin kalian juga macam aku, makin muak dan jelak melihat   drama   swasta dan drama minggu ini atau panggung sandiwara atau yang terkini... Maafkanlah aku sungguh, aku sangat   sayang   dengan tanahair ini tidak pernah   lupa   asal usul dan jati diri aku anggap tanahair ini bumi bertuah yang bakal menggegar dunia satu masa nanti cuma, aku san

Menulis Di Blog Bisnis

Image
Begitulah dunia penulisan di blog, macam-macam boleh dikongsi untuk tatapan sahabat blogger lain. Bagi yang berminat muzik, mereka boleh bina blog untuk hiburan, mereka yang suka berjalan atau melancung boleh bina blog jurnal atau travelog, bagi yang berminat sastera juga boleh bina blog berkaitan dunia sastera mereka, bahkan apa sahaja perkara yang kita lakukan boleh sahaja menjadi bahan penulisan untuk diterbitkan di dalam blog yang dibina. Bahkan para guru, ustaz, ustazah, tokoh-tokoh politik, para ilmuan dan sebagainya turut mempunyai blog mereka sendiri. Blog boleh juga digunakan untuk mempromosi bisnis yang kita ceburi. Melihat para blogger yang mewujudkan blog bisnis aku merasa teruja tentangnya. Untuk itu aku juga bina sebuah blog untuk bisnis aku dan isteriku. Waktu itu isteriku telah membuka kelas mengaji, iaitu ‘Pusat Pengajian Al-Quran Teknik Al-Baghdadi’ di Pekan Kapar, kami menyewa rumah kedai untuk dijadikan kelas mengaji tersebut. Alhamdulillah, ketika itu sa