Posts

Showing posts from March, 2014

Sajak: Tangis Taubat

Image
Tangis Taubat Senyap sunyi gelap gelita tidur mimpi menyapu muka. Bangun berdiri masuk ke bilik mandi membersihkan diri mahu ke sisi Ilahi. Bentang sejadah berdiri merendah mengharap kasih demi janji iftitah. Sujud lama terakhir esak tangis mengukir lafaz taubat juga zikir usia lama pasti berakhir. Usai separtiga malam akhir malam kelam insan menangisi dosa silam mohon taubat diterima pemilik alam. Masshah 2014 30032014 Meru.

Sajak: Kau Mahu Bunuh Mereka

Image
Kau Mahu Bunuh Mereka ( ...buat 529 Ikhwanul Muslimin yang bakal dihukum bunuh(digantung)... ) Kau tak punya jiwa nurani kau mewarisi sikap  firaun keji kau tak kenal erti sebuah kematian kau insan zalim berjiwakan saitan. Kau mahu bunuh mereka yang jiwanya merdeka kau mahu bunuh mereka yang beriman bertaqwa kau gila segila-gilanya persis maha firaun kau hilang arah askar kau kerah juga mahkamah. Kau mahu bunuh mereka ikhwanul muslimin doa-doa kerabat mereka sedang diamin, kau mahu bunuh mereka tanpa belas kasih kerna kau lupa pada yang Maha Pengasih. Kau mahu bunuh mereka kau lupa seantero buana sedang menyaksi kau si kejam laknat jeneral al-sisi menanti pasti kau pasti mati. Masshah 2014 27032014 Meru.

Deklamasi Sajak: Jambatan Kota

Image
Jambatan Kota Lenggang gadis di jambatan kota menatap senja berbunga ria wajahnya sungai klang jernih dan mengalir indah sketsa sebuah warisan bangsa. Lenggang gadis di jambatan kota seratus tahun mendatang langkah lesu dan longlai sungai dan bandar klang bukan lagi milik bangsa hakis terbenam di dasar selut hitam air mengalir lesu. Lenggang gadis di jamabtan kota merenung senja suram di horizon malam bangsa pamitan hilang. Gadis dan jambatan kota lestari dalam kenangan. Jambatan kota, Bandar Diraja Klang Selangor Darul Ehsan 1963 Dari buku: Kontal Kantil-Karya-karya terpilih Ismas Saring Kontal Kantil Karya-karya terpilih Ismas Saring

Hebahan: Jom Baca Puisi

Image

Sajak: Khabar Duka Akhirnya

Image
Khabar Duka Akhirnya ( Buat keluarga yang terlibat, juga alfatihah yang pergi tak kembali ) 16 hari kami menunggumu dengan penuh tanda tanya denga penuh debar di dada di mana kau  singgah berada di mana kau menghilang tak jumpa. Kini, berita duka kami dengari penuh rasa sedih dan syahdu, menunggu harap keluarga yang mengasihi kini MH370 ditemui tapi tak kembali terhiris hati-hati penunggu setia berita gembira namun, kecewa akhirnya menuntut keredhaan pada Ilahi. MH370 terpahat dalam memori duka setiap ahli keluarga juga masyarakat dunia sesekali menerjah di minda, tragedi duka lara MH370 tetap akan menggamit setia hati famili kerna ada dicinta disayang pergi selamanya itu semua takdir empunya kuasa di mayapada. Hanya pada akhirnya... jika itu benar akhir ceritanya MH370 doa dan alfatihah kami kirimkan buat yang seagama takziah  buat yang berlainan bangsa dan agama bersabarlah dalam ujian dunia sementara yang pergi tetap perg

Sajak: MH370 Kembalilah

Image
MH 370 Kembalilah ( ...dengan doa dan harapan agar ditemui... ) Disebalik misteri... kehilangan MH370 tragedi luka ini seluruh umat merasai luruh hati famili menanti namun MH370 tetap tak kembali. Misteri tragedi terjadi mengamit pedih hati kini spekulasi di sana sini media sosial mengolah aksi berita tv dan  radio terus dinanti namun MH370 tunggu lagi dan lagi. MH370 kami menanti pasti kau akan kembali ke sisi doa dan harapan tetap di hati namun...andainya kau terkubur bersemadi akan kami redha walau pedih di hati benar, kehilangan tak dirancang kerna itu takdir Tuhan menentukan. Masshah 2014 12032014 Meru.

HEBAHAN: Malam Suara Kuala Lumpur-Tradisi, Muzik dan Puisi

Image
Bagi yang berkelapangan, di jemput memeriahkannya...!

Sedang Dibaca: Novel Semenanjung Menangis

Image
Novel Karya: Ariff Mohammad Terbitan: ITBM-PENA Penulis merupakanPemenang Sagu hati Novel: Sayembara Penulisan Novel, Cerpen, Dan Puisi, ITBM PENA BERITA HARIAN

Catatan Perjalanan Ke Rumah PENA Bersama Wak Saring Sirad@Ismas Saring

Image
  Ahad Yang Indah Pagi ahad yang indah, hari ini aku ada program di Kuala Lumpur. Entah apa yang akan berlaku hari ini aku tidak tahu. Biarkanlah...itu semua hanya Allah SWT yang maha tahu. Pagi-pagi lagi aku sudah bangun, seusai solat subuh, aku bersiap-siap agar jadual yang dijanjikan pagi ini tidak terlewat. Semangat untuk berprogram hari ini berbunga-bunga di dalam hatiku. Sementara pagi masih muda, aku duduk di hadapan laptopku untuk melihat berita apakah hari ini. Ku buka laman sosialku, pagi-pagi sudah ramai yang bermedia sosial, wah, mereka juga sepertiku, bersarapan pagi dengan bermedia sosial. Sudah menjadi trend hidup masakini rupanya. Pagi-pagi suda bermuka buku. Sungguh ini sudah menjadi budaya hidup orang masakini termasuk aku ini. Dunia begitu pantas, siapa lambat pasti tetinggal ke belakang. Entahlah apa lagi yang bakal meletus lagi dalam dunia teknologi pada masa hadapan. Aku biarkan, fikiranku tentang masa depan teknologi ini. Aku baca setiap satu

Menonton 'Monolog Jual Ubat' Khalid Salleh Di Istana Budaya

Image
 'Aku' bergaya dengan tiketnya bergaya seusai tunai solat maghrib Gambar dari 'google image' Menonton 'Monolog Jual Ubat-Khalid Salleh' Di Istana Budaya Bersama PAK AGI@Abdul Ghafar Ibrahim(Puisi TRI-V AGI). Terima kasih Pak Agi kerana mengajak menonton (14/03/2014-Jumaat Malam Sabtu) monolog tersebut...pertemuan menghadiahkan kasih sayang.., Terima kasih juga tiketnya... Inilah pertama kali aku hinggap di Istana Budaya..., kalau tidak diajak oleh Pak Agi, belum tentu aku dapat menjejaki laman Istana Budaya ini. Monolong memakan masa sekitar dua jam...memang best. Tahniah Wak Khalid Salleh persembahan yang sangat bertenaga.

Catatan Detik Pertemuan Dengan Abdul Ghafar Ibrahim@Pak AGI

Image
CATATAN  DETIK PERTEMUAN DENGAN ABDUL GHAFAR IBRAHIM(PAK AGI) (PENDEKLAMATOR TERSOHOR) Catatan pertemuan dengan penulis, pemuisi(Tri-V AGI) dan juga seorang pelukis ini ditulis di sini bertujuan untuk dokumentasi pribadi penulis sendiri. Ia merupakan hari yang bermakna buat penulis, maklum sahaja bertemu dengan penulis yang diminati. Tentu ia merupakan satu sejarah indah dalam hidup buat penulis kecil (penulis blog) seperti aku ini. Sesiapa pun, yang pernah menemui atau berjumpa orang yang diminati tentu perasaan teruja pasti bertunjang di dalam hati. Rasa gembira dan seronok pasti menyelubungi hati. Lebih-lebih lagi orang yang kita sukai atau minati itu, seorang yang cukup dikenali dalam bidang yang diceburi di dalam negar dan luar negara. Catatan-catatan ini merupakan detik-detik perkenalan dan pertemuan di antara aku dengan Abdul Ghafar Ibrahim atau lebih mesra dipanggil dikalangan pelajar-pelajar beliau Ayah Agi, manakala dikalangan sahabat-sahabat sastera, b