Sajak: Tentang Bangsaku



Tentang Bangsaku

Bangsaku melayu marilah bersatu
dibawah panji-panji Islam yang satu
hindari benci membenci elakkan seteru
baharulah hidup harmoni perpaduan jitu.

Bersatulah wahai bangsaku melayu
hubungkan kasih sayang saling tolong bantu
lupakan sengketa bermasam muka biarkan berlalu
kelak nanti dipandang tinggi, jika mahu.

Bersatu dan berpadu menuju ke mercu
pasti gemilang, terbilang, cemerlang bangsaku
bangsaku melayu punyai jati diri padu
kerna agama tunjang tonggak mesti berpadu.

Bangsaku melayu mestilah bergerak laju
punyai minda pemikiran kelas satu
akrabkan tekad bersatu berpandu ilmu
itulah bangsaku bangsa penyatu.

Masshah 2014
15022014
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi