Posts

Showing posts from March, 2012

Sajak: Tiada Maaf Bagimu

Image
TIADA MAAF BAGI MU Minta maaf..minta maaf..minta maaf. Tapi dalam masa sama rakyat terus di tipu media terus dikongkong Apco tetap jadi penasihat royalti rakyat kelantan tidak diberi Samseng-samseng halal terus menganggu ceramah PAKATAN hubungan dengan Israel terus projek-projek tak masuk akal terus tol terus bayar,minyak dan harga barang terus tinggi gaji pekerja tetap haprak..mana swasta punya? nak bagi gaji minimum pun teragak-agak MINTA MAAF? Lawak dan lakon-lakon saja MACAM ITU KE MINTA MAAF? Cakap tidak serupa apa mahu bikin Minta maaf setelah rakyat sudah muak,nyampah dan nak termuntah...uweekk!!! malulah sikit(banyakk) 50 tahun perintah 50 tahun banyak kerosakan 50 tahun Melayu tetap merempat dan melarat MINTA MAAF? Sudah-sudahlah berlakon sudah-sudahlah mengemis sudah-sudahlah SUDAHHHH.. MINTA MAAF? kena ada tindakannya kena ada buktinya Tangan kanan memberi tangan kiri tetap dengan racunnya Ahli-ahli dan pendokong parti tidak di nasihati ditar

Sajak: Jom Berubah

Image
Jom menuntut perubahan Jom berubah Ayuh ganti baju lama dengan baju baru Ayuh ganti kerajaan lama dengan kerajaan baru Ayuh tukar PM lama dengan PM baru Ayuh tukar undang-undang lapok dengan undang-undang Tuhan Ayuh tukar parti lama dengan parti baru Ayuh tukar takut dengan berani Ayuh usah ragu,usah malu...usah takut Ayuh yakin Malaysia boleh berubah Ayuh bangsa Melayu tinggalkan karat-karat fikiran khurafat hanya keris mampu memerintah Ayuh..Ayuh..Ayuh.. berubah untuk semua. Suara Rakyat, MERU 2012,5:30PTG,9/3/2012.

HATI YANG CELIK

Image
HATI YANG CELIK KALAU bukan kerana-Mu Tuhan Tidak mungkin aku wujud di dunia ini Kalau bukan rezeki-Mu Tuhan Tidak mungkin aku boleh makan dan minum di dunia ini Aku boleh hidup kerana nafas turun naik, Engkaulah yang menganugerahkannya Begitu besar ertinya nafas kepada manusia dan aku Jika Engkau tarik nikmat nafas matilah manusia dan aku serta-merta Nafas sahaja pun tidak boleh dinilai dengan mata benda Ia penentu hidup mati manusia dan aku Betapalah nikmat yang Engkau anugerahkan lebih banyak dari itu Bagaimana boleh manusia dan aku melupakan Engkau Siapa yang boleh melupakan Tuhannya Sungguh kejam dan zalim manusia itu Tidak ada yang lebih zalim selain orang yang melupakan Tuhannya Rupanya manusia ini dengan mata sahaja belum menjamin dia bersyukur Juga dengan akal manusia belum tentu dia boleh berterima kasih kepada Tuhannya Melainkan hatinya yang celik yang boleh merasa segala nikmat itu adalah dari Khaliqnya Jadi orang yang memuja Tuhannya bukan kerana mata dan akalnya Tapi kera

Sajak: Oh Palestin

Image
Bebaslah oh Palestin..! Oh Palestin Oh Palestin! Oh Palestin! Oh Palestin! 64 tahun dicengkam derita rejim Yahudi Zionis laknatullah. namun undur setapak tidak demi mempertahankan tanahair agama tercinta. Nyahkan rejim humbankan rejim syahid matlamat akhir yang suci. Oh Palestin! Oh Palestin! Oh Palestin! derita dan sengsaramu derita dan sengsara kami di sini. Doa dan harapan kami kau bebas kemenangan pasti milik kita bersama. Masshah 2011 9/12/2011 Jumaat.

Sajak: Serah Pada-NYA

Image
Segalanya ku serahkan pada-Mu Rabb Serah Pada-Nya Hidup teruskan Jangan kecewa Jangan sengsara Jangan takut Jangan bimbang Jika perintah tuhan dilaksana Ikhlas menuntut reda-nya semata-mata. Tuhan pasti membela Jika kita sepenuh keyakinan Hanya dia tempat bergantung. Pasti kejayaan dan kebahagia Menunggu di sana. Masshah 2012-03-17 Meru-12:14mlm

Salam Sastera

Salam ukhwah,salam sastera Semoga Allah meRahmati kita selalu. Selamat Datang Ke Blog Baharu;)