MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Sunday, December 10, 2017

Sajak: Degar Berdegar Berdengkur

Image result for Gambar orang bermesyuarat animasi


Hiruk pikuk gegak gempita bermula
berdegar degar ungkapan hilang akal
bertepuk tepuk berangguk angguk
tersengih sengih tersengguk sengguk
tertunduk tunduk ala-ala tawadhuk
mengungkap mantera puja puji
menghentam keji mengeji
kosong isi kosong akal budi
tetap dijulang julangi.

Masshah
Meru.

Wednesday, November 29, 2017

Program Karnival Maulidurrasul 2017H/1430H Di Global Ikhwan

Ingin menyambut maulidurrasul dengan suasana yang berlainan? Nah, datanglah ke Karnival Maulidurrasul 2017M/1439H, anjuran Syarikat GISB HOLDING di Bandar Islam Country Home, Rawang Selangor. Anda pasti akan merasai kelainan, keindahan dan ketenangan. 

InsyAllah, aku akan cuba bawa keluargaku jika tidak ada halangan lain ke sini. Ingin merasai sambutan maulid Nabi S.A.W. Pelbagai acara dilaksanakan jika melihat banner dibawah ini.

Tentu ada sesuatu yang menarik di sini...Jom!!!



Image may contain: 3 people, people smiling, text

Image may contain: 2 people, text

Image may contain: 1 person

Bukan Untuk Layan Naluri Sendiri



Aku yakin pesan ini bukan untuk penulis, penyair dan sasterawan sahaja, sesiapa sahaja boleh menerima ingatan dan teguran ini. Sebagai pembaca juga terasa dengan ingatan dan teguran dari tokoh sasterawan tersohor ini. Bukan sekadar membeli dan membaca sahaja di pojok bilik-bilik tetapi haruslah terjun ketengah masyarakat. Sama-sama menegur, menyebarkan kebaikan kepada masyarakat. Harus berani menyatakan kebenaran...begitulah maksud tersirat dari teguran Datuk A.Samad Said.

Sunday, November 26, 2017

Program Karnival Buku Negara Buku Mega 2017


Tanggal 24hb 11 2017, Jumaat malam sabtu, aku ke Karnival Buku Negara Buku Mega, sekitar jam 9.50 malam aku bertolak ke Kompleks Karangkraf di Shah Alam.

Wow...makin malam makin sesak, begitulah yang aku lihat pada malam itu. Siapa kata orang kita tidak suka membaca. Mana-mana yang aku nampak dan saksikan, ramai saja orang kita ke program jualan buku, berbakul-bakul macam beli sayur. Aku teruja menyaksikan perkara ini.

Orang minat dan suka buku ini, tidak kira berapa pun harga buku, tetapi peluang ada harga murah macam inilah peluang untuk membeli-belah buku murah-murah. Dengan harga RM10.00 sebuah buku sangat murah berbanding dengan harga asal.

Bahkan ada rumah penerbitan yang menjual hasil terbitan mereka dengan 2 buah buku RM10 dan ada yang 3 buah buku RM10, malah ada yang buku masih baru dijual dengan RM10 dari harga asal. Tak ke murah tu...

Rugi memang rugi siapa yang tidak dapat rebut peluang ini. Buku makanan minda...mengenyangkan minda kita. Jangan tidak, tidak percaya bacalah buku, beli buku...memang seronok dan menyeronokkan.

Harap-harap tahun depan ada lagi Negara Buku Mega ini.


Beberapa buah buku yang aku rembat di Negara Buku Mega...

Dapatan dari Karnival Buku Negara Buku Mega, buku baru dan beberapa buah buku terbitan lalu tetapi masih baik dan releven untuk dibaca. Kesemua untuk sebuah buku berharga RM10.00.Malah ada 3 buah buku dijual dengan harga RM10.00...SYOKKK SANGAT, siapa tidak pergi rugi...


Buku-buku tersebut akan menghiasi Bilik Bukuku, bukan menghiasi sahaja tetapi akan menjadi bahan bacaan dan rujukkan terbaik.


MEMBACA MENYERONOKKAN!

Thursday, November 23, 2017

Program Keluarga 2017

Tinggal dua hari lagi program terbesar bagi keluarga kami akan diadakan pada bulan ini. Ia merupakan program dua tahun sekali, bagi mengumpulkan ahli keluarga, yang jauh dan dekat. 

Program keluarga sebelah isteriku. Rasa teruja dan seronok serta tidak sabar untuk sampai ke program tersebut. Ini kali kedua program Hari Keluarga Bani Ibrahim diadakan. 

Panjang usia, sampailah aku dan familiku turut sama-sama memeriahkan program ini.

Tak sabar!








Wednesday, November 22, 2017

Sendiri

50-gambar-dp-bbm-turun-hujan-terbaik-2017-10

Sepi…sunyi…
puisi tak menjadi
hujan tak lagi berhenti
sendiri lagi.

Masshah
Meru.

Sajak: Degar Berdegar Berdengkur

Hiruk pikuk gegak gempita bermula berdegar degar ungkapan hilang akal bertepuk tepuk berangguk angguk tersengih sengih tersengg...